” Sesungguhnya seseorang yang menangis itu bukanlah kerana dirinya lemah tetapi kerana dia sudah terlalu lama menjadi kuat “
Kata-kata yang simple tapi menyedarkan Dyla sesuatu, yang sebenarnya Dyla tidak lemah cuma sudah terlalu lama berlakon dan mengikut rasa hati. Menangis apabila terasa diri ini sangat lemah dan kerdil. Hilang tempat mengadu dan lebihnya pasrah. Bukan berserah atau redha tetapi pasrah kerana merasakan diri sudah terlampau kerap meminta dan sudah penat meminta pada DIA.
” Pasrah itu menyerah … menerima sesuatu takdir yang mendatang. Redha itu menerima dengan keikhlasan sesuatu yang mendatang. Itu bezanya … (quotes Ombak Rindu)
Alangkah INDAHNYA jika dapat kita FAHAMI bahawa setiap INCI ujian yang kita alami adalah sentuhan KASIH SAYANG daripada Allah kepada kita.. tidak pernah sekalipun ujian-Nya datang untuk menjauhkan HAMBA daripada SANG PENCIPTA, bahkan untuk menjadikan MANUSIA INGAT dan DEKAT lagi kepada Yang Maha Pencipta.
nota kaki:
JOM RINGANKAN JARI JOIN FIRST GIVEAWAY by CHE DYLA
No comments:
Post a Comment