WELCOME TO MY LOVELY BLOG..have fun travel my blog..do read,do follow..tenkiu..=)

Sunday, February 26, 2012

5 cara untuk cari kekasih

Assalamualaikum...

 ada baca tak ENTRY ATASI KECEWA PUTUS CINTA  tu?? *kalau belum baca silakan la terjah entry tu..
ok..hari ni Dyla nak cerita pulak cara-cara nak dapatkan kekasih baru..haa,gataikan..haha
mudah je sebenarnya..
tapi selalu sangat tengok ada yang mengeluh sebab masih belum berteman sejak putus cinta 4,5 bulan lalu..

yang pertama.....

1. berkawan dengan ramai lelaki atau perempuan
ini cara paling berkesan la sebenarnya..kalau ramai yang kenal kita
maka akan ada la yang tertarik dengan kita.jaga hubungan baik kita dengan
kawan2,tapi ingat...jangan dengan semua orang kita berlagak memberi harapan..

2. jangan terlalu mengharap untuk ada kekasih
kadang2 bila kita terlalu berharap kita suka
buat aksi2 yang menjengkelkan..orang tengok pun pelik..
"eii..dia ni macam terdesak je.."sabar ok..jangan gelojoh..
tak de sapa suka orang gelojoh.

3. jangan menyisihkan diri
ni biasanya orang yang ada rasa rendah diri yang melampau-lampau la..
ada yang putus cinta sekali terus tak nak bergaul dengan kawan2.
trauma la kekononnye.."tak nak kawen sampai bila2.."
apa kau ingat mak ayah kau nak bela kau sampai tua kerepot ke??
ingat depa tu tak nak ke ada keturunan..aje giler!!

4. jadilah seseorang yang sentiasa mudah diingati dan diterima.
selalunya kalau peribadi baik.tingkah laku
menyenangkan agak mudah untuk sesiapa pun menerima kita.
tapi kalau kaki lepak,malas kerja,pakaian tak serupa pakaian..
jangan marah la bila orang pandang serong dan tak terima kita..

5. Cari sidia ditempat yang betul
Nak yang tak tinggal solat,rajin ngaji,bertanggungjawab terhadap kerja
tapi korang pi cari kat kelab malam..mana nak jumpa..
nak yang tudung labuh,jalan menunduk,baju tak ketat tapi
korang kerap melepak kat rumah urut..mana boleh macam tu..
nak yang elok cari la kat tempat yang elok.bergaul la dengan orang2 yang elok..
itu baru betoi...:)


so,yang tengah frust 2 tak payah la nak nages air mata darah..yang pergi kite biarkan je,usah ingatkan lagi..
haa,dyla ade jugak TIPS BUAT EX ANDA MENYESAL TINGGALKAN ANDA..PI LA TERJAH..^_^

TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Tuesday, February 21, 2012

TIPS ATASI KECEWA PUTUS CINTA !


Malam tadi Dyla terima  es em es daripada kawan-kawan. Es em es mereka banyak mengandungi kata-kta semangat,mereka sangatlah risau yang Dyla kecewa setelah putus cinta. Alahai,rasa sangatlah beruntung sebab ada kawan-kawan yang prihatin.TERIMA KASIH SAYANG-SAYANGKU.. Status di update dalam keadaan marah, manja, kecewa, ketawa, gembira dan sedih. Ini semua disebabkan satu perkataan iaitu CINTA.
Sudah menjadi adat orang bercinta, gaduh ala ala hindustan sudah menjadi kemestian. Cuba anda bayangkan ikatan perkahwinan suami isteri pun boleh terpisah inikan pula pasangan kekasih tanpa sebarang ikatan. Dengan hanya satu sebab, bila cinta itu tidak indah lagi seperti yang diimpikan pada awalnya.
Cinta ini sangat aneh kalau anda hendak tahu. Ianya sangat sukar untuk diterjemahkan. Datangnya bukan dari paksaan dan perginya pula tanpa kerelaan. Kita selalu dengar orang mengatakan cinta kepada seseorang hanyalah cinta sementara dan cinta yang kekal adalah cinta kita kepada-Nya. Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama dan ke arah yang sama iaitu mencari cinta Ilahi agar sesebuah ikatan itu diredhai-Nya.
Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami situasi seperti ini. Sungguh pahit untuk ditelan dan sakit untuk diubati. Apa yang pasti kecewa akan mengambil alih perasaan itu. Panas yang ku sangkakan hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. 






Nah, tujuh cara mudah untuk atasi kecewa putus cinta!


amalkanlah..insyaallah kekecewaan akan pergi jauh dari kita..^_^
  1. Dekatkan diri dengan Allah dan perbanyakkan membaca al-Quran untuk ketenangan jiwa
  2. Lakukan seberapa banyak kerja untuk melupakan perasaan sedih
  3. Keluar bersama kawan kawan dan lakukan aktiviti tertentu yang bermanfaat
  4. Tidak menyalahkan diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif
  5. Bagi yang berkemampuan, pergi membeli belah bersama keluarga atau kawan kawan
  6. Pergi ke tempat yang dapat menenangkan jiwa anda
  7. Cari seberapa ramai kawan di laman sosial yang boleh membuatkan anda gembira dan rasa sedih itu hilang(paling senang nak buat)
Ada juga yang mengatakan dengan menanam sifat benci terhadap bekas pasangan kekasih kita dengan cara menulis seberapa banyak perkara buruk tentang dia dapat membantu untuk melupakannya. Pada pandangan Dyla, cara itu adalah silap. Semakin kita benci semakin kuat perasaan itu menguasai anda. Benci tapi rindu terutamanya cinta itu adalah cinta pertama anda.





salam sayang >>>>

TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Sunday, February 19, 2012

why people hate u??? LET'S SHARING TOGETHER !

ASSALAMUALAIKUM...
HYE EBLIBADI...

makin susah pulak sekarang ni na update blog..macam kurang sudah mood berblogging..
sekarang ni tetiba aktif dengan twitter pulak..
sape ade twitter??
meyh follow cni >>>DylaAtsuya
haha,sempat promote..

oke,sudah2..
back to the topic...

WHY PEOPLE HATE YOU?




ONLY two reason why people hate you..

they hate you because they wanna be YOU
or
they hate you because you are not like them..

sometimes..people hate you because they dont have what do u have..so actually..they don't hate you..they just wanna be like u but they can't..
maybe korang cantik..maybe korang pandai..or maybe korang xcantik tapi pandai, so they hate you because diorang nak jadi macam u..nak cantik.nak pandai nak baik mcm u..so..bile die tiada unsur2 tersebut..dia rasa cemburu..then bila dia cemburu..lama2 akan berubah kepada benci..
then at last..bila ada org tanya..dia akan jawab..

aku hate this girl
why?

sebab dia kerek ah..sebab dia berlagak ah..sebab dia sombong ah..
in fact..orang yang dibenci tu xtahu apa2 pon..
u label them
u put the word kerek.sombong, berlagak.
actually..u obviously hate them because you wanna be like them..

so..dont hate people just because you are not like them..

and if u feel hurt when people hate u..assuming that they want to have what do u have..so share a lil bit.. P


and ada jugak..that person xcun..xpandai..xcantik..but everybody like her..everybody adore her sedangkan yg si cantik, si pandai and si kaya tu..xde pon ramai2 nak suka and adore dia..so sure they will hate you..then dia akan create satu story untuk make people hate you..why?because they wanna be like you..they wanna be humble like you but they cant..they wanna be as nice as u but they cant..they think that they are so perfect to deserve to be liked like you but they failed..

remember this..when people hate you..just pay them no mind..sometimes..The people who hate successful people are usually, unsuccessful..and etc..so on and so forth..kadang2 kite rasa down sgt..kite akn rasa kite ni teruk..apa salah aku?why the hate me?? so..my advice is..If you become successful and any people decide to hate you, it's because of their own fears, not because you have suddenly become a 'bad person'. ..think positive.


and another reason why people hate you because you are not like them..
just because u dont agree with them..they hate you.
just because u are not wearing like them..not eat what they eat..not so great like them..they hate you..
sometimes dia rasa dia lemah lembut..dia soft spoken..so dia benci korang just kerana korang kasar.korang cakap main lepas je..so..they want u to be them..they hate you when they judge you from their perspective..
eh aku xsuka orang yang kasar..aku xsuka la orang yang mcm ni..aku xsuka la orang yang tulis mcm ni..(padahal dlm hati diorang cakap..dia sepatutnye tiru mcm aku..die sepatutnye lemah lembut mcm aku..dia sepatutnnye tulis mcm aku..dia sepatutnye pakai mcm aku)

so for me..
dont hate somebody when they are not like you..let them be in their way..
it is a worse things to hate people just because they are not that great as you..
it is a worse things to hate people just because they dont agree with u..

then..
when people hate you just because you are not like them..
just let them be..dont feel bad..
mind this..
we do not live to please everyone!!!
just stand for what you are believe is good for you..dont bother about haters..
coz if they hate you because you are not LIKE them..
prove to them that EVEN you are not like them..
u are BETTER then them..

bagi Dyla..
Dyla ade prinsip Dyla sendiri..

I DONT NEED TO PRETEND JUST TO PLEASE ANYBODY..
i dont care what other may think about me..because I want to live my life the way I want..
if i dont agree with someone..it is because i have a strong reason behind it..i dont hate people for no reason..i dont hate people just because of this two shit reasons!!

i always remind myself that life is too short to wasting your time by hating people..so..i will try as hard as i can not to hate everyone..

ya..
it is true..When some hurt your dignity, it hurts, but I always tell myself that I am who I am ... NO matter what others say...

so:
live with peace.
that was from my perspective....what about you guys?
TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Friday, February 17, 2012

Cinta Oh Cinta – Antara Suka dan Sayang

“Apabila kita sedar yang kita ingin menghabiskan seluruh hidup kita bersama seseorang itu, kita mahu ianya bermula secepat mungkin”
Assalamualaikum..
Isu konflik dalam perasaan mengisi ruangan penulisan Dyla untuk ke sekian kalinya. Dyla teruja untuk mengupas soal kekeliruan yang melibatkan antara suka dan sayang. Pada dasarnya kita lihat antara dua perkataan ini membawa sebuah pengertian yang sama. Tetapi jika kita halusi lagi ternyata keduanya mungkin sama tapi tak serupa.
Jika kita menyukai seseorang itu tidak bermakna kita menyayanginya, tetapi jika kita menyayangi seseorang sudah pasti kita amat menyukainya. Mari kita lihat pro dan kontra dalam definisi antara “suka” dan “sayang” di bawah.




Dari Segi Layanan
Suka – Si dia akan melayan anda sama seperti teman-teman yang lain sehingga anda merasakan tiada keistimewaan langsung untuk anda. Mungkin juga anda sering melakukan aktiviti bersama tetapi si dia lebih cenderung untuk menghabiskan masa sekadar berseronok dan bergembira sahaja. Dengan jelas dapat dilihat bahawa si dia hanya berkawan dengan anda untuk menghiburkan hatinya. Apabila anda sakit atau bermasalah, si dia sedia mendengarnya tetapi hanya sekadar menjadi pendengar tanpa sebarang tindakan yang boleh membantu.
Sayang – Sedar atau tidak cara si dia melayan anda tampak berbeza dari teman-teman yang lain. Si dia lebih mengambil berat tentang diri anda sama ada dari sudut jasmani mahupun rohani. Si dia turut gelisah dan susah hati tatkala anda dilanda sebarang masalah. Dari sudut yang lain, si dia sanggup menghulurkan sebarang bantuan tanpa minta dibalas. Ada ketikanya juga anda tidak sedar bahawa si dia telah menolong anda menyelesaikan beberapa perkara.
Topik Perbualan
Suka – Kebanyakan topik yang diperbualkan antara anda dan si dia adalah bersifat cakap kosong. Apabila berkumpul bersama teman-teman yang lain, dia dengan jelas bersekongkol untuk mengenakan anda. Bila berduaan pula si dia akan mengelak dari membicarakan soal peribadi atau perancangan masa hadapan. Si dia menyukai anda kerana sifat betah yang anda pamerkan ketika mengisi ruang perbualan dan tidak lebih dari itu.
Sayang – Kala bersama teman-teman yang lain, si dia menunjukkan sifat defensif terhadap diri anda. Si dia seboleh mungkin akan cuba mempertahankan anda apabila ada di antara teman yang berkata buruk tentang diri anda. Walaupun dengan nada lembut, si dia akan terus menyokong anda. Bila berkesempatan, si dia tanpa rasa segan silu untuk meluahkan kegembiraan mahupun kedukaan terhadap anda. Pada waktu tertentu pula, topik perbualan antara anda dan si dia akan menjurus ke arah pembinaan sebuah institusi keluarga atau perancangan di masa hadapan bersama. Dalam ertikata lain, si dia sedia berterus-terang meluahkan perasaannya kepada anda.
Aktiviti dan Pergaulan
Suka - Mungkin anda dan si dia selalu melakukan sebarang aktiviti bersama terutama sekali aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan.
Secara zahirnya anda lihat dia gembira ketika melakukan aktiviti tertentu bersama anda, tetapi ada ketikanya dia seakan-akan cuba mengelak dari anda. Berkemungkinan juga si dia tidak mahu dilihat begitu rapat dengan anda ketika bersama teman-teman yang lain.
Sayang – Walau apa jua aktiviti yang ingin dilakukan, si dia seboleh mungkin mahu anda turut serta. Dengan penuh kesungguhan si dia akan berusaha untuk memastikan hari yang dilalui bersama itu bermakna kepada dirinya dan anda. Si dia akan bertegas dengan dirinya agar tidak melakukan sebarang kesilapan yang akan melukakan hati anda. Walaupun ada sesetengah perkara itu menjengkelkan, si dia akan cuba menyembunyikan perasaan jengkel itu demi menjaga hati anda. Namun begitu, ini tidak bermakna anda perlu berpura-pura menjadi seorang yang sempurna.
Perwatakan dan Sifat
Suka – Ketika si dia menghadapi kesukaran, dia akan mempamerkan kemesraan yang luarbiasa. Si dia akan melayan anda dengan sebaik-baiknya dengan harapan agar anda dapat menghulurkan bantuan. Mungkin pada waktu begini anda merasakan yang si dia sayangkan anda tetapi sebenarnya tidak. Si dia hanya sukakan anda kerana anda boleh menjadi seorang kawan yang baik hati.
Si dia tidak pernah ambil kisah tentang penampilan anda. Dari segi pakaian contohnya, si dia hanya akan memuji walaupun pada hakikatnya cara pemakaian anda itu tidak bersesuaian dengan tempat dan situasi tertentu.
Sayang - Ketika menghadapi sebarang kesulitan, si dia seterdaya mungkin akan menyembunyikannya. Tindakan si dia sebenarnya sangat murni jika dihalusi kerana tidak mahu anda turut terjerumus ke dalam masalah yang sedang dihadapinya. Tetapi, jika anda juga menyayangi si dia sudah pasti anda dapat menghidu perwatakannya yang cuba merahsiakan sesuatu.
Si dia akan menunjukkan rasa tidak suka dengan cara pemakaian anda yang keterlaluan dan baragkali terlalu seksi pada pandangan matanya. Bukan kerana cemburu, tetapi si dia tidak mahu anda dijadikan bahan bual bicara sesiapa sahaja yang melihat. Di sinilah anda dapat lihat sifat prihatin si dia tehadap anda.
Kesimpulan
Walau suka atau sayang, kita seharusnya menghindari sifat kepuraan. Jangan sesekali kita menjadikan kepuraan itu sebagai pegangan. Kita mesti bersifat berani untuk menonjolkan perwatakan sendiri. Tidak perlu rasa takut untuk menjadi diri sendiri kerana dengan menjadi diri sendiri kita akan mampu membina keyakinan. Mungkin ada teguran yang menyakitkan, tetapi kita harus meletakkan setiap kritikan itu sebagai suatu panduan untuk kita memperbaiki kesilapan. Yang baik jadikan tauladan, jika buruk kita lemparkan sejauh mungkin.
#sorry sangat sebab dah lama tak update blog..pada yang masih setia thank you 4 supporting..pada yang dah angkat kaki thank you juga sebab anda da tinggalkan blog picisan ni..


TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Monday, February 13, 2012

SEGMEN : BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU...

ASSALAMUALAIKUM


Tengah hari yang agak panas terik ni Dyla nak join segmen yang boleh dikatakan HOT jugak la,mana taknya ABANG BEN punya segmen..
dah makin kerapkan Dyla join segmen anjuran ABANG BEN..
wee~ jangan lengahkan masa mai kita buat entry ni cepat-2

click  banner to join

ANTARA SEBAB KENAPA PERLU DATANG BACA BLOG NI

Blog ni always diupdate dengan tips-tips berguna buat korang semua and blog ni kurangnya entry personal.And u all tak akan rugi if follow blog ni sebab Dyla always pilih follower bertuah secara random untuk diberi penghargaan,even hadiahnya hanyalah topup.Contohnya semalam dyla ada pilih 3 BLOG BERTUAH,juz ta promote blog mereka je lagi..Anda juga takkan menyesal kalau always singgah untuk baca entry-entry yang ada..



 ANTARA BUKTI ENTRY-ENTRY MENARIK


TIPS BLOGGING ::::


> TIPS NA POPULAR DALAM DUNIA BLOGGING <
SEBAB KENAPA ANDA PERLU JADI SEORANG BLOGGER
KERENAH FOLLOWER

TIPS CINTA ::::


>AYAT PEREMPUAN YANG DIBENCI LELAKI<
>AYAT LELAKI YANG DIBENCI PEREMPUAN <
>SEBAB KENAPA ANDA PERLU TINGGALKAN GF ANDA <
TIPS CINTA YANG LAIN >CLICK HERE <

KARYA DYLA BUAT ANDA :::


>TIKA GEMERSIK CINTA BERLAGU<
>KESUCIAN CINTAMU<

RESEPI DAPUR ::
>CLICK HERE<


Dah banyak sangat Dyla bagi bukti dekat u alls..tapi kebanyakkan entry dyla tidaklah mendapat sambutan sangat sebab yang datang terjah pun hanya sedikit..

oke la tu,mana-mana yang belum join mai join cepat before pukul 10 malam taw..


ikhlas dari hati :::



TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Saturday, February 11, 2012

Contest Happy Faces by Capt.Keon Alhan and Oh Daus

             
ASSALAMUALAIKUM..
HYEP READERS !

SIMPLE ENTRY ..JOM JOIN CONTEST !




> mai singgah sini <
                          


"Friends are the most important part of your life. Treasure the tears, treasure the laughter, but most importantly, treasure the memories.But every memory of friendship shared, even for a short time, is a treasure, like sunshine and warmth in our lives, like a cool breeze on a humid day, like a shower of rain refreshing the earth.We all have our time machines. Some take us back, they're called memories. Some take us forward, they're called dreams. "

TENGOKLAH MUKA GEMBIRA KAMI SEMUA..GEMBIRA SELEPAS TAMAT BERPERANG DI DEWAN PEPERIKSAAN..FRIENDSHIP NEVER END.. ^_^

DYLA NA TAG >>>


and buat semua pengunjung blog dyla,anda juga di tag..jom join..=)







TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

5 Tanda (Sebab) Anda Perlu Tinggalkan Pasangan ( Lebih Tepat Girlfriend)

                                    




Tajuk entri kali ini Dyla rasakan antara yang paling hot dan boleh mendatangkan kemarahan (ego) bagi kaum hawa. Haha! Salam buat semua.. Yeah! Dyla rindukan entri cinta. Hari ini Dyla terbitkan satu entri yang berbaur cinta.
Berapa lama korang bercinta ? Bagi mereka yang sudah menjalinkan hubungan lebih dari enam bulan boleh dikatakan pasangan yang ada ‘aura’ tetapi masih belum cukup untuk dikatakan serasi. Bagi yang baru menjalinkan hubungan cinta, atau lebih tepat hanya berhubung tanpa bercakap (esemes) usah dibanggakan sangat. Persoalannya, adakah hubungan tersebut korang mahu akhiri dengan perkahwinan atau mungkin, Dyla ulang, mungkin korang bersetuju dengan points yang Dyla akan senaraikan iaitu tanda tanda korang perlu tinggalkan pasangan korang.
Berikut adalah lima sebab untuk korang putuskan hubungan dan memerlukan korang lari jauh jauh dengan kelajuan yang mengalahkan kelajuan enam kali kuasa kuda.
1# Ibu bapa pihak ‘girlfriend’ membenci korang
Bercinta bagai nak rak. Bulan-bulan habiskan kredit beratus-ratus. Call sana call sini, puas call sms pulak. Lepas tu duk bangga dengan kawan-kawan (facebook, twitter) yang cinta korang bahagia. Dalam setahun lebih bercinta, hanya untuk sekali pun tidak pernah berjumpa dengan ibu bapak gadis . Bayangkan suatu hari, nak dijadikan cerita terjadilah satu ‘dinner’ bersama ibu bapa gadis tersebut. Korang di soal oleh mereka, ala ala bakal mentua dengan 1001 soalan. Si ayah dengan 500 soalan dan bakinya daripada emak. Biasalah emak ni dari kaum perempuan, istimewa sikit dan soalan pun dapat lebih satu. Soalan yang diajukan kepada korang hanya semata-mata untuk menguji IQ korang, sekiranya korang tersalah jawab. Dari situ mereka boleh dianggapkan mengerikan bagi korang. Bermakna mereka bencikan korang dan bolehlah korang say bye kepada anak gadis mereka.
2# “Girlfriend’ tidak sukakan keluarga dan kawan-kawan korang
Sepanjang percintaan, korang rasa koranglah orang yang paling bahagia di dunia. Tidak pernah bergaduh. Setiap masa happy saja. Semuanya manis ibarat madu, sampai kentut pun korang rasakan wangi. Tetapi korang sebenarnya silap kerana korang tidak tahu akan satu perkara yang boleh mendatangkan rasa tidak suka dengan pasangan korang berada pada tahap extreme. Apa dia? Ternyata mereka tidak gemarkan keluarga korang. Rasa tidak selesa mereka terserlah apabila bersama keluarga korang. Akibat dari situasi ini mungkin akan menganggu keharmonian cinta yang wujud. Kelurga korang mereka tidak selesa, apatah lagi kawan korang. Bila keluar lepak bersama, satu patah perkataan dari mulut mereka pun susah nak keluar, ini mengukuhkan alasan korang untuk tinggalkan gadis tersebut.
3# “Girlfriend’  tidak pernah kenal erti “benci’ untuk check korang punya mesej
Mungkin sesuai untuk Dyla katakan tanda ini adalah salah satu adat orang bercinta. Dengan alasan untuk mengelakkan berlakunya kes curang tidak berbayar dalam hubungan cinta korang. Dyla yakin perkataan ‘rimas’ tepat untuk menggambarkan situasi korang bagi pihak lelaki. Mana tidaknya, setiap masa atau setiap jam korang perlu report pada kekasih korang. Ini pernah terjadi pada kawan-kawan kita. Akhirnya, mengungkapkan kata berpisah adalah cara terakhir yang diambil.
4# Bila korang diterima bekerja sebagai ‘ tentera laut’
Perumpamaan yang boleh dikatakan terpesong juah ke laut tetapi logik akal dapat menerimanya.  Tentera laut Dyla gunakan hanya sebagai contoh dan bermakna jarak korang dengan pasangan korang lebih kurang 1000km. Boleh korang bayangkan sejauh mana jarak tersebut? Mungkin 100 kali ulang alik dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Untuk bertemu pasangan korang sangat tipis dan berkemungkinan hanya sekali dalam tempoh masa satu tahun. Boleh korang tahan rindu tersebut? Atau korang ( girlfriend) mahu berlaku curang? Mungkin ada yang setia ( satu dalam 50). Korang lelaki sibuk mengerah keringat (luar negara) sedangkan kekasih korang sedang berbahagia dengan orang lain. Perlukah korang lepaskan gadis tersebut? Ternyata cinta jarak jauh susah untuk korang pertahankan.
5# Kawan mereka ( girlfriend) sangat mengerikan buat korang
Korang mungkin tipu diri sendiri kalau korang mengatakan tidak pernah keluar lepak bersama kekasih korang dan kawan-kawan mereka. Bayangkan pada suatu malam di sebuah kedai, kawan-kawan mereka melakukan suatu perkara diluar jangkaan korang dan menyebabkan meja yang anda lepak menjadi perhatian orang ramai. Bayangkan juga kalau keadaan ini berlaku setiap kali korang keluar bersama?
Bagaimana dengan kes cium mulut di tepi pavilion? Adakah lelaki tersebut akan tinggalkan perempuan tersebut kalau tak dapat apa yang diinginkannya? Sadis betul kalau lelaki macamni kan?
Yay! Dyla berjaya terbitkan satu entri dengan bantuan my brother sebagai sumber rujukan..dengan itu menulis entri ini boleh dikatakan membuang sedikit masa saya daripada 24 jam ini dan juga masa korang yang berjaya membaca dari awal sampai akhir entri. Saya sayang korang. Haha!

TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Friday, February 10, 2012

SEGMEN : "TIADA YANG LAMA,TIADA YANG BARU"

ASSALAMUALAIKUM..
WEEWIT EVERYONE !


Awak-2,Abang Ben kite 2 ada buat segmen baru la..buat kali keduanya Dyla nak join..mai tengok..




                              BEN ASHAARI


ANTARA 5 BUAH BLOG BARU YANG DYLA TAHU >>>


http://mizwaniey21.blogspot.com/


ULASAN >>


Even blog-2 ni baru,tapi tengoklah follower blog dyeowg,gempak tawu..penulisan blog dyeowg pun menarik so wajib dyla baca if ada entry baru..

ANTARA 5 BUAH BLOG LAMA YANG DYLA TAHU >>>


http://www.lyssasecret.com/

http://kupukupukecik.blogspot.com/

http://irinenadia.blogspot.com/

http://fatinsuhana.blogspot.com/

http://honeykoyuki.blogspot.com/



ULASAN >>>


haaaiiiyoooooo..blog mereka ni memang superb kau tawu..wajib bukak and wajib baca even hanya sebagai silent reader ..tengok je ar follower dyeowg memang giler ramai..even entry simple tapi tengok yang komen punya berlambak..jelous u know..but seriously tabik toinxtoinx la dekat dyeowg..and hope sangat blog dyla jdi cam blog dyeowg..



oke ABANG BEN,Dyla dah siap apa yang ABANG BEN nakkan..

bagi yang belum join,mai join cepat before pukul 11 taw..



TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Wednesday, February 8, 2012

AYAT PEREMPUAN YANG DIBENCI LELAKI !

assalamualaikum !


Banyak kali perempuan berkata teman lelaki mereka tidak pandai menjaga hati mereka. Maka tercetuslah perbalahan. Persoalannya, pernahkah perempuan menjaga hati teman lelaki mereka? Lelaki bukan selalu menunjukkan apa mereka rasa, maka sebab itulah lelaki jarang merajuk. Tidak seperti perempuan. Malah lelaki juga boleh terasa hanya dengan kata-kata kekasih mereka. 








"Eleh. Ex baby pun pernah buat macam ni la..."


Lelaki tak suka dibandingkan tidak kira dengan siapa sahaja. 


Perempuan pun tak suka kan kalau lelaki bandingkan anda dengan bekas kekasih dia?




"Awak. Awak tengok Akira budak kelas Sains tu cantik tak?"


Ini soalan yang lelaki tidak akan menang bila perempuan tanya. Kalau dia jawap "Ya", anda mungkin akan cemburu. 


Percayalah dia akan jawab "Tidak" walaupun perempuan itu sangat cantik. Dan anda pula akan menuduhnya menipu. Betul?




"Nevermind. I'm fine..."


Muka anda masam mencuka. Bila lelaki bertanya kenapa, anda mengatakan anda okay. Percayalah, lelaki sangat tertekan mendengar ayat di atas. 


Ayat di atas hanya mengundang lebih banyak masalah. Pertama, anda terlepas peluang memberitahu dia masalah anda. Kedua, anda memperbanyakkan masalah yang sedia ada. 




"Awak pasti ke awak okay ni?" (Tetap tanya walaupun dia kata dia okay)


Lelaki juga ada hari 'datang bulan' dia. Mereka boleh jadi 'tiada mood', letih, atau rasa tidak mahu bercakap. Come on, kami juga manusia biasa! Perempuan tolong jangan cuba membaca apa yang difikir lelaki bila terjadi macam ni. Bagi dia ruang dan jangan ganggu dia buat beberapa ketika. 


Kalau anda terus bertanya soalan begini, jangan terkejut kalau dia memberi jawapan, "Awak yang buat saya jadi tidak okay!"




"Sayang tak sukalah mak abang tu..."


Jangan membenci sesuatu atau sesiapa yang dia suka. Betul, anda mungkin tak dapat jadi 'sekepala' dengan semua orang dalam hidup dia, tapi cuba beri sedikit ruang demi hubungan anda dengan manusia yang paling dia jaga dan sayang. 


Kalau anda cuba membandingkan anda dengan ibunya, hampir setiap masa anda akan kalah. Lelaki sayang ibunya lebih dari segala-galanya.




ps : Perempuan ada air mata sebagai senjata. Lelaki ada ego sebagai perisai ;)


so,ni saja yang dyla dpt kongsi..lelaki luar sana mai la kongsi pandangan anda..=)

perhatian !!! > nak mintak tolong boleh tak?

tolong like gambar ni boleh? 
                               
         klik link nie taw kalo nak like>>>   PICTURE OF THE YEAR 2011 !

like dengan ikhlas taw..SOKONGAN ANDA AMATLAH DIPERLUKAN ..thank you :)







TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

dadih strawberry !

olaa eblibadi..short entry,juz na share new recipe..




bahan-bahan:
  • 1 liter air
  • 1 liter susu segar / susu perasa strawberry (dalam kotak)
  • 11gm serbuk agar-agar (2 sudu besar)
  • secubit garam
  • 1 cawan gula (tidak diperlukan jika menggunakan susu strawberry)
  • perasa strawberry (tidak diperlukan jika guna susu strawberry)
Cara buat:
  • masak air dan gula hingga cair
  • masukkan susu, serbuk agar-agar dan secubit garam serta perasa strawberry, panaskan hingga mendidih dan kacau sebati
  • tutup api dan tapis dalam bekas-bekas kecil/acuan
  • sejukkan dalam peti ais
note>> kalo na dapatkan rase yang pelbagai boleh campur nata de coco atau buat double layer..

selamat mencuba !


TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)