WELCOME TO MY LOVELY BLOG..have fun travel my blog..do read,do follow..tenkiu..=)

Tuesday, January 7, 2014

Tegur Ada Caranya

ASSALAMUALAIKUM

today let me share something with you guys. Dyla tengok benda ni macam teruk sangat dah sekarang. Dyla share pun atas pengalaman Dyla sendiri. So lets start our story .


"ish, tengok dia tu sexy betulkan. Mak pak dia tak ajar tutup aurat ke?"
"tengok dia dok berkepit je dengan bf, tak malu"
"diri sendiri tak betul ada hati nak nasihat orang"

kita selalu bising kata dia murah, dia tiada maruah, dia itu dia ini tapi sedar atau tidak kita pun sama berdosa. Malah tanpa kita sedar kita melakukan dosa besar. Dosa sebab makan daging saudara sendiri.

"Tegur pun tak boleh ke?"
"Saja nak perli biar dia sedar"
"kutuk depan-depan biar dia sedar"

FYI, kita tak boleh tegur dia dengan kasar, dengan cara memerli apatah lagi dengan kutukan. sebaiknya kita tegur dengan berhemah sebab dia tengah buat salah. If you guys pung pang pung pang kutuk sana sini, elok hati dia lembut boleh berubah terus dia batalkan niat tu. Sebagai orang yang mempunyai akal, kita perlu lakukan strategi untuk menegur. Hati mereka akan jadi lembut sekiranya kite gunakan pendekatan yang baik, slow talk dengan dia, tak perlu maki mahupun menghina dia. Keluarkan kata-kata yang baik lagi manis, maka lembutlah hati dia.

INGAT, nak tegur orang ada caranya. Tegur biar berhemah, jangan pakai sembur je. Jangan caci, jangan cerca. Sebaliknya cakap dengan lembut dan iringi dengan doa. Allah pemegang hati, dan Allah pemilik abadi hati kita. Berdoa kepada-Nya supaya bantu kita, keluarga, rakan mahupun orang sekeliling untuk berubah.

INGAT, cacian tak membantu melembutkan hati mereka.

INGATLAH..

'berhati-hatilah dengan setiap percakapan mahupun perbuatan kita, jika sudah melukakan hati seseorang,bagaikan paku tertacap pada kayu, walau sudah dicabut tetapi masih tingga kesannya' - UNKNOWN-

'jadi muslim yang cemerlang jangan cakap belakang-belakang. tak guna jadi seorang yang bijak jika hanya tahu mengata. jangan anggap kita bagus, jang ingat kita tak melakukan dosa. even kita tak couple sekalipun jangan ingat kita tak terdedah lakukan dosa. contohnya kita tak couple tapi kita asyik mengata mereka belakang-belakang, menfitnah orang. jadi semuanya sama saja' -ADIBAH-


SETIAP MANUSIA TIDAK LARI DARI MELAKUKAN KESILAPAN DAN DOSA. SAMA-SAMA KITA MUHASABAH DIRI. SAMA-SAMA KITA MINIMUMKAN DOSA DAN INFINITIKAN PAHALA :)




NOTA KAKI: Dyla nak buat GIVEAWAY, ada siapa-siapa nak sponsor tak? if ada yang berminat nak sponsor boleh email : che.adilah@yahoo.com or PM je dekat fb: .facebook.com/ILoveuAmirAizat (abaikan nama link tu ==') . kerjasama anda amatlah Dyla hargai

                                                                                           

TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Saturday, January 4, 2014

LAKARAN HIDUP

ASSALAMUALAIKUM..

sekian lama menghilang dari dunia blog ni, akhirnya kembali jua..hehe
rasanya agak terlambat nak wish Happy New Year, welcome 2014.
tahun baru azam mesti barukan? ^-^

new entry ni dyla nak share something, just nak sharing sebagai teladan. let's start the story :)


Masa laluku bukan suatu yang indah untuk ditawakan malah bukan juga untuk dibanggakan. Masa laluku yang hitam, seperti tangisan yang berdarah, seperti jeritan orang yang sedih, seperti sakitnya orang yang parah. Itu masa laluku, masa aku seorang yang naïf tentang segalanya. Aku kini perlahan bangkit tapi masih belum berjaya berubah menjadi seorang yang cemerlang. Aku sering kali terkandas dan sering kali juga mengulangi kesilapan lampau. Lemahnya imanku. Itulah aku. Seorang hamba yang sungguh hina, cukup alpa aku dengan keindahan dunia dan sungguh asyik aku melayan dusta dunia.

Sungguh susah hati ini lembut kerana-Nya. Sungguh susah aku untuk lakukan segala suruhan-Nya. Buat perkara ditengah-Nya, tinggal segala suruhan-Nya. Bila tersedar aku terasa tidak lagi mampu untuk aku hidup sebagai pendusta. Walau hati ini penuh dengan titik zina, tapi aku cuba juga untuk mencari cinta Yang Maha Kuasa.  Jatuh bangun untuk berubah kadangkala buat aku mengalah, lemahnya iman aku. Aku buntu. Kadangkala hati yang gundah ini aku tenangkan dengan alunan zikir tapi akan tetap kembali gundah.
Mahu kembali ke jalan yang lurus memang terpaksa redah segala duri, terpaksa terima luka yang parah. Aku tahu Allah sentiasa ada bantu aku bersihkan hati yang kotor ini. Kadangkala aku jadi sedih bila lihat rakan sendiri  menceritakan tentang agama, cemburunya aku dengan ilmu yang mereka ada, cemburunya aku lihat mereka tidak jauh tersasar seperti aku. Aku malu kerna aku tak mampu jadi seperti mereka. Hancur punah hati aku, hancur akhlakku. Hanya kerana dunia yang tiada nilai.


dunia ini hanya satu khayalan yang mana suatu hari nanti juga akan musnah, jadi apa gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu akhirat itu kekal.  Rasulullah pernah berkata bahwa dunia ini hanya impian buat mereka yang tidur (PUTERI INTAN DIYANA)


Selagi ada nafas, marilah kita kejar cinta abadi, cinta buat sang pencipta. Andai dyla jatuh kembali, tersasar jauh, dyla harapkan ada yang membantu. Doakan dyla :’)



BANGKITLAH wahai sahabat. Sama-samalah kita perbaiki diri.  J




TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)