WELCOME TO MY LOVELY BLOG..have fun travel my blog..do read,do follow..tenkiu..=)

Thursday, May 10, 2012

PATUTKAH BERAHSIA DENGAN PASANGAN ANDA ?


                             

Setiap pasangan mempunyai cerita yang tersendiri. Ada yang kalau boleh, mahu sahaja menceritakan segala apa yang berlaku kepada pasangannya, baik yang penting ataupun tidak.
Kalau tidak pun, menceritakan apa yang dia makan, apa yang dia rasa, apa perasaan dia pada ketika itu dan macam-macam lagi. Tetapi, tidak semua yang perlu kita beritahu bukan?
Memang tidak salah untuk berahsia tetapi janganlah sampai menipu. Sekiranya anda melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh pasangan anda, memang la kita patut tidak menceritakan kepadanya. Ini bagi mengelak hubungan kita menjadi masalah.

Tetapi sekiranya dia dapat tahu dan kita menipunya, tidakkah keadaan akan menjadi lebih teruk? Sebaiknya, anda harus berfikir dengan lebih mendalam akan kesan terhadap tindakan anda.
Kita juga janganlah terlalu jujur sehingga semua benda ingin diceritakan kepada pasangan kita apabila ditanya. Saya tahu anda pernah tanya kepada pasangan anda, apa lauk yang mereka makan pada tengahari tadi atau pun malam tadi.

Owh… Ianya amat biasa bagi setiap pasangan untuk tanya soalan-soalan sebegini. Dan ada juga pasangan yang tanya soalan yang bukan-bukan. Merepek-merepek sahaja soalannya.
Contohnya pasangan yang selalu tanya yang bukan-bukan contohnya seperti “hari ni pakai baju ape”, “pakai baju warna apa” dan sebagainya. Yang tu boleh tahan lagi tapi ada juga yang sampai bertanya warna seluar dalam. Tolonglah…..

Tetapi, anda harus tahu memang ada perkara yang perlu kita rahsiakan. Di antaranya, sekiranya perkara itu merupakan rahsia yang kita telah janjikan dengan seseorang, tidak elok untuk kita ceritakan kepada pasangan kita. Walaupun pasangan anda adalah seorang yang boleh dipercayai dan boleh menyimpan rahsia, namun ia tergolong dalam golongan orang yang tidak amanah.
Selain daripada itu, ada juga rahsia yang berkaitan dengan pekerjaan. Takkan anda bekerja sebagai ejen rahsia kerajaan dan menceritakan misi-misi sulit kepada pasangan anda? Tidak baik bukan?
Jadi, semuanya terpulang kepada anda. Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah, anda boleh berahsia tetapi jangan menipu. Binalah hubungan yang jujur dan ikhlas. Ok? Ada perkara yang harus kita rahsiakan demi kebaikan semua pihak, dan ada perkara yang harus diceritakan kepada pasangan bagi menyerikan lagi hubungan anda berdua.




TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

4 comments:

iEdA said...

ada sowg kwn yg cmneh...citer suma kt psgn dia n kami jd serba slh kalo nk ajk dia kua sbb pkwe dia x bg dia kua sgt even ngn kwn2 srumah...hurmmm

e_darel said...

betul . tak semua benda kena cerita dekat pasangan .

Unknown said...

rahsia mungkin perlu tapi kne ade kejujuran lahh yg paling penting kan.

Unknown said...

ieda > alahai,ssah la kalo mcm 2..ssah le if na story mslah an..btw,tenkiu for coming...

e_darel >yup..haruslah ade yg kte perlu simpan sbgai rhsie.. ^^

zera eira > yesz,kejujuran n keikhlasan yg pling pnting..tenkiu for coming oke..^^