WELCOME TO MY LOVELY BLOG..have fun travel my blog..do read,do follow..tenkiu..=)

Wednesday, February 8, 2012

AYAT PEREMPUAN YANG DIBENCI LELAKI !

assalamualaikum !


Banyak kali perempuan berkata teman lelaki mereka tidak pandai menjaga hati mereka. Maka tercetuslah perbalahan. Persoalannya, pernahkah perempuan menjaga hati teman lelaki mereka? Lelaki bukan selalu menunjukkan apa mereka rasa, maka sebab itulah lelaki jarang merajuk. Tidak seperti perempuan. Malah lelaki juga boleh terasa hanya dengan kata-kata kekasih mereka. 








"Eleh. Ex baby pun pernah buat macam ni la..."


Lelaki tak suka dibandingkan tidak kira dengan siapa sahaja. 


Perempuan pun tak suka kan kalau lelaki bandingkan anda dengan bekas kekasih dia?




"Awak. Awak tengok Akira budak kelas Sains tu cantik tak?"


Ini soalan yang lelaki tidak akan menang bila perempuan tanya. Kalau dia jawap "Ya", anda mungkin akan cemburu. 


Percayalah dia akan jawab "Tidak" walaupun perempuan itu sangat cantik. Dan anda pula akan menuduhnya menipu. Betul?




"Nevermind. I'm fine..."


Muka anda masam mencuka. Bila lelaki bertanya kenapa, anda mengatakan anda okay. Percayalah, lelaki sangat tertekan mendengar ayat di atas. 


Ayat di atas hanya mengundang lebih banyak masalah. Pertama, anda terlepas peluang memberitahu dia masalah anda. Kedua, anda memperbanyakkan masalah yang sedia ada. 




"Awak pasti ke awak okay ni?" (Tetap tanya walaupun dia kata dia okay)


Lelaki juga ada hari 'datang bulan' dia. Mereka boleh jadi 'tiada mood', letih, atau rasa tidak mahu bercakap. Come on, kami juga manusia biasa! Perempuan tolong jangan cuba membaca apa yang difikir lelaki bila terjadi macam ni. Bagi dia ruang dan jangan ganggu dia buat beberapa ketika. 


Kalau anda terus bertanya soalan begini, jangan terkejut kalau dia memberi jawapan, "Awak yang buat saya jadi tidak okay!"




"Sayang tak sukalah mak abang tu..."


Jangan membenci sesuatu atau sesiapa yang dia suka. Betul, anda mungkin tak dapat jadi 'sekepala' dengan semua orang dalam hidup dia, tapi cuba beri sedikit ruang demi hubungan anda dengan manusia yang paling dia jaga dan sayang. 


Kalau anda cuba membandingkan anda dengan ibunya, hampir setiap masa anda akan kalah. Lelaki sayang ibunya lebih dari segala-galanya.




ps : Perempuan ada air mata sebagai senjata. Lelaki ada ego sebagai perisai ;)


so,ni saja yang dyla dpt kongsi..lelaki luar sana mai la kongsi pandangan anda..=)

perhatian !!! > nak mintak tolong boleh tak?

tolong like gambar ni boleh? 
                               
         klik link nie taw kalo nak like>>>   PICTURE OF THE YEAR 2011 !

like dengan ikhlas taw..SOKONGAN ANDA AMATLAH DIPERLUKAN ..thank you :)







TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

6 comments:

eVa said...

suka sgt entri ni.. sian jugak bg pihak lelaki.. sbb tu laki tak byk sgt ckp.. hehe

Miz Waniey said...

yg bab xsuke mak tu mmg melampau la kan...
tp harap2 bakal my mother in law okey....ngee

Unknown said...

eva > kannn??? kalo da selidik bru tawu yg dye owg byk beralah..

miz waniey > tawu tape..amin,dyla pown na mther in law yg oke gax..^_^

Zarith said...

muka masam..bila tanya ckp ok..yeah..pompuan mmng complicated ..he2..singgah2 blog sy yep..bnyk entri berkaitan remaja dan dselitkan jugak dengan unsur2 humor..tq

Unknown said...

prempuan kan unik incik DISCRIM..btw,tenkiu jgax sbb singgah..=)

Anonymous said...

ble bce entry rse mcm btol lak , sbb slalu ckap at bf mcm ney , n then dye mrajuk , ehehe