WELCOME TO MY LOVELY BLOG..have fun travel my blog..do read,do follow..tenkiu..=)

Tuesday, January 1, 2013

RESEPI KEK PELANGI @ RAINBOW CAKE


Assalamualaikum..

lama rasanya tak berkongsi resepi dengan korang..
last cuti sekolah la pun baru tercapai hasrat nak buat kek Rainbow :)
even first trial tapi menjadi tersanggatla happy..menjadi pun hasil bantuan ibu jugak kalau tidak mau buruk kek tu..maklum la tangan tade seni..hehe

so apa tunggu lagi,ambil pen dan kertas then mai la salin....


RAINBOW CAKE @ KEK PELANGI




Bahan-bahan

 3 cwn tepung gandum
 4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter
2 cwn gula castor
5 biji putih telor
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar
pewarna  (pilih la warna favourite korang ye )


Cara-cara
  1. Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang.Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter
  2. Panaskan oven pada suhu 170C
  3. Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
  4. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
  5. Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
  6. Masukkan esen vanila
  7. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
  8. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.


Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar


  1. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
  2. Masukkan dalam loyang
  3. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
  4. Bila dah masak letak atas redaiTunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
  5. Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
*Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.

Untuk Cream Cheese Frosting

Bahan
250 g cream cheese
120 g gula
120 g butter

Cara-cara

  1. Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu.
  2. Sedia untuk digunakan.

Untuk melapis.

  1. Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.
  2. Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan.
  3. Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat siatas laisan cream cheese tadi.
  4. Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang stepa ini hingga habis. Setelah lapisan yang terakhir jangan ayakkan serbuk coklat sebaliknya buat lapisan cheam cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek.
  5. Hias mengikut kreativiti masing-masing.korang boleh guna buah atau coklat bagi lagi ceria.. :)

SELAMAT MENCUBA YE ^-^


TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

4 comments:

amer akat said...

Hi.. aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/

Fazliana Jamil said...

alolo... da terliur daku ni..

NJihe.am said...

Salam singgah, sedapnya, nak cubalah nanti. studioous.blogspot.com

twinscraftlife said...

안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/