WELCOME TO MY LOVELY BLOG..have fun travel my blog..do read,do follow..tenkiu..=)

Sunday, December 16, 2012

Penyembuh Hati Yang Patah..



                                                 

Patah hati atau orang muda-muda sekarang sebut, broken heart, itu biasanya kerana dua perkara, putus cinta atau ditolak pinangan/lamarannya. Tapi kalau dilihat pergaulan zaman sekarang, sebab patah hati kebanyakan adalah kerana cinta. Dan hubungan cinta couple ini sememangnya satu hubungan yang salah. Kalau dilihat dari segi apa-apa pun, couple lebih banyak membuat patah hati daripada suka hati. Status hubungan pasangan atau couple ini tidak jelas, tidak sah dan yang pasti tidak serius.

Buat yang gagal melamar / pinangan ditolak, bukannya yang kamu lakukan itu salah. Mungkin pasangan yang menolak kamu bukan jodoh kamu. Mungkin dia hanya pelangi indah yang cuma hanya sesaat menghiasi bumi, dia bukan bulan yang selalu setia menemani bumi dalam menggantikan matahari. Ingat, Allah sudah menjamin tiga perkara iaitu rezeki, ajal dan jodoh. Dan jangan lupa Allah juga berfirman, ertinya :


“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (QS. An Nuur: 26)

Kalau kita sudah terlanjur patah hati, jangan gelap mata. Keep think positive. Kita masih boleh memilih apa yang akan kita lakukan kemudian. Dan itu terserah pada kita, positif atau negatif.


kalau ubat hati itu ada lima, maka ubat patah hati juga ada lima :




1. Jangan mendramatik-kan keadaan

Kalau patah hati, tak perlu bersedihan terlalu lama. Hindari suasana yang membuat kamu menjadi sebak atau melankolis. Tak usah dulu mendengar lagu-lagu dengan tema patah hati, atau melakukan aktiviti lain yang membuatkan sesak hati. Itu sama sahaja menabur garam di atas luka. Pedih bukan?



2. Putus asa itu dosa

Ingat bahawa berputus asa itu dosa. Rasulullah bersabda : “Dosa besar itu adalah mempersekutukan Allah, putus asa dari kurnia Allah dan putus harapan dari rahmat Allah.” (HR. Al Bazzar dan Thabrani)

3. Jangan menyendiri

Kamu jangan menyendiri. Cari teman-teman yang dapat support dan yang dapat membuat kita bangkit lagi, bukan yang menjatuhkan kita pula. Pergilah buat hangout dengan kawan-kawan.kalau boleh busy-kan diri anda supaya nanti tidaklah terlalu memikirkan masalah tersebut.



4. Perbanyak kegiatan positif

Kita harus sering bergerak. Lari marathon, berkebun atau berbasikal boleh dilakukan. Atau kegiatan yang paling positif adalah belajar tentang Islam, dan menyertai aktiviti dakwah. Insya Allah dapat melupakan pahitnya patah hati, kerana Islam itu lebih indah dari yang kita sangka.



5. Bersyukur, berusaha dan doa

Kalau kita putus dari ikatan couple,Kita harus bersyukur dan tidak perlu bersedih. Kalau memang sudah bersedia untuk bernikah, bernikah sahaja,tak perlu bercouple / bercinta sebelum kawin ni. Buktikan kita serius. Buat yang ditolak lamaran / pinangan, itu tandanya calon itu tidak matching dengan Kita. Kita belum ada rezeki, cuba lagi. Dan jangan lupa berdoa kerana Allah pasti akan memberi jalan keluar yang terbaik buat kita. Pasti!

Ibnu Qayyim rahimahullâh tentang cinta yang terpuji:




“Cinta yang terpuji adalah cinta yang memberikan manfaat kepada orang yang merasakan cinta itu untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya. Cinta inilah yang menjadi asas kebahagiaan. Sedangkan cinta bencana adalah cinta yang membahayakan pelakunya di dunia maupun akhirat dan membawanya ke pintu kenistaan serta menjadikannya asas penderitaan dalam jiwanya.”
 
Jangan bersedih wahai kawan.teruskan kehidupan..teruslah senyum..telan segala kepahitan..jika anda yakin dengan diri sendiri,Insyaallah anda boleh lakukannya :) 


TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

No comments: