WELCOME TO MY LOVELY BLOG..have fun travel my blog..do read,do follow..tenkiu..=)

Wednesday, January 18, 2012

Kesucian Cintamu..(Part 2)

                      sambungan daripada KESUCIAN CINTAMU..(PART 1)


Sudah dua minggu Adila kembali ke Kuala Lumpur.Dua minggu juga dia terasa rindu akan suasana kampungnya,rindu akan udara segar di kampung.Jam menunjukkan pukul 3 petang ketika Adila melangkah ke Tia's glooming Florist.Berkerut-kerut dahinya menahan panas.Perjalanan dari Damansara cukup menyeksakan walaupun dia berkereta.Panasnya tetap mencengkam.Kalau sudah musim panas begini,penghawa dingin yang dipasang pun seolah-olah tidak berfungsi.
  "Nah,In..slip penghantaran dengan cash seratus dua puluh ringgit."Sememangnya menjadi tugas Intan untuk menyimpan segala dokumen penghantaran atau penerimaan bunga.
  "Ni nak hantar ke mana pula ni,Kak Tia?Comelnya !"
  "Kat kawasan rumah Adi."jawab Kak Tia bersahaja
  "Cantik ! boleh Adi balik terus ya,kak?
  "Suka hati kamu la dik.Tapi kalau tiba-tiba ada bunga nak kena hantar,akak telefon kamu ya?
  "Beres,kak !" dicapainya jambangan bunga di atas meja.Slip penghantaran yang dihulurkan dicapai dengan senyuman penuh makna.
  Kak Tia hanya mampu menggeleng.Sejak Adila Bekerja di kedainya,suasana berubah sama sekali,kedainya menjadi bertambah meriah sekali.
  Topi keledar sudah siap dipakai,enjin motosikal dihidupkan,kemudian slip penghantaran yang diambilna tadi direnung seketika.Terbeliak matanya sebaik sahaja terpandangkan nama dan alamat tertera.Berderau darahnya.Segera enjin motosikal dimatikan.Berlari dia ke arah Kak Tia.
  "Kenapa ni Adi?
  "Kak Tia dengan Intan na main-mainkan Adi ye?
  "Main apa pulak ni?
  "Saya tahulah tak ada orang nak bagi saya bunga,tapi Kak Tia dengan Intan tak perlulah nak malukan saya macam ni."
  "Apa ni Adi?Akak tak faham.Cuba cerita satu-satu."
  "Ni tengok ni !Akak tengok kertas tu.Nama dan alamat tu kan nama Adi?Tu kan alamat rumah Adi?"
  "Ya ALLAH,mana akak tahu ni rumah Adi.Cuba try tengok dekat kad tu,manalah tahu kot-kot ada nama atau contact number yang boleh dihubungi."
  Laju Adila mengambil kad di celah-celah bunga itu.Kad dibuka dengan debaran penuh di dada.

"love is not just looking each other,it's looking in the same direction"


  Hanya sebaris ayat bertulis tangan yang mengisi ruang kosong kad itu tanpa nama pengirim dan tanpa nombor telefon.
 "Adi takutlah kak."
 "Nak takut apanya?Kan baru semalam Adi merungut tak ada orang nak bagi bunga,ni dah ada takot pulak dah..terima je la , maybe tu dari secret admire Adi la tu.."

Setibanya dirumah Adila mula tersenyum sendiri.Ada juga manusia buta yang sudi memberinya bunga.Dalam marahnya,perasaanseronok mula timbul juga di hati.Adila merenung dirinya sendiri.Dia bukan gadis biasa,perwatakannya kasar,gayanya pula tidak berlenggang-lenggok,tetapi dia amat marah kalau ada yang memanggilnya tomboy apatah lagi pengkid.

Bunga matahari yang cantik digubah di atas meja menarik perhatiannya.Balik sahaja daripada menghantar bunga sebentar tadi.dia bergegas ke meja untuk melihat jambangan yang cukup menarik.Sangkaannya melest,dia terkedu apabila melihat namanya tertera di situ.Semalam dapat,hari ni ada lagi.Tulisan tangan yang difaks dibacanya perlahan.

"A cat does not want all the world to love her,only those has chosen to love..."


Mungkinkah Iqbal yang menghantarnya?Tapi untuk apa?Tapi ke mana lelaki itu menghilang?


Sukarnya Adila melelapkan mata.Sejak akhir-akhir ini,bayangan lelaki berkulit sawo matang dengan senyuman memikat sentiasa menghiasi matanya.Setiap kali dia teringatkan renungan Iqbal,jantungnya berdebar kencang.Inikah cinta?Atau hanya perasaannya yang terlalu ingin dicintai?Tapi dia takut untuk bermain dengan api.Nanti terbakar diri,tidak siapa yang dapat menolong walaupun sepuluh biji kereta bomba dipanggil untuk memadamkannya.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi.Bergegas dia ke ruang tamu,bimbang bunyi telefon akan menggangu tidur Azlinda.

"ASSALAMUALAIKUM."
 Terdengar salamnya dijawab di hujung talian.Suara garau milik lelaki itu cukup mendebarkan dadanya.
  "Awak tak tidur lagi?"Iqbal bertanya lembut
  "Kalau da tidur,tak adalah saya jawab telefon ni."
  "Kenapa tak boleh tidur?Awak tengah teringat saya ya?"Suara romantik Iqbal menyusup ke dalam hati Adila,membuatkan gadis itu terdiam seketika.
  "Jangan nak perasanlah."
  Makin galaklah Iqbal ketawa,"Okey-okey,sudahlah sayang.Pergi tidur ya,dah lewat sangat dah ni sayang."
  Belum sempat Adila menjawab telinganya menangkap suara Iqbal mengalunkan ayat Kursi.Terkejut dia dengan tindakan spontan Iqbal.Setelah habis ayat kursi dibaca pula dengan empat Qul dan diakhiri dengan al fatihah.Sebak Adila mendengarnya.
  "Tidur ya sayang.Insya-ALLAH,dah boleh lena lepas ni.Sweet dreams,baby.Sleep tigh princess.Assalamualaikum."
  Rasa sebak dan terharu menusuk ke hati.Air mata menitis perlahan menuruni pipi.Tiba-tiba rasa sayang kepada lelaki itu bercambah.Terasa dirinya begitu dimanjakan dan disayangi.
  Adila melangkah ke bilik tidur dengan senyuman di bibir seiring dengan air mata yang masih menitis di pipi.
  "YA ALLAH,andai dia jodohku,satukanlah hati kami sebagaimana KAU satukan Adam dan Hawa,Yusuf dan Zulaikha,Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah.Andai dia KAU utuskan sebagai pembimbingku,dekatkanlah hati kami."

Sejak kejadian malam itu,hanya SMS yang menjadi perantara mereka.Ada juga sesekali Iqbal menghubunginya,tetapi sengaja dia tidak menjawab.Tidak sanggup dia menjadi perempuan gagap,lebih baik dia membiarkan panggilan lelaki itu tidak berjawab.

Hari Sabtu itu,setelah penat berdolak dalih,akhirnya Adila bersetuju menemani Iqbal menonton wayang.Ketika mereka sampai di TGV,pintu masih belum dibuka.Sementara menanti,Iqbal menggamit Adila supaya mengikutnya beratur untuk membeli bertih jagung.
 "Iqbal,belikan saya Super Ring."
 "Macam budak kecik."
 Adila menjuihkan bibir mendengar komen Iqbal.Terperanjat Adila apabila tangannya ditarik.Berkerut dahinya memandang Iqbal.
 "Awak tak segan ke berjalan dengan saya?yalah,sepatutnya yang berjalan sebelah awak gadis cantik,anggun jelita barulah sesuai"
 Lebar lelaki itu melemparkan senyuman.Adila dipandang dengan penuh kasih sayang.
 "Apa sayang?Awak cantik apa?Peduli apa orang nak kata.Awak cantik dimata saya sudah memadai.Kalau awak cantik juga dimata orang lain makin payah saya nak jaga awak nanti.Yang penting..awak sayang saya,saya sayang awak."
 Iqbal ketawa apabila melihat Adila sudah membulatkan matanya.Walaupun dalam pakaian yang sebegitu,gadis itu tetap memikat.
 Ketika sedang ralit Adila menonton cerita tersebut,tanpa diduga IQBAL menyatakan sebaris ayat yang membuatkan jantungnya berdengup laju..
 "WOULD YOU MARRY ME?bisikan penuh romantis membuatkan Adila membatukan diri sehinggalah tayangan berakhir dan lampu dibuka kembali
 Adila hanya membatukan diri ketika mereka beriringan keluar.Hanya Iqbal yang beria-ia bercerita dan mengulas balik cerita mereka tonton tadi.Perasan dirinya bercakap seorang diri membuatkan Iqbal menoleh ke sisi.
 "Dila,kenapa ni?Dila okey?Sihat tak ni?"Bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut Iqbal sambil tangannya sudah mula melekat di dahi gadis itu.Makin gelabah dia apabila gadis itu masih membisu,langsung tidak bereaksi.

"SAYA sayang awak.Lelaki ini" Tangannya diletakkan ke dada dan matanya menikam tajam anak mata Adila."Lelaki ini sayang awak tanpa ragu,tanpa melihat luaran awak,tanpa menilai pakaian awak.Macam mana lagi saya nak yakinkan awak yang saya sayangkan awak?Dan saya tak akan sesekali jemu menanti untuk mendengar awak berkata ya.Assalamualaikum."
 Adila merenung Iqbal yang sudah mengalihkan pandangannya ke depan.Salam lelaki itu sudah cukup memberi maksud kepadanya.Iqbal tidak mahu bercakap lagi,Iqbla mahu dia segera keluar dari keretanya.Dengan perlahan salam lelaki itu dijawabnya dan dengan longlai kakinya melangkah keluar.
 Sejak masuk ke dalam kereta di KLCC tadi,lelaki itu hanya membisu.Memandu dan terus menghantarnya pulang.Sebaik sahaja kereta diberhentikan,mulutnya mengeluarkan kata-kata yang membuatkan Adila terdiam.


 Sepanjang malam,dia tidak dapat melelapkan mata.Dia sendiri keliru sama ada lelaki itu betul-betul bersungguh atau sekadar bergurau.
  Degupan jantungnya yang baru sahaja normal kembali berdegup laju.Terasa sesak nafasnya sebaik sahaja melangkah ke kedai pagi itu.Iqbal sudah terpacak di situ dengan jambangan ros merah di tangannya.
  "Morning sayang ! Semalam saya tanya guna bahasa Inggeris,awak tak jawab.Hari ni saya tanya ikut bahasa Melayu pulak,KAHWIN DENGAN SAYA NAK?" Jambangan bunga itu dihulurkan kepada Adila yang sedang tergamam.
  Adila merenung bunga di depannya.Tangan terasa berat untuk menyambut jambangan bunga ros merah berbentuk love dan tengah-tengahnya terletak coklat Ferrero Rocher juga berbentuk love.
  "Awak ingat ajak kahwin ni macam ajak main masak-masak ke?"Getar suara Adila menahan rasa.
  Iqbal tersenyum cuma."Kalau ianya sesenang itu,tidaklah saya susah hati macam ni.Jadi isteri saya,kalau awak tak nak..saya tak ada calon lain.Hanya awak aje calon saya dan hanya awak aje yang layak jadi isteri saya"Iqbal merenung ke dalam anak mata Adila.Mata itu cantik,sangat-sangat cantik tetapi mata itu penuh dengan kekeliruan.
 "Ambiklah.Saya tak perlukan jawapannya sekarang.Beritahu saya bila-bila awak dah bersedia."Tangan Adila diraihnya lalu jambangan bunga itu diletakkan di dalam genggaman Adila.
 Dia merenung Adila yang masih lagi tergamam,ada air di tubir matanya.Pipi gadis itu diusap perlahan kemudian dia melangkah pergi tanpa pamitan.
 Adila merenung Iqbal yang telah pun meninggalkannya.Kemudian,pandangannya beralih kembali ke arah jambangan bunga di tangannya.Kad kecil yang terselit di situ dibaca.

To me,you are my rose,everyday when I seee a beatiful rose,I think of you and miss you and hope to hold you in my arms.Would you marry me?So I can hold your arms whenever I want ! Please !

Berkali-kali dia menatap kad itu,Setelah bayangan Iqbal hilang daripada pandangan,barulah dia menapak ke dalam kedai.

Kak Tia sedang senyum manis memandangnya.Tanpa segan silu dia merebahkan muka di bahu Kak Tia.Air matanya merembas laju.Pelbagai perasan memenuhi dadanya.

 "Dia betul-betul ke main-main ni kak?"
 "Apa pulak main-mainnya?Malam tadi dia telefon akak tempah bunga tu.Beria betul dia."
 "Tapi kenapa Adila,kak?Adi tak macam orang lain,kak."
 "Sebab Adi tak macam orang lainlah dia pilih Adi.Sekarang,dia nampak sesuatu yang ada pada Adi yang orang lain tak nampak."
 "entahlah kak..Biarlah keadaan dan masa menentukan."

SUDAH seminggu pinangan tidak rasmi daripada Iqbal dibiarkan sepi.Suda seminggu jugalah Iqbal berkeluh kesah menantikan jawapan daripada Adila.Sengaja dia tidak mahu menelefon Adila bertanyakan keputusan gadis itu,takut nanti dikatakan memaksa pula.Tidak dapat dibayangkan kalau-kalau Adila menolak lamarannya.Mana hendak letak muka?Itu satu hal,kecewa hatinya macam mana pula dia hendak merawatnya?

Dalam masa seminggu juga Adila tidak putus-putus berdoa supaya diberi petunjuk.Dan hatinya sudah terdetik untuk menerima sahaja lamaran Iqbal.Adila dapat rasakan betapa perit seminggu tanpa lelaki itu dalam hidupnya.

Sebaik sahaja Iqbal balik daripada mesyuarat dengan AJK Annual Dinner,dia dikejutkan dengan sebakul penuh coklat HERSHEY'S KISSES.Dia terus menyelongkar bakul comel yang berhias cantik di atas mejanya.Kad yang terselit di celah-celah coklat itu diambil.

"Love is like swallowing hot chocolate before it cooled off.It takes you by surprise at first,but keeps you warm for a long time"
  *please count how many kisses inside the basket,it shows how much you owe me.I WILL MARRY YOU.. :)


Iqbal tersenyum girang.tidak sabar rasanya dia nak berjumpa gadis tersebut.Tidak sabar juga ingin memberitahu keluarganya tentang berita gembira ini.


Adila dan Iqbal sudah mula sibuk melakukan persiapan.Sudah lenguh kaki mereka menjelajah dari Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Masjid India.Dari SOGO,kemudian mereka menyusuri kedai-kedai di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman.Dari sebuah kedai ke sebuah kedai mereka masuk.Ada yang berkenan,dibelinya.
 "Adi saya seorang yang chicky,periang,kasar dalam lembut,hhmmm.menggelabah juga.Adi saya degil juga.Makin dilarang,makin dia nak buat.Apa sahaja yang dia makan,saya makan."
 Adila membatu.Bulat matanya merenung Iqbal yang sedang khusyuk bercerita.Ada air mata yang bakal menitis bila-bila masa sahaja.Jemari Iqbal digenggam erat.
"Kenapa ni?"Iqbal mula panik.Tiba-tiba air mata Adila menitis.Cepat-cepat Iqbal menyapunya dengan hujung jari.hatinya kian tidak keruan.
 "Sayang,Kenapa ni?"Bergetar suara Iqbal bertanya.
 "Saya harapkan kebahagiaan bersama awak.Saya sayang awak sangat-sangat.Jangan tinggalkan saya ye."
 Naim tersenyum sikit,senyuman yang selalu membuatkan Adila tidak keruan.


MAJLIS perkahwinan Anis Adila Yasmin dan Iqbal cukup sederhana,tetapi meriah.Iqbal sedang berbaring di katil ketika Adila memasuki bilik.Setelah dipastikan semua kelengkapan untuk ayah da Adham mencukupi,barulah dia berlalu ke biliknya.
 "Sayang,meh duduk sini kejap.Saya nak bayar hutang ni"
 "hutang apa?"
 Muah ! "SATU." Muah ! "DUA."
 "EH ! apa ni?
 "Bayar hutang.Remember?Chocolate kisses tu.Saya dah jumpa pengirim dia,jadi sya kena cium pengirim dia sebanyak coklat yang saya terima hari tu.penat tau kira coklat haritu."
  "Eh ! takkan nak langsaikan semuanya malam ni,kot?satu hari satu cukuplah.setahun bukannya lama !"
Iqbal terus mencium isterinya di mana sahaja yangh dia sempat.Mulutnya terus mengira bersulamkan ketawa riang.


DERINGAN jam loceng yang diletakkan di meja sis menyedarkan Adila daripada tidurnya.Lampu di sisi dibuka,baru dia perasan bunyi pancuran air daripada bilik air.Adila bingkas bangun.Selimut ditarik lalu dilipat.Ketika dia mengangkat bantal Iqbal untuk ditepuk dan dibetulkan,jarinya tersentuh sesuatu.Sekeping sampul surat berwarna merah jambu diambil.

 To my beloved wife,
ANIS ADILA YASMIN...


my love for you is deep and true.
no matter what you do,
i'll always be there for you.
no matter where you go,
i'll always be there beside you.
till the day i die
my love will always stay true to you...


Di sebelah kirinya jelas kelihatan tulisan tangan,nampak tidak begitu teratur,mungkin dia menulisnya beralaskan bantal pagi tadi sebaik membuka mata.

something happens when u look at me,I forgot to speak,something happens when u kiss my lips,my kness get so weak.tq love !


LOVE U 99%,
HONEY BUNNY..


Adila terkedu.Tulisan Naim itu membuatkan Adila merona merah.Tetapi kenapa 99%?kenapa tidak 100%?kenapa ya?
Adila tersentak apabila dia dirangkul dari belakang.Satu ciuman hinggap di pipinya.
 "Ngantuk lagi?"
Adila hanya menggeleng
 "Dah tu?"
Jari telunjuk Adila mengarah ke angka 99%."Kenapa tak 100%?"
 Naim tersenyum.Pandangannya cukup lembut bersulam dengan senyuman yang memikat membuatkan hati Adila menggeletar
 "Because i need that 1% to stay alive.Untuk mencurahkan segala kasih sayang saya pada awak.Untuk memberi peluang kepada saya menjadi seorang suami dan ayah yang baik dan menikmati saat-saat behagia itu dengan awak." Serentak dengan itu,satu kucupan lembut hinggap di pipi dan ubun-ubun Adila.Ungkapan yang tulus pada subuh yang hening membuatkan suasana menjadi syahdu.
Adila sebak.Air mata sudah mula menitis laju lalu badan Iqbal dirangkul erat.
 "I want to hold you tight and never let you go."Bisikan lembut Iqbal di telinganya membuatkan Adila semakin mengeratkan lagi pelukannya.

 'YA ALLAH,terima kasih atas rahmat-MU ini.Alhamdulillah.Kupohon pada-MU,YA ALLAH semoga kebahagiaan ini akan terus kekal menjadi milikki,' doa Adila di dalam hati.


#note>>>
sorry sangat2 sbb makan mase yang lame nak smbung citer nie..ssah jgax na mngarang ssbuah citer nie..dyla buat brdasarkan idea n brdasarkan apa yang dyla nak sume 2 brlaku at dyla..hehe..dyla mmg na smeone yg romantik..aauuwww ~
n sorry sgt2 sbb da jarang update,mood berblogging da krang skrg nie..tpi tape,dyla try kikis ase mlas nie..nty dyla try update sbanyak mngkin..n for ur information dyla da pown jmpe CINTA BLOGGER dyla..dyla da plih due org blogger brtuah pown..due2 blogger baru..msing da pown dpt tpup rm10 setiap seorang..sorry la jgax sbb juz dpt bg tpup je sbb dyla pown ta keje so ssah la na dpt duitkan...hehe..oke la,that's it from me..



HAPPY BLOGGING ^_^

TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

4 comments:

MAY said...

pjgnye...T______T

Syira Lokman said...

waaa~~ romantiknya

Unknown said...

cik may > hehe,sowi la pnjang n bbelit ckit..bru na brjinak wat krya..

Unknown said...

syira > alahai yunx,mcm tataw plak kte an mmg ske rmantik2 nie..=)