WELCOME TO MY LOVELY BLOG..have fun travel my blog..do read,do follow..tenkiu..=)

Sunday, December 16, 2012

Penyembuh Hati Yang Patah..



                                                 

Patah hati atau orang muda-muda sekarang sebut, broken heart, itu biasanya kerana dua perkara, putus cinta atau ditolak pinangan/lamarannya. Tapi kalau dilihat pergaulan zaman sekarang, sebab patah hati kebanyakan adalah kerana cinta. Dan hubungan cinta couple ini sememangnya satu hubungan yang salah. Kalau dilihat dari segi apa-apa pun, couple lebih banyak membuat patah hati daripada suka hati. Status hubungan pasangan atau couple ini tidak jelas, tidak sah dan yang pasti tidak serius.

Buat yang gagal melamar / pinangan ditolak, bukannya yang kamu lakukan itu salah. Mungkin pasangan yang menolak kamu bukan jodoh kamu. Mungkin dia hanya pelangi indah yang cuma hanya sesaat menghiasi bumi, dia bukan bulan yang selalu setia menemani bumi dalam menggantikan matahari. Ingat, Allah sudah menjamin tiga perkara iaitu rezeki, ajal dan jodoh. Dan jangan lupa Allah juga berfirman, ertinya :


“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (QS. An Nuur: 26)

Kalau kita sudah terlanjur patah hati, jangan gelap mata. Keep think positive. Kita masih boleh memilih apa yang akan kita lakukan kemudian. Dan itu terserah pada kita, positif atau negatif.


kalau ubat hati itu ada lima, maka ubat patah hati juga ada lima :




1. Jangan mendramatik-kan keadaan

Kalau patah hati, tak perlu bersedihan terlalu lama. Hindari suasana yang membuat kamu menjadi sebak atau melankolis. Tak usah dulu mendengar lagu-lagu dengan tema patah hati, atau melakukan aktiviti lain yang membuatkan sesak hati. Itu sama sahaja menabur garam di atas luka. Pedih bukan?



2. Putus asa itu dosa

Ingat bahawa berputus asa itu dosa. Rasulullah bersabda : “Dosa besar itu adalah mempersekutukan Allah, putus asa dari kurnia Allah dan putus harapan dari rahmat Allah.” (HR. Al Bazzar dan Thabrani)

3. Jangan menyendiri

Kamu jangan menyendiri. Cari teman-teman yang dapat support dan yang dapat membuat kita bangkit lagi, bukan yang menjatuhkan kita pula. Pergilah buat hangout dengan kawan-kawan.kalau boleh busy-kan diri anda supaya nanti tidaklah terlalu memikirkan masalah tersebut.



4. Perbanyak kegiatan positif

Kita harus sering bergerak. Lari marathon, berkebun atau berbasikal boleh dilakukan. Atau kegiatan yang paling positif adalah belajar tentang Islam, dan menyertai aktiviti dakwah. Insya Allah dapat melupakan pahitnya patah hati, kerana Islam itu lebih indah dari yang kita sangka.



5. Bersyukur, berusaha dan doa

Kalau kita putus dari ikatan couple,Kita harus bersyukur dan tidak perlu bersedih. Kalau memang sudah bersedia untuk bernikah, bernikah sahaja,tak perlu bercouple / bercinta sebelum kawin ni. Buktikan kita serius. Buat yang ditolak lamaran / pinangan, itu tandanya calon itu tidak matching dengan Kita. Kita belum ada rezeki, cuba lagi. Dan jangan lupa berdoa kerana Allah pasti akan memberi jalan keluar yang terbaik buat kita. Pasti!

Ibnu Qayyim rahimahullâh tentang cinta yang terpuji:




“Cinta yang terpuji adalah cinta yang memberikan manfaat kepada orang yang merasakan cinta itu untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya. Cinta inilah yang menjadi asas kebahagiaan. Sedangkan cinta bencana adalah cinta yang membahayakan pelakunya di dunia maupun akhirat dan membawanya ke pintu kenistaan serta menjadikannya asas penderitaan dalam jiwanya.”
 
Jangan bersedih wahai kawan.teruskan kehidupan..teruslah senyum..telan segala kepahitan..jika anda yakin dengan diri sendiri,Insyaallah anda boleh lakukannya :) 


TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Saturday, December 8, 2012

Pemilk Hati Yang Patah ...


ASSALAMUALAIKUM :)





Untuk yang sedang bersedih

Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.


Wahai jiwa yang sedang layu…

Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya.

Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…

Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.

Untukmu yang sedang luka..

Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.

Hai pemilik hati yang patah..

“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!

Kawanku yang dicintai Allah..

Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur.



Ini untukmu yang sedang bersedih

Dalam rangka menasihati diri sendiri…

 



TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Saturday, November 10, 2012

PEMENANG CONTEST KAMI !



Assalamualaikum...
halo0o0o0o....

Alhamdulillah contest kami dah pun tamat dengan jayanya..dengan peserta seramai 49 orang,kami tetap rasa bangga sebab ada yang nak join....terima kasih banyak-banyak ye bagi yang menyokong kami...

Jom tengok pemenang kami...

Hadiahnya:

Pertama: Camera lomo ( camera SAHAJA)

Kedua : Top Up bernilai RM10.00 utk 2 org

Ketiga : Top Up bernilai RM5.00 utk 2 org




CAMERA LOMO ! :D http://sengethebat.blogspot.com
-skirt tu menyerlahkan gambar
-aksesori yg dipakai terutama belt dan rantai
membantu untuk buat baju yg simple tu kelihatan lebih style!
-gabungan beg warna cerah tu mencantikkan lagi keseluruhan gaya..
-paling penting,cincin tu tak nak kalah! hehee



TOPUP RM10 http://www.jajasutera.com/
-cantik dress purple dan aksesori kat kepala...
-pose Kak Jaja membuatkan baju ni lebih menyerlah
-kasut and background tu kami suka ! ceria ! :D




TOPUP RM10 http://www.facebook.com/nagaura
-penggayaan baju,spec,rantai and
kasut yang comel tu memang awesome ! :D
-tanpa penggayaan aksesori,baju ni akan nampak simple cgt




TOPUP RM5 http://www.mohdkhairi.com
Peserta lelaki :D hehe
-gambar ni memang style,dgn pose yg cool
and background hitam ni amat membantu !




TOPUP RM5
http://www.facebook.com/faiza.seobbest
-gambar yang simpe tetapi STYLO..
-beg kertas and gaya yang cool even sebelah tong sampah,still ada seni!



Alhamdulillah..ni contest pertama PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg ...
TAHNIAH KPD PARA PEMENANG..
yang tak berjaya tu lain kali cuba lagi ye ^_^ terima kasih !
Bagi pemenang tolong beri kerjasama inform dekat Dyla melalui FACEBOOK DYLA !....
ANDA HANYA DIBERI MASA DALAM SEMINGGU...:)

TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Friday, November 9, 2012

"STYLISTA CONTEST" by DYLA and SYIRA

 
Assalamualaikum..
Hye semua !
 
 


Dyla and my bestie,Syira from PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg nak buat contest !..
contest apa ??


"STYLISTA CONTEST"

Cara dan Syarat-syaratnya:
...

pastikan anda mempunyai blog dan warganegara malaysia.
1 entry bertajuk "Stylista contest"
sertakan gambar PENUH anda (seorang) yang Stylo,cantik,handsome and manis dipandang (pastikan sopan) pakaian: bebas ! ( tamo sexy2 ;P )
berikan 3 perkara menarik tentang blog Syira dan Dyla..
anda perlulah Follow BLOG CIK SYIRA  dan semestinya BLOG CIK DYLA
 like page PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg
for those yang ade twitter,follow twitter kami :CIK DYLA  and CIK SYIRA
bagi awak-awak yang tiada blog,jangan risau kerana jika awak-awak berminat hanya perlu post gambar pilihan anda melalui inbox page kami..anda semua masih lagi perlu mengikuti syarat yang ada tetapi anda tidak perlu membuat entry.. (cmne na buat entry if tade blog,ye dak ? )

 bagi yang still nak join dengan cara mudah pulak anda boleh send gambar korang dekat inbox page kami...


dah settle???pastikan anda jujur ye..then letakkan link blog anda (berkaitan entry contest),nama akaun facebook and twitter di ruangan komen blog Dyla atau Syira atau di page kami...

take a note >tarikh tutup : 9 OKTOBER 2012

Ganjaran istimewa yang menanti anda :

  Pertama: Camera lomo
 

 Kedua : Top Up bernilai RM10.00 utk 2 org
Ketiga : Top Up bernilai RM5.00 utk 2 org

15 gambar TERBAIK (pilihan Dyla dan Syira berdasarkan gambar dan entry menarik) akan diupload di page kami dan undian"like" yg terbanyak akan dipilih sebagai pemenang

segala info dan pengumuman akan dibuat di page dan twitter kami
 
marilah ramai-ramai join and beri sepenuh sokongan anda semua terhadap contest pertama kami..

 THANK YOU !



TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Wednesday, October 31, 2012

Keinginan Hati Kecil ..


Bagaimana jika ada hati yang bersuara tapi tak ada rasa yang memandang.. bagaimana jika ada degupan yang mendengar tapi tak ada sentuhan yang membalas...? Bagaimana pula jika ada cinta yang ditafsir tapi tak ada sayang yang merungkai...



Perjalan ini hanya sekadar menyusun keiginan hati yang kecil dan terabai namun tetap ia sebuah cerita dari kisah si pencerita yang mengimpikan cinta sejati.. betapa jauhnya rasa ketandusan diri menagih cinta sejati seolah pertemuan itu terlalu jauh umpama mimpi di dalam mimpi...

 



Bagaimana kisah ini terjalin? Ia muncul tanpa rasa diduga, ia mekar disaat tertutup kelopak mata... ia meresap disaat hati tergoda, ia kekal disaat cinta dikata... Pada masa si pencerita menghuraikan ayat2nya, si pencinta memberikan seribu cerita... lantas tangan tidak terhenti melakar kisah di sebalik pena, menghurai setiap satu apa yang tersirat, dan terbaca setiap apa yang tersurat...



Setiap insan adalah sama setiap langkahnya, cuma di garisan itu terungkailah siapa diri bila tapak akhir terhenti... Ia juga menjanjikan satu suasana seindah syurga walau tidak pernah dirasa, tapi Dia memberikan pentunjuknya untuk dilalui bersama.. Malah lebih manis bila bersama dengan insan yang didamba, mengecapi impian dan keinginan setiap makhluk yang bernyawa...





Jom join STYLISTA CONTEST
9 HARI SEBELUM TARIKH TUTUP..
 


TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Thursday, October 25, 2012

Disebalik senyuman...


Pernahkah kita tersadung tanpa terluka? walau hanya merah di luar tapi bisanya merintih di dalam... apabila hasrat datang ingin berkata-kata, tidak semudah seperti yang menduga... insan di dalam dunia ibarat ratu di atas mahligai, penuh keindahan dan ketaatan, penuh ucapan dan puji-pujian... dilihat jelata seorang yang penuh kekentalan, memberi semangat kepada semua yang kesusahan...


Di saat dia keseorangan dengan kesedihan, lahirlah wajah lemah tanpa sinaran... tutur katanya sedu mencari sentuhan, terpancar delima dengan keluhan... mengalirlah permata di saat hati resah, mencari pertolongan mengasuh kecewa... betapa lemahnya dirinya di saat itu, tidak terdetik matanya walau di seru..



Dia seorang yang mencintai keindahan, dia seorang yang menginginkan kekuatan, dia seorang yang kuat mencari kebenaran, dan dia seorang yang mengharapkan petunjuk dari kelemahan... tatkala air matanya mengalir lembut di pipi, dia menulis kisahnya.. mendengar keluhan hati yang lemah di kala harinya penuh ketandusan...






Di sebalik amarahnya terselit liang-liang keanakan, mencerminkan keperibadian seorang yang mencari tempat untuk bermanja.. perjalanan hidupnya ibarat angin yang berubah menjadi bayu, antara lautan dan daratan, hari-harinya penuh dengan dugaan mencari kebenaran... tanpa berkata hanya mereka yang memahami akan mampu meneka, adakah dia kesedihan dan memerlukan belaian? adakah senyuman itu betul-betul ikhlas atau hanya untuk menutup kesedihan di hati ?



Sepanjang perjalanan hidup melakar pedoman, menjadi ilham memberikan kesungguhan... dengarlah wahai hati, jangan di rintih rindu berpanjangan... pasir beribu tak terbentuk hanya dengan deruan ombak di pantai, kasih takkan terbuku dengan hanya sumpah si cerdik pandai... berkatalah dengan kata yang penuh telus dan halus, seperti nipisnya sutera ditembusi cahaya.. janganlah ada penghalang yang dapat menghalang dari kejujuran terucap di setiap penjuru lidahmu... berkatalah dengan kata yang baik dan indah, seperti suratan hati yang membawa kebenaran... tanamkanlah sifat yang suci seperti mereka adalah insan yang diredhai, mencintai seperti diri yang ingin dicintai... lepaskanlah diri yang dibelengu dengan ketenangan memikirkan kebijaksanaan, ketandusan yang diganti dengan kedamaian... fikirlah dengan akal yang tercipta dari sebaik-baik benak fikiran, mengingati kesedaran disegenap pelusuk kata hati...



Apabila dia memberikan senyuman, mereka yang memahami akan mentafsir kisah di sebaliknya... mereka yang memahami akan selalu mendampinginye malah memberi pelbagai kata semangat..dan yang memahami juga akan berjaya membuatan dia berasa disayangi..maka untanglah dia kerana mempunyai mereka yang sangat mengambil berat dan akan selalu membuatkannya memberikan senyuman dan ketawa..

 
Setiap hari dia akan mengingatkan dirinya supaya hari siangnya janganlah selalu beradu mimpi, di langkah jalannya janganlah selalu menunggu sepi.. perjalanan yang masih jauh perlu diharungi, menanti pasti dengan setiap kata dan janji... tetapkanlah hati dengan kejujuran, teguhkanlah diri dengan kesopanan...
 
 
 
 
*NOTE :: for those yang masih belum join contest,jom la bagi sokongan anda..memangdangkan esok raya so confirm banyak gambar korang yang meletupkan ? so ape tunggu lagi,join la ye...
 
 
  SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BLOGHEARTS...

TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Friday, October 19, 2012

PENGUMUMAM PENTING !

Assalamualaikum
 


PENGUMUMAN PENTING !




Dyla nak bagitahu yang PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg telah melanjutkan,melambatkan,dan menyambungkan lagi masa dan tarikh tutup untuk "STYLISTA C0NTEST" and sistem "LIKE" DIBATALKAN...and for those yang nak join dengan cara yang mudah juz SEND GAMBAR ANDA DI PAGE KAMI...

so,pemenang akan dipilih secara telus oleh SYIRA n DYLA :)



Tarikh tutup :9 November 2012




jom la ramai2 memeriahkan contest kami...
 





Terima Kasih !

>>> Syarat lain tetap sama ^_^


TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Wednesday, October 10, 2012

Hati Kecil Berbicara !



Demi apa lidah berkata, demi apa hati bertanya.. demi cinta jangan tak setia, demi masa janji dikota... Perjalanan yang singkat menemukan titik permulaan di sudut hati yang tidak pernah terbuka, perjalanan yang hampir jatuh disebalik arus ketenangan yang dirasa cukup untuk ditelan, namun terserlah hanya andaian si pencerita seorang yg tidak berteman... langkah yang terhenti membuka seribu persimpangan yang menanti... dan demi takdir yang telah ditulis hanya Dia yang mengetahui...



Di kala saat bulan mencerahkan daratan, langit memainkan bunyian, maka lantas lautan memantulkan keinginan... dan hampir pasti dapat menerangi pencinta malam yang dulu hanya bermimpi, kerana bintang yang sering menghiasi sepenjuru alam selalu berjanji... dan setiap kata renungan sumpah dan sehati, lantas diambil cerita sejarahnya tulus ke lubuk sanubari..


Detik pertemuan menjanjikan keakraban, tetapi tidak mengisahkan keutuhan... namun ikatan yang tidak dilihat selalu mentafsir keyakinan... kerana Dia telah memberi harapan dengan doa dan kesungguhan... mengapa perlu berkata dusta sedangkan lidah menghunus tajam mengelak derita.. mengapa perlu melontar madu sedangkan bunga telah disiram akarnya... tetapi si pencerita tetap menulis bermatakan hati berlidahkan kemaafan... menanti petunjuk mengharapkan pedoman...

Hari demi hari dinanti bertanyakan hasrat kecil, hanya tertanya di manakah kaki ini berdiri... adakah mampu menuai saat membuah, adakah kelu manisnya sehingga tak lerluah... senyuman hampir menunggu pasti, jelingan khuatir dibalas janji... kata2 ini ikhlas diberi tanpa dibalasi, menangis tersenyum dulu yang hanya menyepi... riak wajah langkah tersusun sendiri, memberi ilham si pencerita merawat diri...

 



Dia adalah sekalung penyejuk amarah diri, dia adalah separuh jiwa yang dulu lemah kini berdiri, dia adalah kata-kata yang penuh janji, dan dia adalah lunas-lunas yang mengotakan apa yang telah dihajati... tatkala hampir jatuh lemas di dalam air mata sendiri, namun lautan di dalamnya ada yang menasihati, memberi nafas untuk direnangi, sehingga kaki melutut sambil menginsafi...

dan kepadaNya juga yang selalu memaafi...
 
 
Seperti yang terbuku terpateri, aku cuba memberanikan diri... memberi janji yang akan kupasti, menanti hujah penyejuk dihati... terbilang hari terdetik menyusuri, tertunggu cari hadiah diberi, akan ku panjat syukur ilahi, mudahkan petunjuk pada Kau yang memberi...


Demi yang mengutuskan engkau dengan kebenaran, aku mencintainya...




take note please :: jom join stylista contest ..tinggal 10 hari je lagi....

TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Friday, October 5, 2012

FOR THE FIRST TIME ...



For the first time I meet you,I
know you will make my life become miserable.But i Love to be with someone like you forever.

 


You talk to much.You make me smile.You make me cry.You make me sad sometimes but I don't mind. I just wanna be with you as long as you need me in your life.


Every second,i'm waiting for your call or msg from the first time you said you fall in love with me.A text from you already can makes me become the most happier girl in the world.Because every moment,I really miss you.





I know I'm stuborn.I know I'm a selfish person.Kuat merajuk.And kadang-kadang buat perkara yang saya tak patut buat pada awak.Tapi semua too just untuk dapatkan perhatian awak.So that you can pay more attention to me.I never mean to hurt your feeling.

 


There are a lot of thing that i had already plan for us.The most thing that I want to do with you is growing old together with you and spend the rest of my lives by loving you.


No matter what happen to us,I promise you that I will never leave you. Banyak dugaan yang terpaksa kita tempuhi tapi semua too takkan patahkan semagat saya untuk bersama dengan awak dan jadi yang terbaik untuk diri awak.





I try harder to make yourself feel happy whenever you wif me.Because I know,you're the best person for me to be my husband in future.I belives you.. :) shy~~~....insyaALLAH.

 


I want to stay beside you every moment.I never want to be apart from you.Soorry for damn much loving you.
 
So,please...dont you ever again being in love with someone else.Its hurt me a lot. My life is empty without you.I mean it.
 

You're my only one in my heart


I promise you again.No matter what happens,we'll always be together.
I LOVE U SO DAMN MUCH MOHAMMAD AMIR AIZAT…
 
 
nota kaki >
mai la join "STYLISTA CONTEST ..ada peluang dapat kamera LOMO taw..ade masa dalam 2 minggu lagi..only 10 persons yang join buat mase ni..so jom tolong meriahkan contest kami :')

TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)