WELCOME TO MY LOVELY BLOG..have fun travel my blog..do read,do follow..tenkiu..=)

Saturday, October 29, 2011

kisah mona fendi !


gler la,ayi nie mmg boring...da study tpi ble study lme2 mule la kple nie gedix na berdenyut bgaikan..
so dyla amek la ksempatan 2 untok on9..motif utame cnfirm la na update blog tpi kering plak idea ayi nie..
then2 ttbe plak tringat psal cite mona fendi..
so ape agy pi la cari2 info at mr google...


jom kite ihat hasilnye....hehe

Ini kisah perempuan yang sesuai dilabel paling kejam di Malaysia dengan beberapa kes pembunuhan yang sungguh mengerikan

Kes ni berlaku dah dekat 10 tahun lebih dah (time tu aku kecik lagi).Tapi masih segar lagi di ingatan aku kes ni.Jom sama2 kita baca artikel pasai Mona Fendi yang aku petik di dalam blog ini



"Tersebut la kisah, Si Mona Fendy.
Seorang Bomoh kejam tidak terperi,
Berbakat juga dalam bidang menyanyi.
Menetak, mengerat dan melapah daging menjadi hobi
"









Ketiga-tiga tertuduh iaitu Mona Fendy (kiri), suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman (tengah), dan pembantu mereka Juraimi Hussin (kanan) dibicarakan dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.



Mona Fendy mengaku bahawa dirinya seorang penyanyi, dan telah mengeluarkan beberapa album antaranya DIANA1 pada tahun 1987.



Mona Fendy juga telah mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh itu. Namun, pada waktu Hakim menjatuhkan hukuman, Mona tidak menangisi nasibnya malah beliau tersenyum dan mengatakan " Im very happy now ".


Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tiga kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimi


"Ini keputusan mahkamah, bukan keputusan Tuhan. Saya cuma minta maaf to God. I'm not the one who do it (bukan saya melakukan pembunuhan itu), but he the one who do it ( merujuk pada Juraimi)," kata Mohamad Affandi


''Saya cakap benar, demi Allah, jika saya cakap tak benar, saya terkeluar dari umat Nabi Muhammad,'' kata Mona Fendy





Kronologi Ringkas Kes Pembunuhan Datuk Mazlan Idris. [ADUN Negeri Pahang]:

1993 
- Mona, suami, serta pembantunya ditangkap, kerana membunuh Datuk Mazlan Idris dengan mengerat badannya kepada 18 bahagian kemudian menanamnya di sebuah rumah kosong.
1995 - Dibicarakan dan dihukum mati mandatori.
2001 - Tamat riwayat pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.




Mona dan suaminya, Affandi telah disemadikan diTanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. Manakala pembantunya, Juraimi telah dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Selepas berkuburnya kisah Mona Fendy, akhirnya terbit beberapa buah buku yang menceritakan tentang Ilmu hitam yang digunakan oleh Mona Fendy dalam kehidupan beliau dan juga filem Dukun yang jalan ceritanya diambil dari kisah Mona Fendi


and ada pulak berita tentang lokap mona fendi berhantu disiarkan dalam akhbar metro...



Betul ke lokap kediaman Mona Fendi dulu berhantu ? Hantu meritih rintih ?
NGERI...lokap dan kawasan lokap di IPD Raub yang menempatkan Mona dan suaminya.

RAUB: Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.

Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu ‘disimpan’ anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam ‘Pakej Lawatan Berhantu’ yang dipromosikan Tourism Malaysia Pahang.

Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, cadangan memasukkan lokap berkenaan dalam Pakej Lawatan Berhantu disuarakan sendiri polis pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di Raub baru-baru ini, sebagai satu lagi tarikan ke daerah berkenaan, selain keindahan semula jadi dan bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara.

Menurutnya, lawatan berhantu terlebih dulu popular di luar negara sebelum fenomena itu menular ke Malaysia lebih lima tahun lalu sehingga banyak pengamal paranormal menawarkan aktiviti sedemikian.

giler kejamkan..takot seyh..then ada plak kisah berhantu psal dye..hey,naek seram plak..



TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

6 comments:

Neyra Shazeyra said...

saya sebagai org pahang, sangat2 tak boleh lupa kisah ni walaupun masa tu saya baru darjah berapa masa mula2 jd.sebab saya membesar dengan kisah ni. dan ye, saya satu sekolah dengan anak dato mazlan,, dan ye, saya tahu mana terletaknya rumah yang berhantu tu, dan sampai sekarang dah dibaikpulih pn xde yg nak duduk stu hua hua hua

kura said...

mona fendi ni mmg power. heh.

syafikah said...

secara kebetulan kan hari ni sy pm mmg tak tahu nape g google search pasal mona fendi nih..hihi..

gila kejam mona fendi ni kan ...

Unknown said...

siyeskan,mmg kejam..tkowt pown ad...

syeril azira jamaluddin said...

hahaa, gatei search. kang sendiri takot. c:

Unknown said...

ttbe trase na tawu lbey detail laaa..best tawu,na2 plak ad yg cite pngalaman nmpk anto at umah dye..