WELCOME TO MY LOVELY BLOG..have fun travel my blog..do read,do follow..tenkiu..=)

Thursday, February 2, 2012

PERSAMAAN BOLA DAN GF BAGI LELAKI..

Assalamualaikum..
hello readers..


Putus cinta bila tiada jodoh masih tak apa sebab kawan-kawan ada.
Putus bola bila musim bola cuti seolah-olah gelap dunia.
Tidak hairan ada lelaki sayangkan bola seperti kekasihnya.








1 Sedih Tak Terkata
Bola : Tak dapat diluahkan dengan kata-kata bila team kegemaran kalah.
Awek : Ada pakwe, bila gaduh kalau boleh nak menangis air mata darah.




2 Gembira Tak Terkira
Bola : Riang tak terkira. Lebih-lebih lagi menang dengan bergaya.
Awek : Riang tak terkira. Lebih-lebih lagi bila dapat dating lama-lama.




3 Marah Belakang-Belakang
Bola : Marah pemain dan pengadil walaupun mereka berada dalam TV.
Awek : Marah awek lepas letak telefon takut dia terasa hati.




4 Sanggup Berhabis Duit
Bola : Sanggup beli tiket mahal walau terpaksa mencangkung tepi padang.
Awek : Sanggup makan di restoran mewah sebab nak tunjuk sayang.




5 Rela Bersusah Payah
Bola : Rela berpanas berhujan sebab nak tengok pemain idola.
Awek : Sebab nak dating, teruk mana kesesakan tetap diredah jua.




6 Berkorban Apa Saja
Bola : Bola waktu subuh tapi berjaga sepanjang malam takut tak terbangun.
Awek : Bergayut dari malam sampai pagi padahal tak cakap sangat pun.




7 Belajar Tahan Malu
Bola : Tak kisah pakai jersi team kegemaran walaupun team tu kalah teruk.
Awek : Takde masalah pakai baju pink sedondon walaupun nampak buruk.




8 Sanggup Menipu
Bola : Sebab tengok bola semalam sanggup tipu kawan kata sakit itu ini.
Awek : Sebab nak dating esok sanggup tipu kawan sampai ambik MC.




9 Sikap Mengambil Berat
Bola : Tahu pemain mana cedera dan berdoa dia dapat bermain semula.
Awek : Tahu awek dia sakit dan apa ubat kena makan untuk kembali ceria.




10 Megah Bila Menang
Bola : Buat status kehebatan team dia. Puas hati sangat la kononnya.
Awek : Buat status siap dengan xoxo love bahawa aku sedang bercinta.




JOM PI LIKE FANPAGE NI >> PABILA DUA BLOGGER BERGABUNG !

with full of love >>>


TENKIU ! SUKE? LIKE AND COMMENT :)

No comments: