WELCOME TO MY LOVELY BLOG..have fun travel my blog..do read,do follow..tenkiu..=)

Sunday, February 5, 2012

Cinta Itu Bosan Jika Si Dia …?

Hai cinta. Buat pe tu? Kamu sihat? Dah makan? Ini adalah satu contoh ayat klise tetapi itu adalah hakikat bagi mereka yang sedang mabuk cinta. Bagaimana cinta anda dengan si dia? Bahagia atau membosankan anda? Dyla harap semua berjalan dengan sempurna.
                                    

Cinta sangat manis sekiranya sifat memahami antara satu sama lain disemai dalam sanubari anda. Tetapi cinta anda dengan si dia akan lebih bosan sekiranya si dia ….

Kuat Cemburu
Semua orang tahu apa itu cemburu. Setiap kali anda bersama dengan si dia, setiap tingkahlaku anda diperhatikan sehingga anda rasa tidak bebas dengan kecemburuan yang ditunjukkan oleh si dia.
Meragui Cinta Anda
Setiap hari anda diajukan dengan soalan yang sama menyebabkan anda berasa rimas. Betul ke u cinta i? Apa bukti u cinta i? Ini adalah antara soalan yang boleh menyebabkan hubungan anda dengan si dia semakin jauh. Perlukah cinta itu ditayang dan adakah cinta itu akan tebukti dengan
luaran? Sedangkan Dyla yakin situasi seperti ini sebenarnya menjauhkan lagi jarak anda dengan si dia.
Busy Body
U keluar mana tadi? Dengan siapa? Semua benda yang anda buat dia nak tahu. Actually, ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap pasangan yang sedang bercinta. Diri anda bagaikan dikongkong dengan setiap gerak geri anda diperhatikan. Sampaikan mandi pakai sabun apa pun dia nak tahu. Hebatkan cinta?
Susah Nak Ajar
Semalam dah tegur, hari ini buat lagi. Tegur dan buat lagi sehingga anda sendiri muak dengan peragai si dia yang sangat degil. Bodoh sombong, Pandai tak leh tumpang, bodoh tak leh nak ajar, mungkin pepatah ini yang sesuai menggambarkan pasangan anda itu.
Kaki Kritik
Semua benda yang anda buat tidak betul. Ini salah itu salah. Semua bagaikan tidak best bagi dia.
Perasan dia bagus dan betul. Arghhh bosannya cinta.
Dyla nak senarai banyak pun takda guna kalau si dia tetap juga tak ubah. Betol tak? Apa yang Dyla cakapkan di atas merupakan benda basic yang selalu si dia buat sehingga cinta anda amat membosankan dan tidak seindah apa yang anda impikankan ketika saat anda memerlukan cinta si dia. Mungkin anda sendiri mahu menyatakan hasrat hati anda kepada pasangan anda itu. Jom luahkan!




TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

No comments: