WELCOME TO MY LOVELY BLOG..have fun travel my blog..do read,do follow..tenkiu..=)

Friday, March 2, 2012

Cinta 2 Perenggan : Perempuan Suka Dimanja Atau Disakiti?

assalamualaikum...








Apa yang anda paham dengan cinta 2 perenggan? Dyla xnak menyusahkan tuan puan untuk berfikir. Dyla jelaskan cinta 2 perenggan itu adalah kisah 2 buah cinta yang Dyla akan tulis dalam 2 perenggan. Haha! 2 kisah cinta yang amat berbeza situasi. Dyla nak kisahkan cinta ini lebih terhadap kaum hawa. Kenapa? Hai cinta? Kamu sihat? Buat pe tu? Hujung minggu ni tengok movie nak? Tuan puan pernah guna tak ayat ayat yang Dyla sebut tu? Dyla cakap tuan puan tipu kalau tak sebut sekiranya tuan puan tengah mabuk bercinta. Bukan mabuk daging korban. Sebab? Sebabnya ayat ayat kat atas adalah ayat klise dalam percintaan. Dyla nak mulakan cinta 2 perenggan.
Perenggan 1 : Perempuan bercinta untuk dimanja manja. Betol ke perempuan bercinta untuk dimanjakan lelaki? Yes! Itu adalah tujuan utama orang bercinta. Perempuan memang akan rase tercabar bile melihat perempuan lain mempunyai teman lelaki. Sekiranya wujud perasaan cemburu melihat perempuan lain dimanja oleh lelaki, perempuan ini akan berusaha untuk mendapatkan cinta dari seseorang lelaki. Ini adalah contoh karenah perempuan bercinta. Memang Dyla tak nafikan semua perempuan ingin dimanja manja, tetapi adakah semua cinta yang puan puan dapat indah indah belaka? dyla katakan hanya 60% perempuan yang betul betul menjumpai cinta sejati mereka. Bagaimana dengan selebihnya? Dyla akan cerita dalam kisah cinta perenggan 2. Tuan tuan setuju ke kalau Dyla cakap perempuan bercinta kerana duit? Jangan lupe, zaman sekarang ramai juga lelaki yang suke menghabiskan duit teman wanita mereka.
Perenggan 2 : Perempuan bercinta untuk diseksa. Seksa di sini terbahagi kepada 2. Seksa zahir dan juga batin. Tetapi Dyla nak ingatkan tuan puan, sekiranya tuan puan bercinta jangan lah ada perkara seperti ini. Perkara seperti ini memang tidak diingini oleh mereka yang sedang bercinta. Dalam situasi ini, perempuan suka disakiti. Mengapa? Dyla bagi contoh untuk memudahkan tuan puan paham.
  1. Dia baik wak, die x pernah sakitkan hati saya
  2. Die x pernah pun curang dengan saya
  3. Kiteorang dah lame kapel, saya sanggup tunggu die
Ayat ayat yang Dyla bagi kat atas adalah bukti perempuan suka disakiti. Walaupun dah dinasihati bahawa seseorang lelaki telah berlaku curang terhadapanya, tetapi perempuan masih lagi mahu mempertahankan lelaki tersebut. Mengapa ada perempuan bercinta semata mata untuk disakiti? Contoh di atas adalah seksa batin. Bagaimana dengan seksa zahir/fizikal? Semua orang pasti tahu seksa jenis ini. Situasi ini berlaku apabila seseorang lelaki tidak puas hati terhadap teman wanita nye, dalam bahasa mudah salah paham. Kesnya tak besar, x jawab panggilan telefon, balas sms lambat. Sanggup ke tuan tuan pukul teman wanita anda sendiri? Persoalan itu Dyla tinggalkan untuk tuan puan pikirkan. Apa yang pasti, perempuan memang suka disakiti.
Bagaimana dengan cinta 2 perenggan tuan puan? Ahakz. Kadang kadang orang permpuan tidak sedar bahawa die sedang disakiti oleh cintanya sendiri. Sekiranya anda berjumpa dengan cinta sejati anda, hargailah ia. Perlu ingat, cinta takkan dapat kalau kita tak mencari dan juga tak kesampaian kalau tak diberi. Betul tak pepatah tu tuan puan? Dyla kurang pandai sebab Dyla bukan dokter cinta yang bertauliah. Haha! Kesimpulan bahasanya, bercinta lepas kahwen. Senang cerita. Babaiz.




TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

No comments: