Percintaan bukanlah satu permainan yang boleh bermula dan berakhir sesuka hati. Oleh itu, bagi mempertahankan sebuah percintaan jangan sesekali melakukan perkara yang tidak patut dalam cinta. Kamu perlu jujur dan tidak berpura-pura. Tunjukkan sikap kamu yang sebenar dan percayalah orang yang mencintai kamu akan sentiasa menerima kamu seadanya. Selain daripada itu, bagi mempertahankan sebuah percintaan elakkan dari melakukan perkara-perkara ini dalam hubungan kamu.
1 BERCINTA KERANA SIMPATI DAN KASIHAN
Kamu tidak akan menjadi dewa/dewi penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia. Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri andainya simpati menjadi penyebab mengapa kamu sudi bertaut cinta bersama si dia. Jangan terlalu mudah jatuh cinta hanya kerana kasihan si dia terlalu mengharap pada kamu. Pastikan kamu menerimanya kerana keistimewaan yang dia miliki. Andainya tiada langsung rasa cinta dalam diri kamu padanya adalah lebih baik kamu berterus terang dengannya. Si dia lebih kecewa andainya tahu kamu sebenarnya tidak mencintainya seperti mana dia mencintai kamu. Perlu diingat dalam cinta tiada paksaan semua orang berhak membuat pilihan sendiri mengikut naluri masing-masing.
2. MELIRIK KEPADA JEJAKA/GADIS LAIN.
Tidak dinafikan cinta bukanlah penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan tetapi harus ada batasannya. Mata kamu biasanya cepat sahaja melirik pada jejaka/gadis lain. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata namun ia juga boleh membawa kepada kecurangan. Mula-mula jeling-jeling, kemudian berkawan dan tidak mustahil kamu akan jatuh hati padanya pula di kemudian hari. Hargailah setiap yang ada di depan mata. Tidak perlu menjeling pada yang lain selagi yang ada di depan mata kamu sudah cukup sempuran buat kamu
.
.
3. BERSIKAP HIPOKRIT!
Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar si dia berbicara tentang perkara yang kamu tidak suka. Jangan paksa diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah ke otak kamu. Hipokrit namanya tu! Biarkan dia tahu apa yang kamu tidak suka supaya si dia tidak mengulangi perkara yang sama. Namun tegurlah secara baik janganlah sehingga membuat dia tersinggung dengan kritikan kamu.
4. SANGGUP MENYERAH KALAH.
Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton bersamanya semata-mata mahu menjaga hatinya. Jangan takut, tidak salah bersaing dan tidak perlulah berpura-pura. Hubungan kamu dan si dia akan menjadi lebih ceria andainya ada pesaingan yang sihat.