ASSALAMUALAIKUM..
Sabar itu merupakan salah satu sifat manusia. Pengertian
sabar itu adalah menahan diri daripada melakukan kesalahan serta perkara yang
tidak disukai oleh Allah atau menahan diri melakukan perkara disukai nafsu
kepada perkara yang disukai Allah.
Pengertian sabar saja sudah menunjukkan kita bahawa sabar itu indah. Benar kata orang,
sabar itu separuh daripada iman. Sabar merupakan senjata terpenting manusia
terutamanya buat mereka yang sentiasa menghadapi ujian serta buat mereka yang
ingin mencapai kejayaan.
‘hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah
kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu
beruntung’ (AL-IMRAN : 200)
“ Sabar itu adalah apabila hati tidak merasa marah terhadap
apa yang telah ditakdirkan dan lidah tidak mengeluh” (IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH)
INGAT SAHABAT SEKALIAN,
Sabar itu sangat perlu dalam menghadapi cabaran dalam
kehidupan bahkan kemanisan iman akan timbul
dalam hati bagi mereka yang bersabar J
Jom bantu Dyla dalam :
Pencarian Sponsor First GA by Che Dyla
Jom support segmen / GA rakan Blogger yang lain :
PENCARIAN BLOGLIST by SYIRA LOKMAN
GA by SYAN PUNYA BELOG
GA by SYUHADA1981.COM
3 comments:
kena latih diri kan? ..
Doa supaya hati terus bersabar
Liza Licha : yup sbb kebanyakkan dri kita ada tahap masing2 so kena la latih diri untuk tingkatkan lagi tahap kesabaran :)
Syira : yes, doa supaya hati kuat terima segala ujian ^-^
Post a Comment