Sudah menjadi adat orang bercinta, gaduh ala ala hindustan sudah menjadi kemestian. Cuba anda bayangkan ikatan perkahwinan suami isteri pun boleh terpisah inikan pula pasangan kekasih tanpa sebarang ikatan. Dengan hanya satu sebab, bila cinta itu tidak indah lagi seperti yang diimpikan pada awalnya.
Cinta ini sangat aneh kalau anda hendak tahu. Ianya sangat sukar untuk diterjemahkan. Datangnya bukan dari paksaan dan perginya pula tanpa kerelaan. Kita selalu dengar orang mengatakan cinta kepada seseorang hanyalah cinta sementara dan cinta yang kekal adalah cinta kita kepada-Nya. Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama dan ke arah yang sama iaitu mencari cinta Ilahi agar sesebuah ikatan itu diredhai-Nya.
Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami situasi seperti ini. Sungguh pahit untuk ditelan dan sakit untuk diubati. Apa yang pasti kecewa akan mengambil alih perasaan itu. Panas yang ku sangkakan hingga ke petang rupanya hujan ditengahari.
Nah, tujuh cara mudah untuk atasi kecewa putus cinta!
Nah, tujuh cara mudah untuk atasi kecewa putus cinta!
amalkanlah..insyaallah kekecewaan akan pergi jauh dari kita..^_^ |
- Dekatkan diri dengan Allah dan perbanyakkan membaca al-Quran untuk ketenangan jiwa
- Lakukan seberapa banyak kerja untuk melupakan perasaan sedih
- Keluar bersama kawan kawan dan lakukan aktiviti tertentu yang bermanfaat
- Tidak menyalahkan diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif
- Bagi yang berkemampuan, pergi membeli belah bersama keluarga atau kawan kawan
- Pergi ke tempat yang dapat menenangkan jiwa anda
- Cari seberapa ramai kawan di laman sosial yang boleh membuatkan anda gembira dan rasa sedih itu hilang(paling senang nak buat)
Ada juga yang mengatakan dengan menanam sifat benci terhadap bekas pasangan kekasih kita dengan cara menulis seberapa banyak perkara buruk tentang dia dapat membantu untuk melupakannya. Pada pandangan Dyla, cara itu adalah silap. Semakin kita benci semakin kuat perasaan itu menguasai anda. Benci tapi rindu terutamanya cinta itu adalah cinta pertama anda.
salam sayang >>>>
No comments:
Post a Comment