WELCOME TO MY LOVELY BLOG..have fun travel my blog..do read,do follow..tenkiu..=)

Wednesday, February 1, 2012

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Jadi Seorang Blogger

Salam 1 Malaysia buat semua. Adakah anda yang sedang dan akan membaca entri ini adalah seorang blogger? Jika anda seorang blogger, adakah anda sememangnya seorang blogger atau hanya sekadar nama? Mungkin persoalan ini memeningkan anda tetapi ia cukup membuatkan anda seorang blogger untuk berfikir. Menjadi seorang blogger memang senang, dalam masa 10 minit pun sudah cukup untuk anda bergelar blogger dengan hanya membuat blog yang berplatform free terutama blogspot. Saya bukan nak merendahkan blogger yang menggunakan blogspot kerana Dyla pun bermula dengan blogspot,tetapi apa yang menjadi persoalan adakah anda cukup bersedia untuk menjadi seorang blogger?
Untuk menjadi seorang blogger, anda perlu bersedia terutama dari segi mental. Kenapa Dyla berkata sedemikian? Sebabnya bila kita sudah menjadi blogger, sudah pasti kita akan menulis di blog kita. Setelah sesuatu entri di publish, ia akan mengundang 1001 satu persoalan daripada pembaca. Reaksi dan respons daripada mereka mungkin baik atau tidak. Di sini ia akan memcabar kewibawaan anda. Dyla bukan melemahkan semangat anda yang baru untuk menjadi seorang blogger tetapi itu adalah kebenaran untuk menjadi seorang blogger.
Berblog Membuka Minda
Kebanyakan orang berfikir blogging membuang masa.Menghabiskan masa di depan komputer untuk sesuatu kerja yang tidak berfaedah. Ada sesetengah berpendapat berblog memerlukan masa yang secukupnya untuk update blog.Ini semuanya pendapat yang tidak boleh diguna pakai dan alasan yang tidak munasabah.
Sebenarnya, berblog dapat membuka minda. Seseorang blogger adalah tidak terhad masanya. Berblog boleh dilakukan secara  santai dan bukan hanya bertumpu kepada dalam negara sahaja,malah blogger yang hebat akan mengambil peluang untuk berkenalan dengan blogger dari luar negara. Seorang blogger yang betul, adalah mereka yang sering mencari sesuatu idea yang baru. Kita sebagai blogger, kitalah yang menentukan masa untuk blogging dan bukannya blogging yang handle kita.
Disiplin Diri Dipertingkatkan
Bila berblogging, sudah pasti anda akan menulis. Dalam menulis sesuatu entri, mungkin kita selalu diingatkan supaya tidak melanggar etika seorang blogger. Etika seorang blogger? Salah satunya ialah kita dilarang untuk menulis artikel yang boleh memecahbelahkan sesuatu kaum atau artikel yang berbentuk propaganda. Membangkit isu-isu sensitif.
Sekiranya anda sudah bersedia bergelar sebagai seorang blogger.Tidak mustahil anda boleh menjadi individu yang berdisiplin.
Berlumba-lumba Untuk Menjadi Yang Terbaik
Salah satu sebab anda untuk berblog adalah mencari kepuasan. Bila penulisan anda dihargai, itulah nikmat sebenar kepuasan dalam dunia blogging. Bukan senang untuk menjadi yang terbaik dan bukan susah untuk mejadi yang terburuk. Bila anda menulis sesuatu topik yang mana di tulis oleh ramai blogger contohnya seperti tentang isu semasa, di sini akan melahirkan satu perlumbaan yang sihat dalam melahirkan pendapat masing masing.
Menunjukkan Bakat Dan Kekreatifan Melalui Penulisan
Masing-masing mempunyai idea dan cara tersendiri dalam mengendalikan blog mereka. Apa yang dimaksudkan di sini adalah trademark atau penjenamaan blog mereka.Tidak semua blogger mempunyai bakat yang sama. Ada yang lebih kepada membuat duit secara online sebagai contoh melalui blog. Mungkin juga ada yang berkongsi kisah hidup, pengalaman hidup dan suka duka kisah cinta mereka. Tidak lupa juga anda yang suka berkongsi tips yang menarik.
Lagi menarik ada diantara blogger yang hebat dalam penulisan dan ditambah dengan kekreatifan dalam fotografi. Blogging adalah salah satu cabang untuk memperkembangkan bakat yang anda ada.
Menjana Duit Online
Siapa cakap berblog buang masa?. Mereka yang hebat, dengan blogging pun boleh menjana pendapatan dan ada di antara kita yang menjadikan blog sebagai sumber pencarian mereka. Dalam setahun boleh menghasilkan beribu-ribu daripada blog dan ada juga yang mencecah juta. Sungguh menakjubkan.
Anda bermula dari bawah, mungkin tidak percaya yang anda juga dapat melakukan seperti mereka. Dan jalan mudah anda menetapkan matlamat anda sebagai blogger adalah untuk suka-suka. Anda adalah golongan yang rugi dan tidak berani mencuri peluang sedangkan anda sudah sebelah kaki ke arah sana. Bermula saat anda membina blog, dari situlah bermulanya proses menjana  duit secara online.
Anda memerlukan masa sekurang-kurangnya 1-2 tahun
Bermula dari sekarang dengan matlamat untuk menjadi blogger yang berjaya. Jangan ambil jalan mudah..




#hadoii,jenuh nak buat ayat skema sikit ni.jenuh try untuk tidak buat short form..hehe



TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

3 comments:

Unknown said...

betul..tengs infony ye..:)

Unknown said...

wc..juz share untk u all..=)

yoi said...

sakit mata nak baca dengan tulisan yg kaler2 tu. lagi2 warna kuning ngan merah. :(