ASSALAMUALAIKUM..
sekian lama menghilang dari dunia blog ni, akhirnya kembali jua..hehe
rasanya agak terlambat nak wish Happy New Year, welcome 2014.
tahun baru azam mesti barukan? ^-^
new entry ni dyla nak share something, just nak sharing sebagai teladan. let's start the story :)
Masa laluku bukan suatu yang indah untuk ditawakan malah
bukan juga untuk dibanggakan. Masa laluku yang hitam, seperti tangisan yang
berdarah, seperti jeritan orang yang sedih, seperti sakitnya orang yang parah.
Itu masa laluku, masa aku seorang yang naïf tentang segalanya. Aku kini
perlahan bangkit tapi masih belum berjaya berubah menjadi seorang yang
cemerlang. Aku sering kali terkandas dan sering kali juga mengulangi kesilapan
lampau. Lemahnya imanku. Itulah aku. Seorang hamba yang sungguh hina, cukup
alpa aku dengan keindahan dunia dan sungguh asyik aku melayan dusta dunia.
Sungguh susah hati ini lembut kerana-Nya. Sungguh susah aku
untuk lakukan segala suruhan-Nya. Buat perkara ditengah-Nya, tinggal segala
suruhan-Nya. Bila tersedar aku terasa tidak lagi mampu untuk aku hidup sebagai
pendusta. Walau hati ini penuh dengan titik zina, tapi aku cuba juga untuk
mencari cinta Yang Maha Kuasa. Jatuh
bangun untuk berubah kadangkala buat aku mengalah, lemahnya iman aku. Aku buntu.
Kadangkala hati yang gundah ini aku tenangkan dengan alunan zikir tapi akan
tetap kembali gundah.
Mahu kembali ke jalan yang lurus memang terpaksa redah
segala duri, terpaksa terima luka yang parah. Aku tahu Allah sentiasa ada bantu
aku bersihkan hati yang kotor ini. Kadangkala aku jadi sedih bila lihat rakan
sendiri menceritakan tentang agama,
cemburunya aku dengan ilmu yang mereka ada, cemburunya aku lihat mereka tidak
jauh tersasar seperti aku. Aku malu kerna aku tak mampu jadi seperti mereka. Hancur
punah hati aku, hancur akhlakku. Hanya kerana dunia yang tiada nilai.
‘dunia ini hanya satu khayalan yang mana suatu hari nanti
juga akan musnah, jadi apa gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu
akhirat itu kekal. Rasulullah pernah
berkata bahwa dunia ini hanya impian buat mereka yang tidur’ (PUTERI INTAN DIYANA)
Selagi ada nafas, marilah kita kejar cinta abadi, cinta buat
sang pencipta. Andai dyla jatuh kembali, tersasar jauh, dyla harapkan ada yang
membantu. Doakan dyla :’)
BANGKITLAH wahai sahabat. Sama-samalah kita perbaiki diri. J
No comments:
Post a Comment