WELCOME TO MY LOVELY BLOG..have fun travel my blog..do read,do follow..tenkiu..=)

Monday, February 24, 2014

Tangisan dan Air mata

Assalamualaikum..

Setiap daripada kita tidak akan terlepas daripada mengalirkan air mata. Menangis sudah menjadi lumrah buat kita. So, Dyla nak share jenis-jenis tangisan buat pengetahuan dan renungan bersama 


 Menangis kerana terlalu sedih
Menangis kerana terasa hina dan lemah
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
Menangis orang munafik - pura-pura menangis
Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
 Menangis kerana rasa takut
Menangis kerana cinta
Menangis kerana gembira
Menangis kerana menghadapi penderitaan.

MENANGISLAH!
KELUARKAN SAJA AIR MATA ITU,
 BOLEH JADI IANYA ADALAH IBADAH DAN BOLEH JADI IANYA AKAN MENYEDARKAN DIRI YANG PENUH DENGAN KEALPAAN.


Jadi, ALLAH SWT yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. kalaulah air mata itu di tampung nescaya banjirlah dunia ini.

Namun,tangisan itu tercela atau terpuji.? Ada tangisan yang sangat tercela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangisan kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.

Air Mata Yang Tidak Di Tuntut

• Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita.Bukan kah ALLAH yang telah menentukannya?

• Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah ALLAH tetapkan.

• Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

• Janganlah menangis jikalau wang kita hilang di jalanan mungkin kita kurang bersedekah pada yang memerlukan. Dari itu...

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari ILAHI. Serulah air matamu itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi wajahmu serta mensucikan hati agar putih kembali. Mudah-mudahan ia juga meleburkan dosa-dosa dan mendapat keampunan dari ILAHI.







TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

No comments: