WELCOME TO MY LOVELY BLOG..have fun travel my blog..do read,do follow..tenkiu..=)

Sunday, January 12, 2014

Resepi Kelazatan Kehidupan

ASSALAMUALAIKUM...

                                              

Waaahhhhhhhhhh... tengok RED VELVET tu, terliur tak ? tengok pun cukup membuatkan air liur meleleh. Nyummy ! Dengan kelazatan rasanya, errmmmmmm~  Macam tu jugalah kehidupan kita. Kemanisan dan kelazatan menambahkan lagi rasa asam garam dalam kehidupan kita. Walau sehebat mana sekali pun taraf kehidupan kita, jika tiada kemanisannya pasti akan hambar.

Dyla nak kongsi resepi kelazatan kehidupan bak RV, JOM LIHAT :)


cake  Secamca Kemaafan

Walau sebanyak mana pun seseorang itu melakukan kesalahan , pasti ada kebaikan yang dilakukannya . Jadi ambillah yang positif itu dan tinggalkanlah yang negatif supaya hati korang lembut untuk memaafkannya . 

Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan ‘Nabi Muhammad SAW.
Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.
“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”
(Luqman Al-Hakim)
Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.
Firman Allah SWT:
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)

cake  Secubit Senyuman

Tahukah korang dengan hanya senyuman boleh membuatkan kehidupan korang akan bertambah ceria ? Ada fakta yang mengatakan senyuman dapat membuatkan korang kelihatan muda daripada usia sebenar. Tak salahkan korang senyum je, baru muka nampak manis. Senyum jugakan sedekah malah senyum juga dapat melembutkan hati mereka sedang marah.

cake  Setangkai Keyakinan Diri

Percaya ataupun tidak tanpa keyakinan diri , kehidupan korang sure akan jadi hambar punya . Mana tak nya , tanpa keyakinan diri korang pasti jarang ke tempat-tempat awam . Sesetengah orang tu kekurangan diri sendiri menjadi satu punca mereka kurang berkeyakinan . Ketahuilah tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini . 


cake  Segenggam Tekad dan Azam

Dengan adanya azam , sure korang akan lebih bersemangat dalam menjalani kehidupan dan menjadi insan lebih teratur dan bermatlamat . Sesudah itu , campurkan tekad dalam apa jua korang lakukan , for sure azam tu akan tercapai !


cake  Hormat-Menghormati Secukup Rasa

Kehidupan akan menjadi lebih manis apabila menghormati orang yang berada di sekeliling korang  .Baik yang muda ataupun yang tua . Sesudah itu , kisarkan bersama dengan sifat ringan tulang dan hasilnya , kehidupan harmoni menanti .



 Harap dengan resepi ini , dapat membuatkan kehidupan korang 
jadi lebih bermakna.
SELAMAT MENCUBA  :)  




nota kaki :

ehemmm.. Dyla dah buat Fan page untuk blog ni, jemputlah like ye ^-^




TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

2 comments:

Wafi Remli said...

Tapi kek tu yang sedap...

Unknown said...

kan.. kek tu memang sedap, boleh buat semua org mengidam kalo tengok..hehe