WELCOME TO MY LOVELY BLOG..have fun travel my blog..do read,do follow..tenkiu..=)

Saturday, January 28, 2012

AYAT LELAKI YANG DIBENCI PEREMPUAN !

ASSALAMUALAIKUM...
HOLAAA EBLIBADI...

OKE,DYLA JUZ NA BG SIMPLE ENTRY BUAT PARA PENGUNJUNG..EVEN ENTRY NI SIMPLE BUT BERMAKNA OKE..TERUTAMA BUAT CIK ABG DI LUAR SANA..PLEASE LEBARKAN MATA ANDA DAN FAHAMINYA OKE..



DIBAWAH NI ANTARA AYAT-2 YANG PALING TIDAK DISUKAI OLEH PEREMPUAN..DIULANGGI,AYAT YANG TA DISUKAI OLEH PEREMPUAN 


SO,LET'S CHECK IT OUT >>>




"Wow. Lawa betullah budak Amira tu..." 


Tak kira betapa lawa atau seksi perempuan yang lalu di depan anda, tolong jangan sebut ayat ni kuat-kuat. Jaga hati orang di sebelah anda.

Walaupun kekasih anda sendiri menyebut betapa cantiknya perempuan yang lalu itu, jangan sibuk-sibuk nak masuk campur. 
Mungkin dia cuma mahu menguji.


"Bodoh betul la kawan-kawan awak tadi..."
 

Hormat dia sepertimana dia hormat anda. Walaupun anda tahu kawan-kawan dia adalah penipu, suka tikam kawan dari belakang atau sebagainya, ada cara lain untuk memberitahu dia berbanding seperti ayat kasar di atas.
 

Lelaki juga pasti marah bila kekasih mereka berkata buruk tentang kawan yang dia lebih kenal itu bukan?


"Lol. Teruknya rambut you. You tak pergi salon ke?"
 

Perempuan sangat suka bereksperimentasi dengan rupa dan tubuh mereka. Tapi ingat, bukan setiap eksperimen memberi hasil seperti yang diharapkan.
Daripada mengkritik dan mentertawakan kekasih hati anda, apa kata anda memberi dorongan kepadanya kerana dia juga pasti tak suka dengan hasil eksperimen dia yang gagal itu. Anda seharusnya berterima kasih kerana dia sudi menunjukkan hasil yang buruk itu kepada anda terlebih awal kerana selepas berkahwin nanti anda harus menerima juga ketidakcantikan dia.


"Abang tak suka la baju yang sayang pakai ni..."
 

Kalau perempuan pakai baju, tudung, atau apa saja di badannya, itu bermakna dia sangat sukakannya dan sanggup berhabis duit demi pakaian itu. Memberi ayat seperti ini cuma membuat anda kelihatan seperti lelaki yang tidak pandai menghargai dan buta fesyen. 


Kalau betul anda tidak suka dengan pakaiannya, apa kata bawa dia pergi shopping dan tunjuk yang mana satu pakaian yang boleh buat anda memujinya bila dia pakai nanti. Perempuan memang tak tolak bila lelaki mengajaknya pergi shopping. Masalahnya, beranikah lelaki?





"Baby ni sensitif sangat la. Janganlah emo macam ni..." 

Perempuan mudah mengalir air mata. Jadi jangan berkasar bila dia emosi, sedih, marah atau menangis. Bukan setiap masa api harus melawan api.
 

Apa salahnya kalau anda menjelaskan perkara sebenar, cakap baik-baik, sapu air mata yang mengalir dengan ibu jari anda dan peluk dia supaya dia rasa disayangi. Oh ini hanya untuk yang dah kahwin. Kalau belum, pandai-pandai cover la ye. Masing-masing dah besar. 




OKE,SEKARANG DA FAHAMKAN..SO SILA PRAKTIKKAN OKE.. SEE U IN THE NEXT ENTRY..

         


with full of love..



TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Wednesday, January 25, 2012

Pictures Of The Year 2011 Contest !


ASSALAMUALAIKUM..
OLAA EBLIBADI....

DISEBABKAN HARI NI TENGAH FREE AND TATAW NA UPDATED APA DEKAT BLOG SO TIME BLOGWALKING DYLA JUMPA CONTEST NI..
AND TERGERAK HATI NAK JOIN..

YAAA !!! THIS BANNER FOR THE CONTEST BABY !

 gambar yang dyla pertaruhkan  nie diambil ketika rehat dari kawat,tengoklah muka kami semua gelap time ni..tapi ni best moment dengan budak-2 kawat and moment ditahun akhir persekolahan..
so mai la tengok...



"Friendship...Let us be grateful to people who make us happy, they are the charming gardeners who make our souls blossom.."
then kena tag 3 orang blogger lain...so dyla tag >>>

bagi blogger lain jom la join juga..sekadar suka-2 pun tape..



jom like fanpage kami  >> pabila dua blogger bergabung

TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Tuesday, January 24, 2012

BLOG AKU LAGI BEST DARI BLOG BEN ASHAARI..





ASSALAMUALAIKUM ..
OLAAA EBLIBADI !




u see that TITLE honey !


BLOG AKU LAGI BEST DARI BLOG BEN ASHAARI !


                             BEN ASHAARI


Nampak tak statement yang tersangatlah BERANI MATI !
ni first time dyla join segmen yang abang ben buat,before ni dyla just be silent reader..just dalam minggu ni berani tinggalkan komen,tu pun kalau abg ben perasan la..oke,stop merepek bagai so let's start the story baby !


note >>> mintak ampun mintak maaf la ye abang ben,disebabkan abg ben yang suruh buat entry berani mati ni so dyla buat je la ye..tade niat pun nak lawan blogger terhebat ni..peace ~




BLOG DYLA LAGI BEST DARI BLOG BEN ASHAARI kerana...







nampak tak perbezaan diantara dua gambar blog tersebut ? oke,mai dyla habaq dengan lebih terang nooo..





 sudah terang lagi la bersuluh,boleh nampakkan dari gambar atas tu yang blog dyla lagi lah tenang..sebabnya blog dyla warna pink,lembut je taw..so bila bukak terus terasa tenang and bahagia gitu.. #oke sila muntah sekarang,amatlah berlebihan..=p berbanding blog abg ben yang warna ape ntah nampak begitu sempit la..bertambah jiwa kacau dehh..huhu

 then u all semua boleh nampakkan yang blog abg ben tersangatlah serabut,almaklum la pakat semua iklan nak disumbatnya,dah jadi famouskan semua iklan nak tumpang..berbanding blog dyla yang agak teratur sedikit dan sedap mata memandang,tak la rimaskan..hehe

 then blog dyla ada lagu..haaa ! kau ada ? kau ada? bukak je terus ada lagu,tenang je taw..

 blog dyla jugak senang je bukak..tekan link terus bukak..tak perlu makan masa..selalunya kalau nak bukak blog abg ben mesti kena tunggu ,al-maklum la blog abg ben msti berat sebab menampung terlampau byk iklan..

 blog dyla banyak tips cinta yang tersangat diperlukan oleh pembaca,then blog dyla jugak ada macam-2 resepi and also ada hasil karya dyla sendiri..then dyla selalu juga bagi entry yang berlambak gambar...tapi sayang kurang mendapat sambutan sebab dyla tidaklah sehebat and segah mcm abang ben..



 and yang paling penting.....  HEADER BLOG NI LAGI COMEL DARI BLOG ABANG BEN !!!! HEHE..over sudah..tapi itulah realiti sebab header dyla boleh bergerak oke,header abg ben juz terpacak gitu je..muahahaha..


dupdapdupdap oke nak buat entry ni..mane taknye terpaksa memperlekehkan blog abg ben yg begitu famous emes tu..mau ta takut,sekali dia hack blog dyla mau nangis tak berlagu..yang penting dyla dah berjaya lakukan misi ini and da berjaya kemukakan 6 sebab kenapa blog dyla lagi best dari blog abang ben..so malam ni atau esok tunggu je la blog mana abang ben pilih..hope blog dyla dapat la menawan hati abg ben..




with full of love >>>  
  
TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Khas Buat Anda jadikan renungan..

Ayat Selepas Kahwin




                             

Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha


Pakai Toilet:

6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:

6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:

6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..

Telefon:

6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:

6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv je..


note >>> ni lah realiti yang selalu berlaku..sebelum kahwin semuanya indahkan..kentut pun dia kata wangi..haha. ..  #cceeeiiittt ,ckp rupa da alami je..=p


TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Monday, January 23, 2012

Punca Rambut Beruban Dan Cara Atasinya...

                




RAMBUT beruban sememangnya sebahagian perubahan fisiologi manusia menandakan usia yang semakin meningkat. Namun ada juga yang mula beruban rambutnya pada usia yang masih muda remaja.

Apa yang pasti, rambut beruban menjadikan rupa fizikal individu itu kelihatan lebih tua. Wajah yang comel, cantik atau tampan sekali pun akan hilang `seri' apabila uban yang lebih ketara menjadi mahkota di kepala.

Jika sudah berusia, tidak mengapa kerana ada yang melihat uban sebagai petanda kematangan, tetapi pasti kesannya berbeza jika yang beruban itu masih di bangku sekolah. Akibatnya, timbul rasa rendah diri dan malu apabila uban itu dikesan rakan sebaya. Apakah punca uban ini?



Uban terjadi apabila pigmen pewarna rambut yang dikenali sebagai melanin yang dihasilkan sel tubuh melanosit, tidak lagi dihasilkan. Antara punca utama mengapa rambut mula beruban pada usia muda berkemungkinan disebabkan tidak cukup melanin dihasilkan atau pembentukan melanin yang tidak sempurna.

Begitu jugalah keadaannya bagi yang muda. Golongan ini kebanyakannya beruban awal disebabkan oleh penyakit genetik, masalah nutrisi, kurang Vitamin B12 dan penyakit auto imun (antibodi tubuh sendiri yang memusnahkan melanosit) seperti tiroid, vitiligo (sopak) dan alupecia areata (putih bertompok di kepala).




Berikut sejumlah tips untuk paling tidak memperlambat laju tumbuhnya uban.

- Usapkan campuran minyak kelapa dan air jeruk nipis pada rambut dan remas-remas dan biarkan selama 15 menit sebelum dibilas. Banyak wanita yang melakukan hal ini setiap hari, rambutnya bisa tetap hitam sampai usia 60-an.

- Ambil secangkir teh yang pekat dan tambahkan satu sendok makan garam. Setelah dingin, tuangkan rata ke rambut dan pijat-pijat kulit kepala. Biarkan selama satu jam, lalu bilas dengan air dingin tanpa sampo.

- Untuk menghitamkan rambut yang sudah terlanjur beruban, ada produk alami dari tumbuhan di India, yaitu henna atau di sini dikenal sebagai pacar rambut.

- Memberi nutrisi yang cukup pada rambut. Vitamin A membantu menjaga kesehatan kulit kepala dan membuat rambut lebih bersinar. Vitamin A banyak terdapat dalam sayuran hijau, dan buah-buahan berwarna merah dan kuning.

- Vitamin B berperan dalam melancarkan produksi minyak untuk menjaga kelembaban dan kesehatan rambut. Vitamin B banyak terdapat dalam sayuran hijau daun, sereal, hati, yogurt, pisang.

- Mineral yang esensial bagi rambut adalah zinc, zat besi, dan copper. Banyak terdapat pada daging, ayam, sayuran, telur, biji-bijian, dan makanan laut (sea food).

- Protein, terutama nabati amat penting untuk menjaga tekstur rambut dan membuatnya tetap bersinar. Banyak terdapat dalam biji-bijian.



with love >>>

TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Resepi kek Coklat Lava..

ASSALAMUALAIKUM..
HYE EBLIBADI..


MESTI RAMAI YANG TENGAH MENIKMATI CUTI SEKARANG NI..AL-MAKLUM LA RAYA CINA..MESTI ADA YANG SEDANG MENIKMATI CUTI BERSAMA KELUARGA..ALAHAI~ BESTNYE..I'M JELOUS WITH U GUYS YANG BOLEH PERGI CUTI2 TU..UHUK3..

DALAM ORANG LAIN BEST-2 PEGI CUTI-2,DYLA BOWINK DOK UMAH..SO PERGI LA PUNGGAH BARANG-2 NA BUAT KEK..THEN BILA TENGOK COKLAT BAR YANG MASIH BEGITU BYK,SO TKOWT PLAK NANTI TAK SEDAR EXPIRED BAIK LA KITE HABISKAN..

TETIBE TERINGAT KEK LAVA YANG DEKAT SECRET RECIPE TU..ALAHAI ~ NIKMATNYE..SO APA NA BAZIR DUIT KALO DA RETI BUAT SENDIRI..MEY LA CNI DYLA SHARE RESIPI SAME DENGAN KORANG..

BAHAN-2 >>>

  • 1 cawan                                   Dark coklat (cincang)
  • 6 sudu besar                          Mentega
  • 2 biji                                          Telur
  • 3 sudu besar                          Gula halus
  • 3 sudu besar                          Tepung kek
  • 1 sudu besar                          Serbuk koko
  • secubit garam
*Resepi ini adalah untuk 2 hidangan

CARA-2 >>>


  1. Panaskan oven 160 darjah celcius
  2. Cairkan coklat dan mentega menggunakan kaedah double boil.
  3.  Setelah cairkan, masukkan serbuk koko, gaul sebati dan ketepikan.
  4. Pukul telur dan gula selama 3 minit, dan masukkan ke dalam adunan coklat tadi.
  5.  Masukkan tepung dan garam. Gaul sebati.
  6. Tuang adunan tersebut ke dalam bekas ramekin yang telah di gris dengan mentega dan gula halus. Masukkan adunan ke dalam freezer selama 5 minit.
  7. Keluarkan dan masukkan bakar selama 11 minit
  8. *Pastikan adunan tidak dibakar lebih dari 15 minit.Setelah masak, keluarkan adunan dan biarkan di luar selama 3 minit. Keluarkan dari bekas ramekin dan hidang.
  9. *Kek ini sesuai dihidangkan semasa panas.
    *Kesedapan kek lava ini bergantung kepada kualiti coklat yang digunakan.
    *KALO TADE RAMEKIN GUNA JE BEKAS CUP CAKE..STILL MENJADI OKE..


DYLA NAK JUGAX TUNJUK HASIL KERJA TANGAN DYLA..HEHE

MEYH TENGOK >>>


LETAK AISKRIM MAKIN SEDAP TAW..TRY IT DARLING..^_^

DYLA TA LA RETI SGT NAK MENGHIAS..
SO KORANG BUAT LA LAGI COMEY YE..  =)


SO APE TNGUU LAGI,CUBA LA..BOLEH JUGA WAT HIDANGAN MAKAN PETANG BERSAMA FAMILY..

SELAMAT MENCUBA YE RAKAN-2

WITH LOVE >>




TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Wednesday, January 18, 2012

Kesucian Cintamu..(Part 2)

                      sambungan daripada KESUCIAN CINTAMU..(PART 1)


Sudah dua minggu Adila kembali ke Kuala Lumpur.Dua minggu juga dia terasa rindu akan suasana kampungnya,rindu akan udara segar di kampung.Jam menunjukkan pukul 3 petang ketika Adila melangkah ke Tia's glooming Florist.Berkerut-kerut dahinya menahan panas.Perjalanan dari Damansara cukup menyeksakan walaupun dia berkereta.Panasnya tetap mencengkam.Kalau sudah musim panas begini,penghawa dingin yang dipasang pun seolah-olah tidak berfungsi.
  "Nah,In..slip penghantaran dengan cash seratus dua puluh ringgit."Sememangnya menjadi tugas Intan untuk menyimpan segala dokumen penghantaran atau penerimaan bunga.
  "Ni nak hantar ke mana pula ni,Kak Tia?Comelnya !"
  "Kat kawasan rumah Adi."jawab Kak Tia bersahaja
  "Cantik ! boleh Adi balik terus ya,kak?
  "Suka hati kamu la dik.Tapi kalau tiba-tiba ada bunga nak kena hantar,akak telefon kamu ya?
  "Beres,kak !" dicapainya jambangan bunga di atas meja.Slip penghantaran yang dihulurkan dicapai dengan senyuman penuh makna.
  Kak Tia hanya mampu menggeleng.Sejak Adila Bekerja di kedainya,suasana berubah sama sekali,kedainya menjadi bertambah meriah sekali.
  Topi keledar sudah siap dipakai,enjin motosikal dihidupkan,kemudian slip penghantaran yang diambilna tadi direnung seketika.Terbeliak matanya sebaik sahaja terpandangkan nama dan alamat tertera.Berderau darahnya.Segera enjin motosikal dimatikan.Berlari dia ke arah Kak Tia.
  "Kenapa ni Adi?
  "Kak Tia dengan Intan na main-mainkan Adi ye?
  "Main apa pulak ni?
  "Saya tahulah tak ada orang nak bagi saya bunga,tapi Kak Tia dengan Intan tak perlulah nak malukan saya macam ni."
  "Apa ni Adi?Akak tak faham.Cuba cerita satu-satu."
  "Ni tengok ni !Akak tengok kertas tu.Nama dan alamat tu kan nama Adi?Tu kan alamat rumah Adi?"
  "Ya ALLAH,mana akak tahu ni rumah Adi.Cuba try tengok dekat kad tu,manalah tahu kot-kot ada nama atau contact number yang boleh dihubungi."
  Laju Adila mengambil kad di celah-celah bunga itu.Kad dibuka dengan debaran penuh di dada.

"love is not just looking each other,it's looking in the same direction"


  Hanya sebaris ayat bertulis tangan yang mengisi ruang kosong kad itu tanpa nama pengirim dan tanpa nombor telefon.
 "Adi takutlah kak."
 "Nak takut apanya?Kan baru semalam Adi merungut tak ada orang nak bagi bunga,ni dah ada takot pulak dah..terima je la , maybe tu dari secret admire Adi la tu.."

Setibanya dirumah Adila mula tersenyum sendiri.Ada juga manusia buta yang sudi memberinya bunga.Dalam marahnya,perasaanseronok mula timbul juga di hati.Adila merenung dirinya sendiri.Dia bukan gadis biasa,perwatakannya kasar,gayanya pula tidak berlenggang-lenggok,tetapi dia amat marah kalau ada yang memanggilnya tomboy apatah lagi pengkid.

Bunga matahari yang cantik digubah di atas meja menarik perhatiannya.Balik sahaja daripada menghantar bunga sebentar tadi.dia bergegas ke meja untuk melihat jambangan yang cukup menarik.Sangkaannya melest,dia terkedu apabila melihat namanya tertera di situ.Semalam dapat,hari ni ada lagi.Tulisan tangan yang difaks dibacanya perlahan.

"A cat does not want all the world to love her,only those has chosen to love..."


Mungkinkah Iqbal yang menghantarnya?Tapi untuk apa?Tapi ke mana lelaki itu menghilang?


Sukarnya Adila melelapkan mata.Sejak akhir-akhir ini,bayangan lelaki berkulit sawo matang dengan senyuman memikat sentiasa menghiasi matanya.Setiap kali dia teringatkan renungan Iqbal,jantungnya berdebar kencang.Inikah cinta?Atau hanya perasaannya yang terlalu ingin dicintai?Tapi dia takut untuk bermain dengan api.Nanti terbakar diri,tidak siapa yang dapat menolong walaupun sepuluh biji kereta bomba dipanggil untuk memadamkannya.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi.Bergegas dia ke ruang tamu,bimbang bunyi telefon akan menggangu tidur Azlinda.

"ASSALAMUALAIKUM."
 Terdengar salamnya dijawab di hujung talian.Suara garau milik lelaki itu cukup mendebarkan dadanya.
  "Awak tak tidur lagi?"Iqbal bertanya lembut
  "Kalau da tidur,tak adalah saya jawab telefon ni."
  "Kenapa tak boleh tidur?Awak tengah teringat saya ya?"Suara romantik Iqbal menyusup ke dalam hati Adila,membuatkan gadis itu terdiam seketika.
  "Jangan nak perasanlah."
  Makin galaklah Iqbal ketawa,"Okey-okey,sudahlah sayang.Pergi tidur ya,dah lewat sangat dah ni sayang."
  Belum sempat Adila menjawab telinganya menangkap suara Iqbal mengalunkan ayat Kursi.Terkejut dia dengan tindakan spontan Iqbal.Setelah habis ayat kursi dibaca pula dengan empat Qul dan diakhiri dengan al fatihah.Sebak Adila mendengarnya.
  "Tidur ya sayang.Insya-ALLAH,dah boleh lena lepas ni.Sweet dreams,baby.Sleep tigh princess.Assalamualaikum."
  Rasa sebak dan terharu menusuk ke hati.Air mata menitis perlahan menuruni pipi.Tiba-tiba rasa sayang kepada lelaki itu bercambah.Terasa dirinya begitu dimanjakan dan disayangi.
  Adila melangkah ke bilik tidur dengan senyuman di bibir seiring dengan air mata yang masih menitis di pipi.
  "YA ALLAH,andai dia jodohku,satukanlah hati kami sebagaimana KAU satukan Adam dan Hawa,Yusuf dan Zulaikha,Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah.Andai dia KAU utuskan sebagai pembimbingku,dekatkanlah hati kami."

Sejak kejadian malam itu,hanya SMS yang menjadi perantara mereka.Ada juga sesekali Iqbal menghubunginya,tetapi sengaja dia tidak menjawab.Tidak sanggup dia menjadi perempuan gagap,lebih baik dia membiarkan panggilan lelaki itu tidak berjawab.

Hari Sabtu itu,setelah penat berdolak dalih,akhirnya Adila bersetuju menemani Iqbal menonton wayang.Ketika mereka sampai di TGV,pintu masih belum dibuka.Sementara menanti,Iqbal menggamit Adila supaya mengikutnya beratur untuk membeli bertih jagung.
 "Iqbal,belikan saya Super Ring."
 "Macam budak kecik."
 Adila menjuihkan bibir mendengar komen Iqbal.Terperanjat Adila apabila tangannya ditarik.Berkerut dahinya memandang Iqbal.
 "Awak tak segan ke berjalan dengan saya?yalah,sepatutnya yang berjalan sebelah awak gadis cantik,anggun jelita barulah sesuai"
 Lebar lelaki itu melemparkan senyuman.Adila dipandang dengan penuh kasih sayang.
 "Apa sayang?Awak cantik apa?Peduli apa orang nak kata.Awak cantik dimata saya sudah memadai.Kalau awak cantik juga dimata orang lain makin payah saya nak jaga awak nanti.Yang penting..awak sayang saya,saya sayang awak."
 Iqbal ketawa apabila melihat Adila sudah membulatkan matanya.Walaupun dalam pakaian yang sebegitu,gadis itu tetap memikat.
 Ketika sedang ralit Adila menonton cerita tersebut,tanpa diduga IQBAL menyatakan sebaris ayat yang membuatkan jantungnya berdengup laju..
 "WOULD YOU MARRY ME?bisikan penuh romantis membuatkan Adila membatukan diri sehinggalah tayangan berakhir dan lampu dibuka kembali
 Adila hanya membatukan diri ketika mereka beriringan keluar.Hanya Iqbal yang beria-ia bercerita dan mengulas balik cerita mereka tonton tadi.Perasan dirinya bercakap seorang diri membuatkan Iqbal menoleh ke sisi.
 "Dila,kenapa ni?Dila okey?Sihat tak ni?"Bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut Iqbal sambil tangannya sudah mula melekat di dahi gadis itu.Makin gelabah dia apabila gadis itu masih membisu,langsung tidak bereaksi.

"SAYA sayang awak.Lelaki ini" Tangannya diletakkan ke dada dan matanya menikam tajam anak mata Adila."Lelaki ini sayang awak tanpa ragu,tanpa melihat luaran awak,tanpa menilai pakaian awak.Macam mana lagi saya nak yakinkan awak yang saya sayangkan awak?Dan saya tak akan sesekali jemu menanti untuk mendengar awak berkata ya.Assalamualaikum."
 Adila merenung Iqbal yang sudah mengalihkan pandangannya ke depan.Salam lelaki itu sudah cukup memberi maksud kepadanya.Iqbal tidak mahu bercakap lagi,Iqbla mahu dia segera keluar dari keretanya.Dengan perlahan salam lelaki itu dijawabnya dan dengan longlai kakinya melangkah keluar.
 Sejak masuk ke dalam kereta di KLCC tadi,lelaki itu hanya membisu.Memandu dan terus menghantarnya pulang.Sebaik sahaja kereta diberhentikan,mulutnya mengeluarkan kata-kata yang membuatkan Adila terdiam.


 Sepanjang malam,dia tidak dapat melelapkan mata.Dia sendiri keliru sama ada lelaki itu betul-betul bersungguh atau sekadar bergurau.
  Degupan jantungnya yang baru sahaja normal kembali berdegup laju.Terasa sesak nafasnya sebaik sahaja melangkah ke kedai pagi itu.Iqbal sudah terpacak di situ dengan jambangan ros merah di tangannya.
  "Morning sayang ! Semalam saya tanya guna bahasa Inggeris,awak tak jawab.Hari ni saya tanya ikut bahasa Melayu pulak,KAHWIN DENGAN SAYA NAK?" Jambangan bunga itu dihulurkan kepada Adila yang sedang tergamam.
  Adila merenung bunga di depannya.Tangan terasa berat untuk menyambut jambangan bunga ros merah berbentuk love dan tengah-tengahnya terletak coklat Ferrero Rocher juga berbentuk love.
  "Awak ingat ajak kahwin ni macam ajak main masak-masak ke?"Getar suara Adila menahan rasa.
  Iqbal tersenyum cuma."Kalau ianya sesenang itu,tidaklah saya susah hati macam ni.Jadi isteri saya,kalau awak tak nak..saya tak ada calon lain.Hanya awak aje calon saya dan hanya awak aje yang layak jadi isteri saya"Iqbal merenung ke dalam anak mata Adila.Mata itu cantik,sangat-sangat cantik tetapi mata itu penuh dengan kekeliruan.
 "Ambiklah.Saya tak perlukan jawapannya sekarang.Beritahu saya bila-bila awak dah bersedia."Tangan Adila diraihnya lalu jambangan bunga itu diletakkan di dalam genggaman Adila.
 Dia merenung Adila yang masih lagi tergamam,ada air di tubir matanya.Pipi gadis itu diusap perlahan kemudian dia melangkah pergi tanpa pamitan.
 Adila merenung Iqbal yang telah pun meninggalkannya.Kemudian,pandangannya beralih kembali ke arah jambangan bunga di tangannya.Kad kecil yang terselit di situ dibaca.

To me,you are my rose,everyday when I seee a beatiful rose,I think of you and miss you and hope to hold you in my arms.Would you marry me?So I can hold your arms whenever I want ! Please !

Berkali-kali dia menatap kad itu,Setelah bayangan Iqbal hilang daripada pandangan,barulah dia menapak ke dalam kedai.

Kak Tia sedang senyum manis memandangnya.Tanpa segan silu dia merebahkan muka di bahu Kak Tia.Air matanya merembas laju.Pelbagai perasan memenuhi dadanya.

 "Dia betul-betul ke main-main ni kak?"
 "Apa pulak main-mainnya?Malam tadi dia telefon akak tempah bunga tu.Beria betul dia."
 "Tapi kenapa Adila,kak?Adi tak macam orang lain,kak."
 "Sebab Adi tak macam orang lainlah dia pilih Adi.Sekarang,dia nampak sesuatu yang ada pada Adi yang orang lain tak nampak."
 "entahlah kak..Biarlah keadaan dan masa menentukan."

SUDAH seminggu pinangan tidak rasmi daripada Iqbal dibiarkan sepi.Suda seminggu jugalah Iqbal berkeluh kesah menantikan jawapan daripada Adila.Sengaja dia tidak mahu menelefon Adila bertanyakan keputusan gadis itu,takut nanti dikatakan memaksa pula.Tidak dapat dibayangkan kalau-kalau Adila menolak lamarannya.Mana hendak letak muka?Itu satu hal,kecewa hatinya macam mana pula dia hendak merawatnya?

Dalam masa seminggu juga Adila tidak putus-putus berdoa supaya diberi petunjuk.Dan hatinya sudah terdetik untuk menerima sahaja lamaran Iqbal.Adila dapat rasakan betapa perit seminggu tanpa lelaki itu dalam hidupnya.

Sebaik sahaja Iqbal balik daripada mesyuarat dengan AJK Annual Dinner,dia dikejutkan dengan sebakul penuh coklat HERSHEY'S KISSES.Dia terus menyelongkar bakul comel yang berhias cantik di atas mejanya.Kad yang terselit di celah-celah coklat itu diambil.

"Love is like swallowing hot chocolate before it cooled off.It takes you by surprise at first,but keeps you warm for a long time"
  *please count how many kisses inside the basket,it shows how much you owe me.I WILL MARRY YOU.. :)


Iqbal tersenyum girang.tidak sabar rasanya dia nak berjumpa gadis tersebut.Tidak sabar juga ingin memberitahu keluarganya tentang berita gembira ini.


Adila dan Iqbal sudah mula sibuk melakukan persiapan.Sudah lenguh kaki mereka menjelajah dari Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Masjid India.Dari SOGO,kemudian mereka menyusuri kedai-kedai di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman.Dari sebuah kedai ke sebuah kedai mereka masuk.Ada yang berkenan,dibelinya.
 "Adi saya seorang yang chicky,periang,kasar dalam lembut,hhmmm.menggelabah juga.Adi saya degil juga.Makin dilarang,makin dia nak buat.Apa sahaja yang dia makan,saya makan."
 Adila membatu.Bulat matanya merenung Iqbal yang sedang khusyuk bercerita.Ada air mata yang bakal menitis bila-bila masa sahaja.Jemari Iqbal digenggam erat.
"Kenapa ni?"Iqbal mula panik.Tiba-tiba air mata Adila menitis.Cepat-cepat Iqbal menyapunya dengan hujung jari.hatinya kian tidak keruan.
 "Sayang,Kenapa ni?"Bergetar suara Iqbal bertanya.
 "Saya harapkan kebahagiaan bersama awak.Saya sayang awak sangat-sangat.Jangan tinggalkan saya ye."
 Naim tersenyum sikit,senyuman yang selalu membuatkan Adila tidak keruan.


MAJLIS perkahwinan Anis Adila Yasmin dan Iqbal cukup sederhana,tetapi meriah.Iqbal sedang berbaring di katil ketika Adila memasuki bilik.Setelah dipastikan semua kelengkapan untuk ayah da Adham mencukupi,barulah dia berlalu ke biliknya.
 "Sayang,meh duduk sini kejap.Saya nak bayar hutang ni"
 "hutang apa?"
 Muah ! "SATU." Muah ! "DUA."
 "EH ! apa ni?
 "Bayar hutang.Remember?Chocolate kisses tu.Saya dah jumpa pengirim dia,jadi sya kena cium pengirim dia sebanyak coklat yang saya terima hari tu.penat tau kira coklat haritu."
  "Eh ! takkan nak langsaikan semuanya malam ni,kot?satu hari satu cukuplah.setahun bukannya lama !"
Iqbal terus mencium isterinya di mana sahaja yangh dia sempat.Mulutnya terus mengira bersulamkan ketawa riang.


DERINGAN jam loceng yang diletakkan di meja sis menyedarkan Adila daripada tidurnya.Lampu di sisi dibuka,baru dia perasan bunyi pancuran air daripada bilik air.Adila bingkas bangun.Selimut ditarik lalu dilipat.Ketika dia mengangkat bantal Iqbal untuk ditepuk dan dibetulkan,jarinya tersentuh sesuatu.Sekeping sampul surat berwarna merah jambu diambil.

 To my beloved wife,
ANIS ADILA YASMIN...


my love for you is deep and true.
no matter what you do,
i'll always be there for you.
no matter where you go,
i'll always be there beside you.
till the day i die
my love will always stay true to you...


Di sebelah kirinya jelas kelihatan tulisan tangan,nampak tidak begitu teratur,mungkin dia menulisnya beralaskan bantal pagi tadi sebaik membuka mata.

something happens when u look at me,I forgot to speak,something happens when u kiss my lips,my kness get so weak.tq love !


LOVE U 99%,
HONEY BUNNY..


Adila terkedu.Tulisan Naim itu membuatkan Adila merona merah.Tetapi kenapa 99%?kenapa tidak 100%?kenapa ya?
Adila tersentak apabila dia dirangkul dari belakang.Satu ciuman hinggap di pipinya.
 "Ngantuk lagi?"
Adila hanya menggeleng
 "Dah tu?"
Jari telunjuk Adila mengarah ke angka 99%."Kenapa tak 100%?"
 Naim tersenyum.Pandangannya cukup lembut bersulam dengan senyuman yang memikat membuatkan hati Adila menggeletar
 "Because i need that 1% to stay alive.Untuk mencurahkan segala kasih sayang saya pada awak.Untuk memberi peluang kepada saya menjadi seorang suami dan ayah yang baik dan menikmati saat-saat behagia itu dengan awak." Serentak dengan itu,satu kucupan lembut hinggap di pipi dan ubun-ubun Adila.Ungkapan yang tulus pada subuh yang hening membuatkan suasana menjadi syahdu.
Adila sebak.Air mata sudah mula menitis laju lalu badan Iqbal dirangkul erat.
 "I want to hold you tight and never let you go."Bisikan lembut Iqbal di telinganya membuatkan Adila semakin mengeratkan lagi pelukannya.

 'YA ALLAH,terima kasih atas rahmat-MU ini.Alhamdulillah.Kupohon pada-MU,YA ALLAH semoga kebahagiaan ini akan terus kekal menjadi milikki,' doa Adila di dalam hati.


#note>>>
sorry sangat2 sbb makan mase yang lame nak smbung citer nie..ssah jgax na mngarang ssbuah citer nie..dyla buat brdasarkan idea n brdasarkan apa yang dyla nak sume 2 brlaku at dyla..hehe..dyla mmg na smeone yg romantik..aauuwww ~
n sorry sgt2 sbb da jarang update,mood berblogging da krang skrg nie..tpi tape,dyla try kikis ase mlas nie..nty dyla try update sbanyak mngkin..n for ur information dyla da pown jmpe CINTA BLOGGER dyla..dyla da plih due org blogger brtuah pown..due2 blogger baru..msing da pown dpt tpup rm10 setiap seorang..sorry la jgax sbb juz dpt bg tpup je sbb dyla pown ta keje so ssah la na dpt duitkan...hehe..oke la,that's it from me..



HAPPY BLOGGING ^_^

TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Thursday, January 12, 2012

Kesucian Cintamu.. (Part 1)

Hembusan bayu laut yang menampar-nampar muka membuatkan Roslan rasa sedikit segar.Matanya melilau melihat persekitaran rumah yang sudah bersih.Daun-daun pokok ketapang yang gugur sudah habis disapu lalu dilonggokkan di tempat pembakaran.Sebelum siang melabuhkan tirainya nati,dia akan membakar daun-daun tersebut.asap hasil pembakaran daun-daun kering itu nanti boleh juga dibuat penghalau nyamuk.

 Roslan melepaskan lelahnya di atas pangkin yang dibuat sendiri di bawah poko ketapang yang rendang.pemandangan indah laut yang boleh menenangkan jiwa tuanya.Inilah rutin hariannya setiap hari semenjak umur meningkat.Masa mudanya banyak dihabiskan dengan bekerja keras.Sekarang,dia hanya ingin menghabiskan hari tuanya dengan ketenangan dan beribadat sahaja.

 Semenjak Adila bekerja,anak gadisnya itu sudah tidak sudah tidak meminta duit perbelanjaan daripadanya lagi,cuma tinggal Adham sahaja yang masih ditanggungnya.




 Adila merenung ke luar tingkap rumahnya.Baru jam 6.30 pagi,tetapi kenderaan sudah mula bertali arus.Rumah pangsa Jalan Pekeliling yang disewa bersama sahabat karibnya,Azlinda betul-betul menghadap jalan raya.Rimas dan lemas ,tetapi itu sahaja yang termampu bagi mereka.

 Sudah enam bulan dia hidup begini.Bermacam-macam kerja yang dilakukannya untuk meneruskan hidup di bandar raya ini.Dengan keputusan yang cemerlang,agak sukar untuk dia diterima bekerja.Berbanding dengan Azlinda,hanya beberapa kali menhadiri temu duga sudah berjaya memancing hati penemu duga.Mungkin sudah rezeki dia agaknya.

  Adila mengeluh perlahan,siapa yang berani ambil dia bekerja dengan gayanya yang sebegitu?Melihat pada namanya,Anis Adila Yasmin Binti Roslan sudah cukup menggambarkan keayuan dan kelembutan tuan empunya badan.Tetapi apabila bertentang mata,semuanya hancur lebur.Dia tidaklah seayu dan selembut namanya.Dengan kemeja besar beserta seluar jean gedoboh dan bertopi,membuatkan mata memandang tersembul.kadang-kadsng bengang juga dirasakan.Apakah yang menjadi oerkara utama untuk menerima seseorang sebagai pekerja? Brwajah ayu ,jelita tanpa memikirkan kelayakan akademik seseorang.Hanya kerana dia tidak memiliki ciri-ciri wanita sejati bermakna dia tiada otak dan tidak boleh bekerja.Kalau tidak,masakan keputusan peperiksaannya cemerlang walaupun hanya sekali dua sahaja tidak berjaya menggondol anugerah dekan.


  "ADI ! Dah sampai mana dah kau berangan tu?"Azlinda yang sedari tadi memerhati menepuk bahu teman mesra.
   Tiada jawapan yang diberikan,hanya sengihan yang panjang.
  "Sudah-sudahlah tu,esok lusa adalah rezeki kau tu."Azlinda meringkan rambut yang basah dengan tuala kecil.Kipas sudah terpasang laju untuk mempercepatkan proses pengeringan rambut.
  "Woi,sejuklah ! Masalah betul kau ni,Az." Azlinda disebelah dijeling sekilas
  "Tulah..lain kali bangun tidur teruslah mandi.Tak adalah sejuk.Ni bangun,basuh muka,gosok gigi,sembahyang,sudah.Cuba-cubalah berwangi sikit." bebel Azlinda dengan senyuman menyindir.
  Adila menyeringai."Kau ni kan pagi-pagi buta dah membebel.Macam mak-mak.Aku bukan apa,nak bagi peluang kau bersiap cepat-cepat.Nanti kalau kau lambat mulalah macam apa.Aku takpe,pakai wangi-wangi pun,lepas aku bye-bye kau,aku sambung mimpi balik."
  Adila menyambung tidur sebaik sahaja Azlinda keluar dari rumah.Tengah hari nanti dia akan keluar meninjau peluang pekerjaan baru.Semalam hari terakhir dia bekerja di McDonald's.Sudah muak dia hendak bekerja di situ,sudah mual tekaknya dengan bau ayam dan daging.

 SUDAH dua jam dia merayau-rayau di Ampang Park.Dari satu tingkat ke satu tingkat diredah.Ada kedai yang di masuk,ada juga yang hanya dipandang sebelah mata.Tiba-tiba matanya tertacap dan terpaku melihat iklan jawatan kosong sebagai pembantu kedai.Dengan langkah kanan dan lafaz Bismillah,dia melangkah ke dalam Tia's blooming Florist.
  "Kak,saya na tumpang tanya,kerja kosong yang iklan kat depan tu ada lagi ke?"sapa Adila penuh sopan.
  "Nak kerja ke?"pertanyaan Adila dijawab dengan pertanyaan pula oleh wanita itu.
   Laju Adila mengangguk.Namun,di dalam hati cuak juga kalau-kalau dia disuruh menggubah bunga,mahu bunga-bunga itu tidak ada rupa bunga lagi.
  "Nama akak,Tia Ameline.Panggil aje kak Tia." Tangan dihulurkan beserta bibir yang terukir senyum.
  "Adi,Anis Adila Yasmin."
  "Akak dah agak dah.Bila bercakap,suaranya lembut aje,gaya je brutal ya?"Ada ketawa nipis yang meletus daripada bibir kak Tia.Adila turut sama ketawa.
  "Sorry,jangan kecik hati.Akak gurau je."
  "Tak apa,dah biasa."Adila tersengih
  "Jom duduk,kita borak-borak dulu ye..pelawa kak Tia.


Hari yang.Hari ini rutinnya berubah.Sebaik sahaja melambai Azlinda,Adila bergegas mengambil penyapu.Rumah perlu dikemas sebelum dia keluar bekerja.Menyesal pula dapat kerja cepat-cepat ni,kalu tidak pasti seronok berlingkar di atas katil.
  Setelah selesai menyapu,Adila bergegas menyiapkan diri dan sebelum jam menginjak ke pukul 10,dia sudah terpacak di depan Tia's Blooming Florist.Sememangnya begitu berkobar-kobar untuk memulakan kerja baru.

  "ADI,ni Isma yang akak cakap semalam." kak Tia memperkenalkan pekerja kepada Adila.
  Selepas mereka berkenalan seketika,Kak Tia memanggil Adila untuk mengikutnya ke arah bekas-bekas bunga yang banyak.Satu per satu nama bunga diperkenalkan kepada Adila.
  "Setiap hari,air dalam bekas bunga ni kena tukar.Kemudian hujungnya kita potong menyerong sikit.Potong cantik-cantik,jangan bagi terkopek atau koyak sebab nanti bunga tak tahan lama.Mana daun yang dah tak berapa elok,kita buangkan.Lepas tu masukkan sikit Cut Flower Food.Sukatan ada dekat belakang plastik ni"
  "Ni tengok kita orang gubah pulak.Bkan tengok je,belajar sekali ye.Lepas ni Adi tolong hantarkan oke.."
  "Comelnya."Teruja Adila melihat jambangan bunga ros merah dan putih yang sudah siap digubah oleh Kak Tia.Ditengah-tengah terselit seekor beruang yang sedang memeluk bantal merah berbentuk hati yang tertulis "I LOVE YOU
  "Hah,cepat-cepat ada boyfriend ,nati Adi pun boleh dapat macam ni la."
 "Alah.tak payah ada boyfriend pun boleh dapat ape..akak boleh je bagi kat Adi bunga-bunga ni tiap-tiap harikan.."
 "Ah,tak kuasa la akak nak bagi,sudah-sudah,mai hantar bunga ni cepat.Cepat hantar,cepatlah boleh balik.."
 "Ye,baiklah akak sayang.."


 Dengan stand purple yang dihiasi kuntuman-kuntuman daisy dan lily berwarna pink,ditaburi pula dengan baby's breath putih cukup memikat hatinya.timbul rasa bangga apabila melihat gubahan tersebut.
  "Encik Adi?"
  Terdengar namanya dipanggil membuatkan Adila berpaling ke luar tingkap.
 "Adi je,bukan encik.Ni bunga yang encik Iqbal order tu.Okey ke?Adila bersuara perlahan tetapi cukup tegas.
 Iqbal terpana seketika.sangkaannye meleset.orang yang disangkannya lelaki rupanya seorang gadis yang memiliki paras rupa yang sangat indah untuk dipandang.tapi mengapa harus dia menutup keindahan wajahnya dengan berpakaian seperti lelaki.Iqbal segera berhenti dari lamunannya.
 "Wow ! Cantiknya ! Betullah cakap kawan saya,kedai bunga you ni tak pernah hampakan kehendak pelanggan."Mata Iqbal tidak lepas daripada memandang flower stand yang berada di dalam kereta Adila.Rasa sayang pula hendak diberikan kepada pelanggan.
 "Terima kasih.Encik nak buat bayaran sekarang ke macam mana?byarannya seratus lapan puluh."resit yang terbuka dihulurkan oleh Adila
 "Byara sekarang la" Tanpa banyak soal,lelaki di depannya mengeluarkan dompet daripada saku belakang kemudian menghulurkan dua keping not berwarna ungu.
 "terima kasih,Encik Iqbal.Lain kali order lagi ya" Dua keping not merah dihulurkan kembali kepada Iqbal yang begitu asyik merenung gubahan bunga yang dibawanya.
 "Lain kali awak datang pakailah baju kurung.Insyaaallah saya tak panggil aak encin lagi."
 Tanpa pamitan,Adila berlalu meninggalkan Iqbal.Hatinya pedih dan kalau ikutkan hati mau saja dia bagi sebijik penumbuk dekat muka mamat tu.


Roslan tersenyum puas melihat bilik Adila yang sudah bersih berkemas.Tilam sudah siap dipasang cadarnya.Debu-debu yang melekat di kepala katil dan meja solek telah habis dilap.
  Esok pagi,Adila akan sampai.Adham pula akan menyusul pada sebelah petang.Tidak sabar rasanya hendak menunggu hari siang dan menatap wajah anak-anaknya.Nasi dagang sudah pun ditempah.Bukan itu sahaja,pulut panggang berintikan ikan juga ditempah.Adila amat menyukainya.Kata Adila,di Kuala Lumpur pulut panggangnya berintikan serunding kelapa atau serunding udang.Adila tidak menyukai yang itu.Kepada kawan-kawan yang turun laut,dipesannya ikan selayang atau ikan sardin.Kata Adila,ikan yang segar sedap untuk dibuat kuah laksa.


Adila bergegas ke ruang tamu apabila terdengar namanya dilaung beberapa kali.Baru pagi tadi dia dan Salina menjejakkan kaki ke Tanah Marang dengan menaiki bas ekspres.Hilang segala masalah apabila dapat menghirup udara yang segar.Tenang dan mendamaikan.Selepas makan tengah hari tadi ayahnya keluar entah kemana.
 "Ya ayah."termengah-mengah Adila menyahut sebaik sahaja kakinya sampai di muka pintu hadapan.
 "Mana kamu pergi ni?Penat ayah panggil.Ni kawan ayah dari Kuala Lumpur datang."
 "Pak cik."Lembut suara Adila menegur.Kepalanya dianggukkan sedikit sebagai tanda hormat.
  "Ni Pak Cik Saad,kawan lama ayah.yang ni pulak anaknya yang sulung,Iqbal."
  Adila merenung lelaki yang berdiri di sebelah ayahnya.Seperti dirinya,lelaki itu turut memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.Bagai terhenti jantungnya berdenyut menangkap seraut wajah yang pernah menyakitkan hatinya.
  "Jemput naik.Dila ada buat jemput-jemput ikan,nanti Dila ambik ya."Cepat sahaja Adila meminta diri ke dapur semata-mata untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa renungan tajam Iqbal.


  ANIS ADILA YASMIN,satu nama yang tiba-tiba mengisi setiap ruang yang ada dalam hatinya.Tiba-tiba timbul rasa rindu untuk bergaduh dengan gadis tersebut.Dua hari di Marng membuatkanhatinya menjadi nanar.Kalaulah setiap saat yang dilalui ini umpama membuat filem,sudah pasti saat-saat 'perang-perang dingin'nya bersama Adila akan dipadamkan dan digantikan dengan babak-babak yang lebih manis untuk dikenang.Kalaulah begini indahnya rasa yang sedang bermukim di hati,sudah pasti sejak pertama kali dia mengenali Adila,dia akan melihat gadis itu dengan mata hati,bukannya dengan mata yang celik tetapi buta ini.
 Iqbal mengeluh perlahan.Betapa banyaknya 'kalau' yang difikirkannya.Tapi apakan daya,semuanya tidak dapat diputarkan semula kerana Adila baru sahaja berangkat pulang ke Kuala Lumpur

Adila merenung Azlinda yang nyenyak di sebelah.Sayangnya kepada Azlinda melebihi segala-galanya.Hanya gadis itu yang sudi berkawan dengannya.Dengan Azlindalah,dia boleh berkongsi cerita gembira dan cerita duka.Bas Sutera yang mereka naiki baru sahaja bergerak meninggalkan kedai makan yang mereka berhenti singgah sebentar tadi.
 Telefon bimbit yang berkelip-kelip menandakan ada pesanan ringkas diterima mematikan khayalannya.Cepat sahaka jarinya menekan butang hijau untuk membaca SMS yang diterima.

Lena tdo?kat mne da? TC ~ Iqbal


Terkedu dia seketika.Langsung tidak diduga Iqbal menghantar SMS.pantas jarinya menekan kekunci telefon.

Dlm bas,atas jln raye.


Tersenyum lebar Iqbal membacanya.'Ada-ada saja Adila ni.Orang buat baik pun dia nak kerek-kerek juga lagi.

Saya taulah atas jln ry.x tau plak sy kalo bas skrg bley trbang.knp x tdo lg?


Ada senyuman terukir di bibir Adila.

X pyahlah SMS sy lg.Bisinglah.Org mrah.


Makin lebar senyuman Iqbal.

Silentkanlah phone tu.sy x ley tdo,awk x leh tdo,sy tman awk,awk tman sy.


sy x suka silent phone,nnt lpa nak kuatkan blik.lapun phone sy,ske aty sy la na silent k x nak.


0oo..main ksar ya.sya pnye phone,ske aty sylah nak hntr mcg kt awk.sy yg byar bil,bkan awk


yalah,ske aty awklah.sy tahu awk byk duit.sy nak tdo.awk mcg kat org lain sje la.


hehe,awk mrah ye? tulah kerek agy dgn sy.k tdolah.nty smpai jgn lpe bg tau ya?nty sy smpai KL sye cri awk..TC..
  
Adila tersenyum sendiri.Telefon bimbitnya dimasukkan kembali ke dalam beg.Hatinya berbunga-bunga riang.Tanpa sedar dia terlena dengan senyuman manis terukir di bibir.



#bagaimanakah sambungan cerita ini?adakah iqbal sudah mula jatuh hati dengan adila?bagaimana pula dengan adila?masih lagikah dia ingin keraskan hatinya?


nantikan sambungannya pada entry akan datang..hope korang suka..LOVE U LIKE A LOVE SONG..=)


TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

Wednesday, January 11, 2012

strawberry owh strawberry..

hye rakan2 blogger sekalian..

again dyla maen perang dekat dapur ari ni..disebabkan strawberry still ade so tha's why dyla na habiskan ari nie jugak before strawberry 2 kecut dlm peti sejuk an..so jgn lengahkan masa,jom la kite intai-intai resipi ni..

chocolate strawberry trifle




bahan-bahannya ialah >
Brownies: 2, potong in half inch slices (mane2 brownie yg korang suke..boleh cari dekat kedai kek taw)
Chocolate Custard: 1 cawan
Sweetened whipped cream: 1 cawan
Chocolate bar: 1 cawan, dicincang taw (korang boleh guna cadbury dairy milk untuk dapatkan rasa yg lebih yummy)
Fresh strawberries: 1 cawan, dipotong mengikut kreatifan anda
cara-caranya:
sediakan mangkuk atau cawan. First ,tambah satu lapisan of cream in it, then a slice of brownie, diikuti pula dengan a layer of custard. After this put a layer of strawberry slices, then letak chocolate yang dah korang cincang(cincang jgn bg halus sgt taw). Finally letak a layer of cream di bahagian atas dan hiaslah secantik mungkindengan chopped chocolate and strawberries. DAH SIAP ! senangkan..NOW Your delicious, mouth watering and yummy chocolate strawberry triffle is ready! Enjoy it darling..hidangan ni boleh dihidang ketika dinner bersama orang tersayang..<3


Strawberry Smoothie Recipe



Ingredients:
6 biji strawberries
1/2 cawan of your favorite yogurt (cari la yg low fat)
1/2 cawan of vanilla or strawberry ice cream
1/2 cawan of whole milk

Directions:
First kisar strawberries dan susu bersama sampai strawberries betul-betul hancur, than tambah ice cream and yogurt and whip for just a little bit so smoothie remians thick.SO EASY RIGHT ! enjoy it honey..


semuanya senang-senangkan..apa lengahkan masa,try la..strawbeery senang je cari,dekat pasaraya pown ada jual,ta pyah susah na pi cameron..dah buat nanti mai la share dengan dyla ye..nanti kalo ade resepi yg best dyla kongsi lagi oke..have a nice day my dear darlings..and tenkiu fpr coming to my blog..


mai la klik fanpage "pabila dua blogger bergabung"..


TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

untuk dikongsi bersama..

hye everyone...rindu ta??? weehhuuu..tenkiu pade yg rindu..hehe

na habaq mai kat hampa suma yang cik da brhenti keje..haha..i'm free like a bird..weehaaaaa !
see,betapa happy la bile da ta payah hadap muke minah yg perasan bagus 2..

disebabkan sehari suntuk boring je dok umah,so dyla pi la geledah peti sejuk..macam jumpa tapi mate dyla terpegun tgk strawberry je pown(tataw ape pnyakit la,skrg ni mmg ta boleh tgk wane merah pulak..shopping dgn bf pun dye da tgur asyik2 pilih merah)pkir punye pkir baru tringat yg my aunty ada ajar nak buat strawberry yogurt pudding..so dgn gagahnye(ayat ta bley bla)branikan diri pegi kedai cari yogurt..biase la,lame ta bwa moto so agk gayat la..lpas misi tersebut berjaya,misi hancurkan dapur pula bermula..hehe..

so tamau bebel byk,mai cni layan resepi yg ade..


strawberry yogurt pudding


Bahan-bahan ( 4-5 )

  • 250g plain yogurt
  • 150g strawberry
  • 50-60g gula halus
  • 5g gelatin(boleh cari dekat kedai kek)
  • 3 sudu besar air

Cara-cara

  1. Campur gelatin dengan air. Ketepikan.
  2. Blend plain yogurt, strawberry dan gula.
  3. Panaskan gelatin dengan microwave selama 20 saat.
  4. Masukkan gelatin ke dalam no.2 . Mix lagi.
  5. Akhir sekali masukkan puding ke dalam pudding cup dan sejukkan.



jgn gelak plak,dyla tawu la dyla hias buruk..
biar rupe buruk asalkan sedap bile masok mulut..
yg dlm cup plastik 2 dyla cmpur dengan agar sirap..kire double layer la 2..


then mlam pulak tyme dinner dyla wat special drink untk family..tpi sorry tak ade gmbar wat tontonan sbb lupe na bg cawan2 2 possing dulu..hehe

chocolate blended with ice cream..


Bahan-bahan ( utk 2 gelas minuman (250ml x 2 gelas) )

  • 5 sudu besar milo
  • 2 gelas susu segar
  • 2 sudu besar ice cream (vanilla/coklat)
  • anggaran 5-6 ketul ais
  • whipping cream/ice cream (dyla gune ice cream je)-utk atasnya
  • choc rice - hiasan atas

Cara-cara

  1. masukkan susu,milo dan ice cream dlm blender.blen smpai cmpuran sebati.
  2. masukkan ketulan ais.blendkan smpai ketulan ais jadi hancur dan halus.
  3. hiaskan atasnya dengan ice cream.klu nak cantik lg pakai whipping cream.tabur sekali choc rice.
  4. siap dihidang..yummy!!;D


that's all for my fine day at home..nanti kalo rajin dyla share dessert lain dekat korang ye..tpi 2 pun kalo dyla wat menjadi..hehe
na byk resepi menarik,cube terjah blog cik SYIRA..n jgn lupe like fanpage kami juge ye "pabila dua blogger bergabung"





TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)