Roslan melepaskan lelahnya di atas pangkin yang dibuat sendiri di bawah poko ketapang yang rendang.pemandangan indah laut yang boleh menenangkan jiwa tuanya.Inilah rutin hariannya setiap hari semenjak umur meningkat.Masa mudanya banyak dihabiskan dengan bekerja keras.Sekarang,dia hanya ingin menghabiskan hari tuanya dengan ketenangan dan beribadat sahaja.
Semenjak Adila bekerja,anak gadisnya itu sudah tidak sudah tidak meminta duit perbelanjaan daripadanya lagi,cuma tinggal Adham sahaja yang masih ditanggungnya.
Adila merenung ke luar tingkap rumahnya.Baru jam 6.30 pagi,tetapi kenderaan sudah mula bertali arus.Rumah pangsa Jalan Pekeliling yang disewa bersama sahabat karibnya,Azlinda betul-betul menghadap jalan raya.Rimas dan lemas ,tetapi itu sahaja yang termampu bagi mereka.
Sudah enam bulan dia hidup begini.Bermacam-macam kerja yang dilakukannya untuk meneruskan hidup di bandar raya ini.Dengan keputusan yang cemerlang,agak sukar untuk dia diterima bekerja.Berbanding dengan Azlinda,hanya beberapa kali menhadiri temu duga sudah berjaya memancing hati penemu duga.Mungkin sudah rezeki dia agaknya.
Adila mengeluh perlahan,siapa yang berani ambil dia bekerja dengan gayanya yang sebegitu?Melihat pada namanya,Anis Adila Yasmin Binti Roslan sudah cukup menggambarkan keayuan dan kelembutan tuan empunya badan.Tetapi apabila bertentang mata,semuanya hancur lebur.Dia tidaklah seayu dan selembut namanya.Dengan kemeja besar beserta seluar jean gedoboh dan bertopi,membuatkan mata memandang tersembul.kadang-kadsng bengang juga dirasakan.Apakah yang menjadi oerkara utama untuk menerima seseorang sebagai pekerja? Brwajah ayu ,jelita tanpa memikirkan kelayakan akademik seseorang.Hanya kerana dia tidak memiliki ciri-ciri wanita sejati bermakna dia tiada otak dan tidak boleh bekerja.Kalau tidak,masakan keputusan peperiksaannya cemerlang walaupun hanya sekali dua sahaja tidak berjaya menggondol anugerah dekan.
"ADI ! Dah sampai mana dah kau berangan tu?"Azlinda yang sedari tadi memerhati menepuk bahu teman mesra.
Tiada jawapan yang diberikan,hanya sengihan yang panjang.
"Sudah-sudahlah tu,esok lusa adalah rezeki kau tu."Azlinda meringkan rambut yang basah dengan tuala kecil.Kipas sudah terpasang laju untuk mempercepatkan proses pengeringan rambut.
"Woi,sejuklah ! Masalah betul kau ni,Az." Azlinda disebelah dijeling sekilas
"Tulah..lain kali bangun tidur teruslah mandi.Tak adalah sejuk.Ni bangun,basuh muka,gosok gigi,sembahyang,sudah.Cuba-cubalah berwangi sikit." bebel Azlinda dengan senyuman menyindir.
Adila menyeringai."Kau ni kan pagi-pagi buta dah membebel.Macam mak-mak.Aku bukan apa,nak bagi peluang kau bersiap cepat-cepat.Nanti kalau kau lambat mulalah macam apa.Aku takpe,pakai wangi-wangi pun,lepas aku bye-bye kau,aku sambung mimpi balik."
Adila menyambung tidur sebaik sahaja Azlinda keluar dari rumah.Tengah hari nanti dia akan keluar meninjau peluang pekerjaan baru.Semalam hari terakhir dia bekerja di McDonald's.Sudah muak dia hendak bekerja di situ,sudah mual tekaknya dengan bau ayam dan daging.
SUDAH dua jam dia merayau-rayau di Ampang Park.Dari satu tingkat ke satu tingkat diredah.Ada kedai yang di masuk,ada juga yang hanya dipandang sebelah mata.Tiba-tiba matanya tertacap dan terpaku melihat iklan jawatan kosong sebagai pembantu kedai.Dengan langkah kanan dan lafaz Bismillah,dia melangkah ke dalam Tia's blooming Florist.
"Kak,saya na tumpang tanya,kerja kosong yang iklan kat depan tu ada lagi ke?"sapa Adila penuh sopan.
"Nak kerja ke?"pertanyaan Adila dijawab dengan pertanyaan pula oleh wanita itu.
Laju Adila mengangguk.Namun,di dalam hati cuak juga kalau-kalau dia disuruh menggubah bunga,mahu bunga-bunga itu tidak ada rupa bunga lagi.
"Nama akak,Tia Ameline.Panggil aje kak Tia." Tangan dihulurkan beserta bibir yang terukir senyum.
"Adi,Anis Adila Yasmin."
"Akak dah agak dah.Bila bercakap,suaranya lembut aje,gaya je brutal ya?"Ada ketawa nipis yang meletus daripada bibir kak Tia.Adila turut sama ketawa.
"Sorry,jangan kecik hati.Akak gurau je."
"Tak apa,dah biasa."Adila tersengih
"Jom duduk,kita borak-borak dulu ye..pelawa kak Tia.
Hari yang.Hari ini rutinnya berubah.Sebaik sahaja melambai Azlinda,Adila bergegas mengambil penyapu.Rumah perlu dikemas sebelum dia keluar bekerja.Menyesal pula dapat kerja cepat-cepat ni,kalu tidak pasti seronok berlingkar di atas katil.
Setelah selesai menyapu,Adila bergegas menyiapkan diri dan sebelum jam menginjak ke pukul 10,dia sudah terpacak di depan Tia's Blooming Florist.Sememangnya begitu berkobar-kobar untuk memulakan kerja baru.
"ADI,ni Isma yang akak cakap semalam." kak Tia memperkenalkan pekerja kepada Adila.
Selepas mereka berkenalan seketika,Kak Tia memanggil Adila untuk mengikutnya ke arah bekas-bekas bunga yang banyak.Satu per satu nama bunga diperkenalkan kepada Adila.
"Setiap hari,air dalam bekas bunga ni kena tukar.Kemudian hujungnya kita potong menyerong sikit.Potong cantik-cantik,jangan bagi terkopek atau koyak sebab nanti bunga tak tahan lama.Mana daun yang dah tak berapa elok,kita buangkan.Lepas tu masukkan sikit Cut Flower Food.Sukatan ada dekat belakang plastik ni"
"Ni tengok kita orang gubah pulak.Bkan tengok je,belajar sekali ye.Lepas ni Adi tolong hantarkan oke.."
"Comelnya."Teruja Adila melihat jambangan bunga ros merah dan putih yang sudah siap digubah oleh Kak Tia.Ditengah-tengah terselit seekor beruang yang sedang memeluk bantal merah berbentuk hati yang tertulis "I LOVE YOU
"Hah,cepat-cepat ada boyfriend ,nati Adi pun boleh dapat macam ni la."
"Alah.tak payah ada boyfriend pun boleh dapat ape..akak boleh je bagi kat Adi bunga-bunga ni tiap-tiap harikan.."
"Ah,tak kuasa la akak nak bagi,sudah-sudah,mai hantar bunga ni cepat.Cepat hantar,cepatlah boleh balik.."
"Ye,baiklah akak sayang.."
Dengan stand purple yang dihiasi kuntuman-kuntuman daisy dan lily berwarna pink,ditaburi pula dengan baby's breath putih cukup memikat hatinya.timbul rasa bangga apabila melihat gubahan tersebut.
"Encik Adi?"
Terdengar namanya dipanggil membuatkan Adila berpaling ke luar tingkap.
"Adi je,bukan encik.Ni bunga yang encik Iqbal order tu.Okey ke?Adila bersuara perlahan tetapi cukup tegas.
Iqbal terpana seketika.sangkaannye meleset.orang yang disangkannya lelaki rupanya seorang gadis yang memiliki paras rupa yang sangat indah untuk dipandang.tapi mengapa harus dia menutup keindahan wajahnya dengan berpakaian seperti lelaki.Iqbal segera berhenti dari lamunannya.
"Wow ! Cantiknya ! Betullah cakap kawan saya,kedai bunga you ni tak pernah hampakan kehendak pelanggan."Mata Iqbal tidak lepas daripada memandang flower stand yang berada di dalam kereta Adila.Rasa sayang pula hendak diberikan kepada pelanggan.
"Terima kasih.Encik nak buat bayaran sekarang ke macam mana?byarannya seratus lapan puluh."resit yang terbuka dihulurkan oleh Adila
"Byara sekarang la" Tanpa banyak soal,lelaki di depannya mengeluarkan dompet daripada saku belakang kemudian menghulurkan dua keping not berwarna ungu.
"terima kasih,Encik Iqbal.Lain kali order lagi ya" Dua keping not merah dihulurkan kembali kepada Iqbal yang begitu asyik merenung gubahan bunga yang dibawanya.
"Lain kali awak datang pakailah baju kurung.Insyaaallah saya tak panggil aak encin lagi."
Tanpa pamitan,Adila berlalu meninggalkan Iqbal.Hatinya pedih dan kalau ikutkan hati mau saja dia bagi sebijik penumbuk dekat muka mamat tu.
Roslan tersenyum puas melihat bilik Adila yang sudah bersih berkemas.Tilam sudah siap dipasang cadarnya.Debu-debu yang melekat di kepala katil dan meja solek telah habis dilap.
Esok pagi,Adila akan sampai.Adham pula akan menyusul pada sebelah petang.Tidak sabar rasanya hendak menunggu hari siang dan menatap wajah anak-anaknya.Nasi dagang sudah pun ditempah.Bukan itu sahaja,pulut panggang berintikan ikan juga ditempah.Adila amat menyukainya.Kata Adila,di Kuala Lumpur pulut panggangnya berintikan serunding kelapa atau serunding udang.Adila tidak menyukai yang itu.Kepada kawan-kawan yang turun laut,dipesannya ikan selayang atau ikan sardin.Kata Adila,ikan yang segar sedap untuk dibuat kuah laksa.
Adila bergegas ke ruang tamu apabila terdengar namanya dilaung beberapa kali.Baru pagi tadi dia dan Salina menjejakkan kaki ke Tanah Marang dengan menaiki bas ekspres.Hilang segala masalah apabila dapat menghirup udara yang segar.Tenang dan mendamaikan.Selepas makan tengah hari tadi ayahnya keluar entah kemana.
"Ya ayah."termengah-mengah Adila menyahut sebaik sahaja kakinya sampai di muka pintu hadapan.
"Mana kamu pergi ni?Penat ayah panggil.Ni kawan ayah dari Kuala Lumpur datang."
"Pak cik."Lembut suara Adila menegur.Kepalanya dianggukkan sedikit sebagai tanda hormat.
"Ni Pak Cik Saad,kawan lama ayah.yang ni pulak anaknya yang sulung,Iqbal."
Adila merenung lelaki yang berdiri di sebelah ayahnya.Seperti dirinya,lelaki itu turut memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.Bagai terhenti jantungnya berdenyut menangkap seraut wajah yang pernah menyakitkan hatinya.
"Jemput naik.Dila ada buat jemput-jemput ikan,nanti Dila ambik ya."Cepat sahaja Adila meminta diri ke dapur semata-mata untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa renungan tajam Iqbal.
ANIS ADILA YASMIN,satu nama yang tiba-tiba mengisi setiap ruang yang ada dalam hatinya.Tiba-tiba timbul rasa rindu untuk bergaduh dengan gadis tersebut.Dua hari di Marng membuatkanhatinya menjadi nanar.Kalaulah setiap saat yang dilalui ini umpama membuat filem,sudah pasti saat-saat 'perang-perang dingin'nya bersama Adila akan dipadamkan dan digantikan dengan babak-babak yang lebih manis untuk dikenang.Kalaulah begini indahnya rasa yang sedang bermukim di hati,sudah pasti sejak pertama kali dia mengenali Adila,dia akan melihat gadis itu dengan mata hati,bukannya dengan mata yang celik tetapi buta ini.
Iqbal mengeluh perlahan.Betapa banyaknya 'kalau' yang difikirkannya.Tapi apakan daya,semuanya tidak dapat diputarkan semula kerana Adila baru sahaja berangkat pulang ke Kuala Lumpur
Adila merenung Azlinda yang nyenyak di sebelah.Sayangnya kepada Azlinda melebihi segala-galanya.Hanya gadis itu yang sudi berkawan dengannya.Dengan Azlindalah,dia boleh berkongsi cerita gembira dan cerita duka.Bas Sutera yang mereka naiki baru sahaja bergerak meninggalkan kedai makan yang mereka berhenti singgah sebentar tadi.
Telefon bimbit yang berkelip-kelip menandakan ada pesanan ringkas diterima mematikan khayalannya.Cepat sahaka jarinya menekan butang hijau untuk membaca SMS yang diterima.
Lena tdo?kat mne da? TC ~ Iqbal
Terkedu dia seketika.Langsung tidak diduga Iqbal menghantar SMS.pantas jarinya menekan kekunci telefon.
Dlm bas,atas jln raye.
Tersenyum lebar Iqbal membacanya.'Ada-ada saja Adila ni.Orang buat baik pun dia nak kerek-kerek juga lagi.
Saya taulah atas jln ry.x tau plak sy kalo bas skrg bley trbang.knp x tdo lg?
Ada senyuman terukir di bibir Adila.
X pyahlah SMS sy lg.Bisinglah.Org mrah.
Makin lebar senyuman Iqbal.
Silentkanlah phone tu.sy x ley tdo,awk x leh tdo,sy tman awk,awk tman sy.
sy x suka silent phone,nnt lpa nak kuatkan blik.lapun phone sy,ske aty sy la na silent k x nak.
0oo..main ksar ya.sya pnye phone,ske aty sylah nak hntr mcg kt awk.sy yg byar bil,bkan awk
yalah,ske aty awklah.sy tahu awk byk duit.sy nak tdo.awk mcg kat org lain sje la.
hehe,awk mrah ye? tulah kerek agy dgn sy.k tdolah.nty smpai jgn lpe bg tau ya?nty sy smpai KL sye cri awk..TC..
Adila tersenyum sendiri.Telefon bimbitnya dimasukkan kembali ke dalam beg.Hatinya berbunga-bunga riang.Tanpa sedar dia terlena dengan senyuman manis terukir di bibir.
#bagaimanakah sambungan cerita ini?adakah iqbal sudah mula jatuh hati dengan adila?bagaimana pula dengan adila?masih lagikah dia ingin keraskan hatinya?
nantikan sambungannya pada entry akan datang..hope korang suka..LOVE U LIKE A LOVE SONG..=)
No comments:
Post a Comment