WELCOME TO MY LOVELY BLOG..have fun travel my blog..do read,do follow..tenkiu..=)

Thursday, May 10, 2012

PATUTKAH BERAHSIA DENGAN PASANGAN ANDA ?


                             

Setiap pasangan mempunyai cerita yang tersendiri. Ada yang kalau boleh, mahu sahaja menceritakan segala apa yang berlaku kepada pasangannya, baik yang penting ataupun tidak.
Kalau tidak pun, menceritakan apa yang dia makan, apa yang dia rasa, apa perasaan dia pada ketika itu dan macam-macam lagi. Tetapi, tidak semua yang perlu kita beritahu bukan?
Memang tidak salah untuk berahsia tetapi janganlah sampai menipu. Sekiranya anda melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh pasangan anda, memang la kita patut tidak menceritakan kepadanya. Ini bagi mengelak hubungan kita menjadi masalah.

Tetapi sekiranya dia dapat tahu dan kita menipunya, tidakkah keadaan akan menjadi lebih teruk? Sebaiknya, anda harus berfikir dengan lebih mendalam akan kesan terhadap tindakan anda.
Kita juga janganlah terlalu jujur sehingga semua benda ingin diceritakan kepada pasangan kita apabila ditanya. Saya tahu anda pernah tanya kepada pasangan anda, apa lauk yang mereka makan pada tengahari tadi atau pun malam tadi.

Owh… Ianya amat biasa bagi setiap pasangan untuk tanya soalan-soalan sebegini. Dan ada juga pasangan yang tanya soalan yang bukan-bukan. Merepek-merepek sahaja soalannya.
Contohnya pasangan yang selalu tanya yang bukan-bukan contohnya seperti “hari ni pakai baju ape”, “pakai baju warna apa” dan sebagainya. Yang tu boleh tahan lagi tapi ada juga yang sampai bertanya warna seluar dalam. Tolonglah…..

Tetapi, anda harus tahu memang ada perkara yang perlu kita rahsiakan. Di antaranya, sekiranya perkara itu merupakan rahsia yang kita telah janjikan dengan seseorang, tidak elok untuk kita ceritakan kepada pasangan kita. Walaupun pasangan anda adalah seorang yang boleh dipercayai dan boleh menyimpan rahsia, namun ia tergolong dalam golongan orang yang tidak amanah.
Selain daripada itu, ada juga rahsia yang berkaitan dengan pekerjaan. Takkan anda bekerja sebagai ejen rahsia kerajaan dan menceritakan misi-misi sulit kepada pasangan anda? Tidak baik bukan?
Jadi, semuanya terpulang kepada anda. Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah, anda boleh berahsia tetapi jangan menipu. Binalah hubungan yang jujur dan ikhlas. Ok? Ada perkara yang harus kita rahsiakan demi kebaikan semua pihak, dan ada perkara yang harus diceritakan kepada pasangan bagi menyerikan lagi hubungan anda berdua.




TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Tuesday, May 1, 2012

:: SPECIAL ENTRY :: WILL MISS YOU HONEYS ::

ASSALAMUALAIKUM..


juz a simple entry for my lovely honeys...


"People never know how special someone is until they leave, but maybe sometimes its important to leave, so they are given that chance to see how special that someone really is!"


firstly,for my gilrfriend,WAN SYAHIRAH BT MIOR LOKMAN..
korang mesti ramai yang kenalkan..
kalau tak kenal,cepat terjah >cini <


dialah kawan..
dialah girlfriend..
dialah kakak..
dialah tisu...
boleh dikatakan semuanya dialah..


dengan dialah dyla na k luahkan perasaan..
dengan dye jugak le dyla na bergosip..
hampir semualah kami kongsi sama-2..
dialah yang memahami...
that's why bila dia dah na pergi jadi wirawati dekat PLKN,terasa yang amatlah sedih..
belum pergi dah terasa kehilangan..
nanti 3 bulan dia tade,dengan sape dyla nak luahkan perasaan?
kalau ada masalah,sape na bagi semangat at dyla?

huaaaa,baru je dia na pergi PLKN dah terasa kehilangan sangat..
sedih taw..

PESANAN PENTING ::

PLEASE ! PLEASE ! PLEASE !

>> JANGAN GATAI NAK CARI PENGANTI KITE OKE,KALO TAK KITE CEKIK SAPE YANG BERANI RAMPAS KAMU DARI KITE..

>>JAGE DIRI TAW..

>> JANGAN NANGIS DEKAT SANE OKE..HAVE FUN JE TAW..

>> JANGAN NOTY-2,INGAT ENCIK CONAN ANDA KAT SINI..

>> JANGAN LUPE TULIS DIARI TIAP MALAM OKE,NANTI KAMI NAK BACE..

>> MESEJ KALAU ADE MASE TAWU...

MOST IMPORTANT,MESTI INGAT SELALU YANG KITE SAYANG KAMU OKE... ^^


haaa...ta lupe jugak dekat my lovely SYERIL AZIRA BT JAMALUDDIN..


Pesanan yang same jugax untuk anda oke darling..
lepas ni kami hilang mama 3 bulan..
nanti tade da syeril yang selalu buat suasana jadi haru biru..

syeril siap tag gambar ni..
terharu + sedih taw..


mana ta makin sedih,sampai 2 orang sekali pergi tinggal dyla oke...
i'll miss both of u so much..



TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)