Tajuk entri kali ini Dyla rasakan antara yang paling hot dan boleh mendatangkan kemarahan (ego) bagi kaum hawa. Haha! Salam buat semua.. Yeah! Dyla rindukan entri cinta. Hari ini Dyla terbitkan satu entri yang berbaur cinta.
Berapa lama korang bercinta ? Bagi mereka yang sudah menjalinkan hubungan lebih dari enam bulan boleh dikatakan pasangan yang ada ‘aura’ tetapi masih belum cukup untuk dikatakan serasi. Bagi yang baru menjalinkan hubungan cinta, atau lebih tepat hanya berhubung tanpa bercakap (esemes) usah dibanggakan sangat. Persoalannya, adakah hubungan tersebut korang mahu akhiri dengan perkahwinan atau mungkin, Dyla ulang, mungkin korang bersetuju dengan points yang Dyla akan senaraikan iaitu tanda tanda korang perlu tinggalkan pasangan korang.
Berikut adalah lima sebab untuk korang putuskan hubungan dan memerlukan korang lari jauh jauh dengan kelajuan yang mengalahkan kelajuan enam kali kuasa kuda.
1# Ibu bapa pihak ‘girlfriend’ membenci korang
Bercinta bagai nak rak. Bulan-bulan habiskan kredit beratus-ratus. Call sana call sini, puas call sms pulak. Lepas tu duk bangga dengan kawan-kawan (facebook, twitter) yang cinta korang bahagia. Dalam setahun lebih bercinta, hanya untuk sekali pun tidak pernah berjumpa dengan ibu bapak gadis . Bayangkan suatu hari, nak dijadikan cerita terjadilah satu ‘dinner’ bersama ibu bapa gadis tersebut. Korang di soal oleh mereka, ala ala bakal mentua dengan 1001 soalan. Si ayah dengan 500 soalan dan bakinya daripada emak. Biasalah emak ni dari kaum perempuan, istimewa sikit dan soalan pun dapat lebih satu. Soalan yang diajukan kepada korang hanya semata-mata untuk menguji IQ korang, sekiranya korang tersalah jawab. Dari situ mereka boleh dianggapkan mengerikan bagi korang. Bermakna mereka bencikan korang dan bolehlah korang say bye kepada anak gadis mereka.
2# “Girlfriend’ tidak sukakan keluarga dan kawan-kawan korang
Sepanjang percintaan, korang rasa koranglah orang yang paling bahagia di dunia. Tidak pernah bergaduh. Setiap masa happy saja. Semuanya manis ibarat madu, sampai kentut pun korang rasakan wangi. Tetapi korang sebenarnya silap kerana korang tidak tahu akan satu perkara yang boleh mendatangkan rasa tidak suka dengan pasangan korang berada pada tahap extreme. Apa dia? Ternyata mereka tidak gemarkan keluarga korang. Rasa tidak selesa mereka terserlah apabila bersama keluarga korang. Akibat dari situasi ini mungkin akan menganggu keharmonian cinta yang wujud. Kelurga korang mereka tidak selesa, apatah lagi kawan korang. Bila keluar lepak bersama, satu patah perkataan dari mulut mereka pun susah nak keluar, ini mengukuhkan alasan korang untuk tinggalkan gadis tersebut.
3# “Girlfriend’ tidak pernah kenal erti “benci’ untuk check korang punya mesej
Mungkin sesuai untuk Dyla katakan tanda ini adalah salah satu adat orang bercinta. Dengan alasan untuk mengelakkan berlakunya kes curang tidak berbayar dalam hubungan cinta korang. Dyla yakin perkataan ‘rimas’ tepat untuk menggambarkan situasi korang bagi pihak lelaki. Mana tidaknya, setiap masa atau setiap jam korang perlu report pada kekasih korang. Ini pernah terjadi pada kawan-kawan kita. Akhirnya, mengungkapkan kata berpisah adalah cara terakhir yang diambil.
4# Bila korang diterima bekerja sebagai ‘ tentera laut’
Perumpamaan yang boleh dikatakan terpesong juah ke laut tetapi logik akal dapat menerimanya. Tentera laut Dyla gunakan hanya sebagai contoh dan bermakna jarak korang dengan pasangan korang lebih kurang 1000km. Boleh korang bayangkan sejauh mana jarak tersebut? Mungkin 100 kali ulang alik dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Untuk bertemu pasangan korang sangat tipis dan berkemungkinan hanya sekali dalam tempoh masa satu tahun. Boleh korang tahan rindu tersebut? Atau korang ( girlfriend) mahu berlaku curang? Mungkin ada yang setia ( satu dalam 50). Korang lelaki sibuk mengerah keringat (luar negara) sedangkan kekasih korang sedang berbahagia dengan orang lain. Perlukah korang lepaskan gadis tersebut? Ternyata cinta jarak jauh susah untuk korang pertahankan.
5# Kawan mereka ( girlfriend) sangat mengerikan buat korang
Korang mungkin tipu diri sendiri kalau korang mengatakan tidak pernah keluar lepak bersama kekasih korang dan kawan-kawan mereka. Bayangkan pada suatu malam di sebuah kedai, kawan-kawan mereka melakukan suatu perkara diluar jangkaan korang dan menyebabkan meja yang anda lepak menjadi perhatian orang ramai. Bayangkan juga kalau keadaan ini berlaku setiap kali korang keluar bersama?
Bagaimana dengan kes cium mulut di tepi pavilion? Adakah lelaki tersebut akan tinggalkan perempuan tersebut kalau tak dapat apa yang diinginkannya? Sadis betul kalau lelaki macamni kan?
Yay! Dyla berjaya terbitkan satu entri dengan bantuan my brother sebagai sumber rujukan..dengan itu menulis entri ini boleh dikatakan membuang sedikit masa saya daripada 24 jam ini dan juga masa korang yang berjaya membaca dari awal sampai akhir entri. Saya sayang korang. Haha!
4 comments:
tepat sekali...
^_^
ai..pangkah kaum sndri nampak..he2..singgah2 blog sy..masih baru lagi..bnyk post pasal remaja dan perhubungan sosial..tq
haha..bkn slalu pown .. btw,tenkiu dtg jengux cnie..
Post a Comment