Menulis blog memerlukan komitmen yang tinggi. Bagi mereka penulis blog yang tegar, setiap hari mesti ada satu artikel dalam blog mereka. Berlainan pula dengan Dyla, kalau diikutkan Dyla belum lagi dikategorikan sebagai penulis blog yang tegar.
Menulis blog juga memerlukan idea dan masa yang secukupnya untuk menulis sesuatu artikel. Sekiranya idea ada, tetapi masa tak cukup susah juga untuk menulis. Begitu juga bila anda mempunyai masa yang cukup tetapi idea untuk menulis kosong, sebarang artikel tidak dapat ditulis. Bagaimana pula sekiranya anda mempunyai idea dan masa yang secukupnya? Jawapannya tiru macam Dyla. Dyla update blog. Hehe! Tak elok tangguh. Diri sendiri yang rugi. Setuju?
Kali ini Dyla ingin berkongsi dengan pembaca bagaimana untuk menjadi penulis blog yang popular. Dyla selalu dengar orang cakap, nak jadi popular senang je. Dapat masuk tv juga surat khabar tu popular la penulis blog tersebut. Yes! itu antara cara untuk anda ingin popular. Tetapi bagaimana cara untuk masuk surat khabar?
Sebelum ini, sudah ramai penulis blog yang masuk surat khabar. Jom ikuti kupasan dan cara cara untuk menjadi kacak dan cun dalam surat khabar.
1. Hasilkan artikel menarik dan berfaedah
Dyla yakin semua orang sudah sedia maklum tentang cara ini. Tetapi masih ramai yang tidak mampu melakukan walaupun mereka mampu mengeluarkan artikel setiap hari. Anda boleh menghasilkan artikel yang menarik tanpa memerlukan modal. Antara artikel artikel yang mudah mendapat perhatian adalah artikel yang berkaitan kesihatan, pelancongan, budaya hidup sesuatu masyarakat dan juga artikel yang berkaitan dengan dunia blogging itu sendiri. Hasilkan seberapa tips yang bagus untuk perkongsian.
2. Letak seberapa banyak gambar cun dalam blog dan artikel
Dengan cara ini juga, blog anda berpeluang untuk masuk surat khabar. Tetapi cara ini lebih kepada blogger wanita. Setakat ini sudah banyak pemilik blog yang memaparkan gambar gambar mereka yang menarik dan cun cun. Hehe! Sekiranya ada penulis akhbar yang membaca blog anda. Mereka akan tertarik dengan perwatakan dan karisma anda dalam penulisan blog serta ditambah dengan pakej body yang menawan, anda berpeluang untuk menghiasi salah satu segmen dalam akhbar tersebut. :p
3. Wujudkan bisnes secara online melalui blog
Memang tidak dinafikan, cara ini adalah salah satu cara yang bagus untuk anda masuk surat khabar. Sebelum ini, sudah banyak yang Dyla jumpa blog bisnes online yang sudah masuk akhbar. Sekiranya pemilik blog bisnes tersebut masih remaja atau awal 20 an yang sudah berjaya. Peluang untuk anda masuk surat khabar adalah lebih besar. Pelbagai bisnes yang boleh anda jalankan melalu blog. Setakat ini, banyak blog yang menjalankan bisnes penjualan pakaian termasuklah shawl, baju bundle dan banyak lagi yang boleh dijumpai.
4. Penulisan blog melalui gambar-gambar
Bagi mereka yang gemar melukis, atau dalam bahasa mudahnya kartunis juga boleh memanfaatkan bakat mereka itu. Sekiranya anda mempunyai bakat dalam lukisan, tunjukkan bakat yang anda ada melalui blog dan hasilkan seberapa banyak lukisan yang berkualiti. Mungkin nilai estetika yang ada dalam lukisan anda tersebut menyebabkan anda berpeluang untuk masuk surat khabar dan tidak mustahil juga dengan cara tersebut, impian anda ingin menjadi kartunis akan menjadi kenyataan.
5. Menulis tentang isu semasa
Cara ini adalah antara yang popular masa sekarang. Ramai blogger yang suka menulis tentang isu isu semasa. Isu semasa dalam dan luar negara termasuklah isu politik, hiburan dan sukan. Pada pemerhatian Dyla, ramai blogger yang mempunyai pendapat yang bernas tentang sesuatu isu. Dyla yakin sekiranya pandangan dan pendapat anda yang bernas itu akan membuatkan sestengah pihak dapat membuka mata dan dengan cara ini, surat khabar lah yang akan mempopularkan anda. Hehe! Bagaimana pula dengan blogger yang suka bangkit isu sensitif supaya mereka popular dengan cepat dan dapat masuk surat khabar? Sepertimana kisah blogger Aduka Taruna sebelum ini yang menghangatkan dunia blogging.
Dyla rasa cukuplah beberapa tips yang disenaraikan di atas. Tips yang Dyla senaraikan adalah berdasarkan pemerhatian dan pembacaan Dyla sendiri. Mungkin di kalangan anda mempunyai pendapat dan cara masing masing untuk popularkan blog mereka dan berpeluang masuk surat khabar. Mungkin juga ada di kalangan kita yang pernah masuk surat khabar. Sekiranya ada, bolehlah kongsi bersama- sama dan tips dari anda amat dihargai.
11 comments:
good tips dear :)
niceeee one ! ;)
tenkiu bella & fasya.. =)
tq !
wc =)
wah..nice tip dear..thankz..tp xpernh tpkir lak smpai nk msk paper.hehehhe.. :)
wc..sje na bg bg smangat na brblogging..=)
well,terima kasih for the tips! :D
Assalamualaikum,
Tip yang sangat baik. Saya bloger baru,minta izin untuk ambil ilmu yang baik ini ye.TK
tq
Terima kasih atas perkongsian yang sangat baik
Taqwathealth.blogspot.com
Post a Comment